31 Oktober 2010

Alahai, Merajuk Lagi..Sikit2 Nak Merajuk..


Awek merajuk kat kafe
 
Pekabo Kak Jah..Morning Auntie Swee Lin..Tengah buat apa tu Auntie Letchumy?..Hah, tengah kita sibuk bersemuka dengan buku dan nota, kali ini MHZ ingin membawakan anda satu isu yang sudah lapok namun sentiasa releven dan evergreen. Isu Merajuk ni bukan baru je terjebak dalam masyarakat namun dari zaman dinosor lagi, isu merajuk ini sudah menjadi tajuk berita penting di dada-dada akhbar. Mana taknya, kerana merajuk ni lah, lambakan lagi problem yang bakal menstunamikan kita. Jadi, kepada abang2 yang tengah pekena cendol dengan pak cik2 serta uncle2 yang tengah melantak roti canai kat kedai mamak sambil tengok bola, ate mari lepok sebentar dengan teman ni hah bagi mendalami isu merajuk yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita.


Merajuk Di Kala Senja
Merajuk ni kalau diikutkan dengan Kamus MHZ Cool fm, ia berasal dari kata dasar pujuk. Maknanya merajuk ni adik beradik kepada kata dasar pujuk ni. Kalau nak diikutkan daripada cerita Mak Cik Cendol yang anak dia kawin dengan anak Pak Seman duduk belakang rumah Mak Leha jual goreng pisang, merajuk ni sebenarnya bermaksud perbuatan mengada-ngada yang tahap gaban dan meroyan semata-mata nak mendapatkan perhatian orang ramai. Maknanya mengikut contract law, bila merajuk je, kita sedang wat offer kepada semua orang di dunia supaya pujuk kita. Ini adalah berdasarkan kes zaman tuk wan kita iaitu kes Carlill melawan Carbolic Smoke Ball.

Setelah ku canang satu kampung apa itu merajuk. Kini saat dan ketikanya telah tiba. Kehangatan kian terasa. Tibalah masanya kita pergi secara lebih ekslusif dengan temu bual khas bersama Prof Jiwang.


MHZ: Apa khabar Prof? Terima kasih sudi kerana ditemu bual.
Prof J: Sama-sama. Tadi anak sapa yang duduk depan pintu tu. Abang dia ke yang kawin hari tu? Tapi sedap jugak nasi minyak tadi ya.
MHZ: Ya2 Prof. Saya pun tak mahu melengahkan masa. Prof, pada pendapat Prof, apakah merajuk ini perlu dalam kehidupan kita sehari-hari? Silakan Prof.
Prof J: Tadi baru je lepas sembang dengan Abang Bidin bawak lori tu. Dia kata dia gadoh dengan bini dia. 3 hari bini dia tak masak nasi. Masa saya lepak dengan dia kat Old Town Coffee, saya tanya dia kenapa bini dia merajuk. Dia kata sebab dia tak beli Laksa dengan Air Soya kat Pasar Malam hari tu. Sebab tu bini dia merajuk dekat dia.
MHZ: Bukan itu maksud saya Prof. Maksud saya releven atau tidak untuk kita merajuk ni?
Prof J: La..Pasaipa tak habaq dari tadi. Merajuk ni tak elok sangat sebenarnya. Ia bakal menyebabkan stress kepada orang lain sebab nak kena pujuk kita. Kalau nak merajuk sekali sekala rasanya takpala. Kalau tak merajuk pun tak seronok jugak, tapi janganlah merajuk sebab benda2 kecik, buat malu je dekat jiran sebelah.
MHZ: Boleh tak Prof nyatakan di sini, merajuk jenis apa yang patut kita elakkan.
Prof J: Ok2. Daripada kajian saya, inilah hasilnya. 


Inilah kata2 yang selalu kedengaran

Antara jenis2 merajuk yang harus dielakkan. Calon-calonnya ialah:-
1. Merajuk sebab berebut channel kat tv. Merajuk macam ni memang selalu. Dia ni nak tengok AF. Dia ni nak tengok bola. Last2, apa pun tak tengok sebab remote tv rosak kena hempuk. Kan tak manis tu.
2. Merajuk sebab Mama tak beli mainan. Adik, mama bukan tak mau beli. Mama nak beli yang lagi besar punya(tagline SME Bank masa orientasi). Jadi, saborla dik. Itu tak mau sebab kecik punya.
3. Merajuk bila Pakwe/Makwe tak reply SMS. Alahai, rilexla bai. Takkanla sebab SMS sebijik, lu nak kecoh sekampung brader. Kata kabel besar. Sorang tak reply, sepuluh lagi reply brader.
4. Merajuk bila Papa lambat amik kat sekolah. Alamak adik. Lu lepak la dulu main kejar2. Main kawin2 dulu. Lu dengar je cakap wa ni beb. Agak2 lu dah kawin2 sampai 4 tu, Papa lu mesti sampai la der.
5. Merajuk sebab nak add drop tak boleh(Khas buat pelajar UUM). Chill la der. Portal je pun. Tak boleh bukak, kita facebook dulu. Kalau kelas penuh, amik kelas lain bai. Wa pun panas gak dengan portal tu hari tu tapi wa santai je beb. Pukul 8 malam baru wa add drop. Memang mantap la beb.
6. Merajuk sebab team bola kalah. Takyahla nak feeling2 bila tengok bola. Kalau fanatik terlebih pun tak boleh bai, rilex2 je. Kalau kalah no hal la kan. Kalau menang, kita raya sakan.
7. Merajuk Pakwe datang lambat. Pakwe lu traffic jam tadi. Dia bukan sengaja lambat beb. Lu takyah nak amik port sangat. Lu santai je. Lu cakap kat dia suruh belanja makan yang mahal2. Konfem settle la.
8. Merajuk kena marah dengan lecturer. Selalunya ni bukan merajuk. Selalunya kalau hal ni, malu la jadinya.(Kerani aku ni kenapa masukkan ni dalam list. Ni mesti sebab merajuk dengan pakwe la ni. Hampeh tol)
9. Merajuk sebab saja-saja. Ini lagi la tak boleh blah. Ada ke patut merajuk saja2. Ini boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon ni. Elakkan dari berbuat demikian. 

'Merajuk bukan untuk dipujuk tetapi merajuklah supaya dirujuk'
MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa

Itulah list merajuk yang perlu dielakkan. Merajuk jika digunakan pada tempat yang betul maka tak salah sebenarnya. Renung-renungkan. Selamat beramal.









Memori DPP Perwaja

Wahai sahabatku di DPP Perwaja,


Destinasi pertama diriku di universiti ini ialah DPP Perwaja. DPP yang dikenali sebagai DPP Palapes. Tatkala di minggu orientasi lagi kami sudah diterapkan dengan budaya Perwaja. Kelibat para fasilitator ketika waktu orientasi masih lagi terlintas di fikiranku. Budaya disiplin yang tinggi perlu ada bagi meneruskan kehidupan di DPP orang besi ini.

Dewan Penginapan Pelajar Perwaja



Memori serta kenangan bersama rakan-rakan di DPP Perwaja masih belum lekang dari fikiranku. Selalunya sewaktu aku keseorangan, pasti kenangan ini terpancar kembali. Malahan idea cendol yang selalu aku nyatakan itu pun datangnya daripada persahabatanku bersama mereka.

Kegilaan member2 di Perwaja memang tak dapat nak disangkal lagi. Tak habis2 dengan idea gila. Setiap hari pasti ada saja benda yang nak dijadikan bahan lawak. Aku kadang-kadang merasa gembira mengingatkan kembali saat ini. Ada kalanya aku merasa sedih kerana tidak mungkin dapat kembali bersama mereka seperti di kala itu. 


Shuk, Rushdan, Fitri, Mawi(Latif), Anuar selalunya akan melepak dengan aku di Kafe DPP Petronas. Memang best betul lepak dengan diorang ni. Nak pecah perut dibuatnya kalau bersembang kat kafe tu. Siap bagi nama pelik kat setiap sorang. Bila malam tu tema pendekar, dia ni nama Andika, Jalak, Tuk Putih la. Memang boleh gila sebenarnya lepak dengan diorang ni. Kalau dibuatnya malam tu tema kampung, diorang letak nama kampung la plak. Mamat ni nama Pak Akob la, Jali la. Pening kepala bila fikir2 balik.


Masa kat Perwaja, aku banyak lepak kat bilik Shuk dengan Rushdan. Masa tu, Mawi dengan Anuar selalu ada. Fitri pun kadang2 ada jugak. Kitorang selalu la buat ceramah politik Perwaja dalam bilik tu. Kira macam bilik tu Parlimen Perwaja la. Dia ni jadi ahli parlimen sini. Aku jadi ahli parlimen situ. Maka tak habis-habis bergelak tengok gelagat masing2 yang berlagak macam ahli politik. 


Kami memang banyak fikir2 benda gila. Memang banyak yang tak masuk akal daripada yang masuk akal. Sebab tu, jarang kami ni tension sebab selalu sangat meroyankan diri. Cuma time nak exam kami slowkan sikit aktiviti meroyan kami tu. 


Kepada para sahabatku di DPP Perwaja, kedengaran cerita kamu semua bakal berhijrah ke DPP YAB. Tidak mengapalah rakan-rakan. Aku pun ada kat Bukit Kaci ni. Mungkin YAB menawarkan sesuatu yang lebih baik. Syurga dunia kat sebelah je kan. Moga2 hijrah korang akan membuka lembaran baru. Kalau ada masa, aku boleh melawat DPP YAB pulak ye.


'Di UUM ini, Perwaja itu kampung halamanku, Bank Rakyat itu tempat aku mengenal erti kehidupan dan SME Bank pula membuka sejuta harapan'





30 Oktober 2010

Oh, Di Kala Exam Berlagu..

Alahai exam, kedatanganmu membawa jutaan erti. Aku bukannya apa. Aku study pun sebab takut nanti nak jawab exam tak reti. Jadi betullah seperti kata pepatah 'Melentur pen biarlah dari awal sem'. Bila dah dekat2 nak exam baru nak bukak buku, maka banyaklah yang lupa yop. Kalau nasib teman elok, maka eloklah warkah exam tu nanti teman conteng.


Baru je 2 paper berlalu tapi leganya dah macam habis exam. Dahsyat betul hari tu. Ada 2 paper satu hari yakni Business Law dengan Contract Law. Oh, memang terhangat di pasaran. Boleh gilo den malam tu hah. Nasib baik sound mind lagi ni. Kalau tak, dah tak competent nak amik paper2 seterusnya gitu. Ops, terlebih sudah.


Jadi pada kali ini, MHZ nak membawakan kepada anda tentang dilema exam. Selalunya kita dengar dilema wanita kan. Itu lain dik. Itu khas untuk golongan akak2 dengan auntie2 di luar sana. Hal tu memang takde kena mengena dengan kita dik.


Oleh yang demikian, saya akan senaraikan beberapa benda yang dilihat menjadi dilema di kala exam berlagu:-




1. Slip exam tak boleh download. Ini yang teman marah bebenor ni. Orang udoh nak exam. Slip tak boleh nak print. Ape cerite ni yop. Menyusahkan gile. Nasib baik teman suka bertanya. Kalau tidak, dah lama sesat jalan.


2. Nota tak cukup. Esok nak exam, malam ni baru nak cari nota. Yang ni aku pun selalu buat. Sebelum tu bukannya nak study pun. Malam yang esoknya nak exam barulah nak terhegeh-hegeh cari nota. Haiya, memang gila betoi la.


3. Alamak??Masuk sampai bab apa ya??. Ini satu lagi. Dah nak exam, tapi apa yang masuk pun tak tahu. Kena ambik tahu dik. Nanti kita punyalah gembira kata dah habis study, pegi jawab exam, kertas jawapan kosong je. Ingatkan lain yang keluar, rupanya lain yang keluar.


4. Berjaga di malam hari. Ini memang selalu la. Yang selalu tido pukul 10 malam pun akan bakal tido sampai ke pukul 3-4 pagi. Ada yang sampai tak tido sebab banyak lagi tak study. Kalau dah tak tahan tu, tido sajala ya.


5. Masuk dewan exam lambat. Time sblm nk masuk dewan exam tu, ni hah, nota melambak kat tangan. Manalah tahu kan. Yang terbaca tu tiba2 gedebok masuk exam. Tak ke rezeki tu namanya.


Banyak benda sebenarnya jadi di kala exam berlagu ni. Ini yang sebahagian sahaja. Renung-renungkan. Selamat beramal. MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa.

26 Oktober 2010

As time goes by-MHZ

Dear my fellow colleagues,
 
'My Shifting Process'
Since the first time I have entered this university, I have exposed myself to various kind of people. Each one of them owned different style and attitude. I have never expected similarities among them. We do have slight similarities but with an ocean of differences.


I have shifted from 2 Residential Halls namely Perwaja and Bank Rakyat. SME Bank Residential Hall is my latest stop and perhaps maybe my last check point in UUM. In UUM, Perwaja was the place I was being nurtured and Bank Rakyat was the place where I learned to start on living. The point I'm stopping my journey at SME Bank is just because I feel it has the potential to be a proper place for me to settle down.






Wthout proper plan and intention, finally I have shifted for the third time and this time to SME Bank. It was great to stay here. It was peaceful and I have a lot of privacy of my own. 

'The Ship Is More Than The Crew'
Perhaps this idiom is popularly known in the Royal Town of Kuala Kangsar. It was being taken as a symbol of pride and belief by my rival school, Clifford. While my school MCKK rather on using Latin words mentioned as 'Fiat Sapientia Virtus' which means in Malay, 'Kebijaksanaan Mutu Manusia'. Sometimes this thing did cross my mind. I think Mak Cik Cendol was not the only one but even an English teacher won't even know the meaning of these Latin words. That's why it's safer for me to define the actual meaning to stop on those assumptions.

Speaking of assumptions, I do have something to say by virtue of this matter. Do you know the consequences of assumptions? The negativity of this matter is highly recognizable by almost everyone. We have to realize on this as it can spoil the unity of us. At the same time, it will jeopardize everything that we have built up till now. 

'The ship is more than the crew' is telling us something. What ever actions that we have taken will surely affect the others. As a result, the ship will sink. And do we realize that we are boarding on the same ship? And that is why I'm begging to all of my fellow colleagues to be on the right track. Please stop on doing anything which may harm the unity that we have possessed. 

'We are all friends'
Remember guys. We are friends and we will always be. This is for the sake of our LL.B program and also for our beloved Alma mater. Thank you. May Allah SWT bless on us for our holy intention.

25 Oktober 2010

Magika Membawa Nafas Baru Filem Malaysia

Filem Magika Terbitan KRU
Woho..memang gua respek habisla wa cakaplu dekat abang2 KRU yang berani dan tidak gentar menerbitkan sebuah filem muzikal sebegini.


Filem Magika ni menampilkan muka2 glamor dunia lakonan dan nyanyian Malaysia. Yang menariknya, setiap slot cerita akan diisi oleh seorang penyanyi atau pelakon popular Malaysia. Strategi meletakkan nama2 besar ni sememangnya mengena dan secara tidak langsung menarik para peminat filem Malaysia berpusu-pusu ke panggung wayang berdekatan bagi melihat sendiri pelakon kegemaran mereka beraksi.


Jalan cerita yang menarik, para pelakon ternama, produksi yang besar serta dilengkapi dengan teknologi terkini, filem Magika ternyata punya kehebatannya tersendiri sebaris dengan filem2 lain yang sealiran dengannya. Setelah MHZ sendiri menonton filem ini, MHZ merasakan KRU telah menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan tidak mustahil filem mereka yang berbentuk muzikal selepas ini bakal mendapat sokongan padu para peminat.


Kepada abang2 KRU, tahniah dan teruskan usaha anda semua dalam memartabatkan filem Malaysia kita.
Arios.

24 Oktober 2010

Sedarlah Wahai Para Sahabat


Sedarlah Wahai Para Sahabat-MHZ 
(Khas buat sahabat-sahabatku Batch 10 UUM Law)

Wahai sahabat,
Masa berlalu umpama kilat menujah bumi,
Sedarkah kita begitu pantas ia berlalu,
Seakan-akan cahaya yang merentasi bumi,
Janganlah kita alpa,
Janganlah mudah untuk kita percaya,
Janganlah kita gopoh dan menggelabah,
Hanya kerana sedikit salah faham,
Tetapi diangkat serta dibesar-besarkan,

Wahai sahabat,
Kita bernaung di bawah satu bumbung,
Kita sama-sama mengemudi bahtera yang sama,
Kita berada dalam matlamat perjuangan yang hampir serupa,
Janganlah kerana gapah dan hilang sabar,
Empayar yang kukuh berdiri,
Bakal roboh dek tangan kita sendiri,

Wahai sahabat,
Sedarlah semua,
Bangunlah serta bangkitlah,
Usah kita bersengketa lagi,
Bersatulah kita semula,
Agar empayar kita akan selamat,
Dari kebinasaan yang hadir,
Semata-mata akibat perbuatan kita sahaya.

22 Oktober 2010

Memori Prep School Siri 5


Memori di Prep School

Hasil karya Mohd Hakimi bin Zulkifly


Pada hari Isnin itu, mereka telah ditempatkan di kelas-kelas pilihan masing-masing. Aku juga baru masuk ke Kelas 5 Sains 2 setelah seminggu meninggalkan kelas tanpa belajar langsung. Aku ditegur Cikgu Les yang sekarang aku pula yang akan diorientasi di dalam kelas. Aku mendapati rakan sebelah meja aku Arham telah berpindah sekolah ke SMK Gunung Rapat, terkejut juga bila mendapat tahu tentang itu. Tapi aku pelik, dari tahun lepas lagi, rakan-rakan aku akan berpindah ke sekolah lain pada waktu di mana aku tiada di kelas mahupun di sekolah ketika itu.

Peristiwa biasa mula berlaku. Perkara sebegini sudah menjadi satu kebiasaan kepada budak koleq. Jambu merupakan istilah biasa yang diguna pakai budak koleq melambangkan seorang budak lelaki comel yang dijadikan seperti adik angkat. Biasala fenomena seperti ini sebab di koleq mana ada pelajar perempuan.

Pada awal minggu ini, ada pelajar yang menangis dalam tandas, ada yang masa tidur dan juga ada yang sehingga termuntah akibat sejenis penyakit bernama Home sick. Aku yang menjadi PRS(Pembimbing Rakan Sebaya) terpaksa mengambil langkah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar berkenaan yang tidak dapat lagi menutup keinginan untuk keluar dari koleq. Hasil usaha menasihati serta memujuk mereka, niat mereka telah berubah dan mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk terus tinggal di sini.

Tidak terkecuali juga yang cuba untuk rapat denganku. Sehingga selalu datang berdamping denganku. Ada yang sampai duduk atas riba mahukan lebih perhatian. Aku faham kerana kawan-kawan tidak akan memahami mereka dengan lebih mendalam berbanding aku yang lebih dewasa dari mereka.

Aku ditugaskan menjaga Dorm D dan ianya satu keistimewaan kerana Dorm D semuanya ahli rumah Idris dan mereka ada tugasan khas iaitu menjaga kebersihan tandas.Aku gembira mendapat peluang menjaga dorm ini. Dahsyatkan. Bila jadi ahli Dorm D, di awal pagi, kita perlu beroperasi. Rest Room, Aku datang...

Bersambung...

21 Oktober 2010

Tips Menulis Cerpen-MHZ

Tips Menulis Cerpen.
Khas buat para pendengar Cool fm
Tutorial oleh Mohd Hakimi bin Zulkifly




1. Bayangkan satu keadaan yang menarik bagi memulakan sesebuah penulisan cerpen.
-Contohnya, mulakan dengan situasi yang mencemaskan bagi menarik minat pembaca. Ini amat penting kerana pendahuluan yang hambar akan membosankan pembaca.


2. Mulakan dengan dialog.
-Mulakan cerita itu dengan dialog. Elakkan dengan menulis pendahuluan yang meleret panjangnya. Dialog akan membuatkan para pembaca merasa ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam cerita ini. Gunakan dialog yang menarik minat pembaca. Misalnya, "Aku tahu kau siapa. Kaulah dalangnya bukan?" atau "Sebenarnya, saya masih cintakan awak". Dialog2 sebegini di awal cerpen akan menjadikan cerita kamu lebih berbentuk saspen dan menimbulkan tanda tanya oleh pembaca.


3. Gunakan nama yang sesuai mengikut jenis cerpen yang ingin ditulis.
-Sekiranya cerpen itu berlatarbelakangkan cinta, maka gunakanlah nama yang berbunga sedikit seperti Rizal, Reza, Faizal, Erra, Ziana. Sekiranya berbentuk ganas, gunakanlah nama seperti Zack, Roy, Diana, Aza. Sesuaikan nama mengikut cerpen. Takkanlah nak gunakan nama Seman, Minah dan sebagainya. Memang tak kena la dengan cerpen tu kecuali jika nak menggunakan nama2 sedemikian bagi menunjukkan watak orang kampung. Itu barangkali sesuai. Takkanlah nak guna nama Khaty or Zetty untuk watak mak cik kan.


4. Gunakan gaya bahasa.
-Masukkan unsur2 simile, hiperbola, metafora. Jangan lupa bagi memantapkan cerpen itu dengan simpulan bahasa mahupun peribahasa. Cuba kurangkan perkataan bahasa Inggeris yang dimelayukan. Gunakan hanya ketika benar2 memerlukan sahaja. Dalam hal ini, kebolehan bersastera amat diperlukan sekali.


5. Lakar plot cerpen.
- Dalam apa2 penulisan pun, apatah lagi jika melibatkan penulisan cerpen, kita wajib melakar plot bagi memudahkan kerja2 penulisan. Meskipun ada penulis termasuk saya sendiri ada kalanya tidak membuat sebarang plot namun dengan adanya plot sebenarnya amat membantu dalam memastikan jalan cerita tampak teratur.


6. Masukkan isu2 semasa.
- Sekiranya ada isu2 semasa yang relevan dengan cerita yang sedang kita coretkan itu, masukkannya bagi mengemaskan penceritaan. Hal ini juga memperlihatkan kepada pembaca yang kita celik dengan hal ehwal semasa yang terjadi. Kewujudan hal ehwal semasa ini sedikit sebanyak dapat membantu memperkayakan ilmu pengetahuan pembaca kita.


7. Elakkan menulis perkara2 sensitif.
-Cerpen itu seharusnya menjadi wadah bagi menyampaikan hasrat hati kita. Elakkan menulis perkara2 yang boleh menyinggung hati pembaca. Matlamat kita menulis adalah untuk kepuasan pembaca dan bukannya untuk memprovokasi mereka.


8. Gunakan latar belakang tempat dan masa yang sesuai
-Jangan sesekali menggunakan latar belakang tempat yang kita tidak tahu atau tidak biasa dengannya. Pilihlah latar belakang tempat yang kita sudah biasa bagi memudahkan kita dalam membuat huraian dalam penulisan kelak. Jika kita tidak arif dengan sesuatu tempat itu, bagaimana kita ingin menghasilkan deskripsi tempat itu dengan baik. Gunakan latar belakang masa yang sesuai. Kiranya nak menarik minat pembaca muda, maka gunakanlah latar belakang masa kini dan bukannya latar belakang masa 10 tahun dahulu kerana mereka mungkin tidak punya minat membaca cerpen yang tidak berbentuk moden atau masa kini.


Ini sahaja yang dapat dikongsi buat masa sekarang-MHZ

Kedah vs Kelantan (Perlawanan Penuh Hambar)

Piala Malaysia
 Malam semalam menyaksikan perlawanan peringkat separuh akhir(pertama) Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di antara Kedah menentang Kelantan. Malam semalam seolah-olah menjanjikan pertemuan yang menarik di antara kedua-dua pasukan. Para penyokong setia Hijau Kuning dan penyokong setia The Red Warriors berpusu-pusu membanjiri stadium yang bisa memuatkan hampir 30 ribu orang.

Perlawanan semalam yang sepatutnya menjanjikan permainan cantik akhirnya bertukar menjadi hambar. Kedua-dua pasukan gagal menghasilkan gol akibat ketiadaan rentak dan kelemahan strategi. Kedah meskipun bermain di tempat sendiri gagal memanfaatkan peluang untuk menang. Kelantan yang juga mengalami masalah penyudah yang tumpul berasa lega dengan membawa keputusan seri ke tempat sendiri nanti.

Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen kelihatan diasak hebat dan tidak punya banyak ruang dalam mencipta peluang gol. Penyerang tunggal Kelantan pada malam semalam, Akmal Rizal juga gagal membolosi pertahanan Kedah yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. Pemain-pemain tengah Kelantan dilihat lebih banyak menggerakkan jentera mereka jika dibandingkan dengan para pemain tengah Kedah yang tidak banyak melakukan gerakan berbahaya ke arah pintu gol Kelantan.




Kedua-dua pasukan dilihat gagal menggunakan peluang yang terhidang bagi menjaringkan gol. MHZ yakin para penyokong sama ada Kedah mahupun Kelantan pasti pulang sedikit hampa kerana kecewa dengan persembahan hambar pasukan masing-masing.
Kedah dilihat bakal berdepan tugas sukar bagi memperoleh kemenangan di tempat lawan. Kelantan yang gagah di kubu sendiri pastinya akan menggunakan sebaiknya peluang bermain di Kota Bharu nanti. Semuanya bakal diketahui kelak selepas perlawanan separuh akhir(kedua) di Kota Bharu.

 MHZ, Melaporkan Ulasan Sukan Buat Anda..

20 Oktober 2010

Aduhai..Sayang Biar Bertempat-MHZ

Tengah MHZ melayan lagu Kopratasa, Permata Buat Isteriku, tiba-tiba teringatkan satu isu ni. Sayang pada kekasih.


Tak salah nak sayang dalam bercinta. Malah itulah sebenarnya intipati dalam cinta itu sendiri. Kalau dah tak sayang, apa gunanya kita bercinta dan tak ada maknanya sesebuah cinta itu kalau diri kita sendiri tak dapat mengecapi kebahagiaan. Cinta itu suci hakikatnya. Manusia itu sendiri yang mengotori akan kesucian cinta itu. Cinta perlukan kejujuran dan kepercayaan. Kiranya lengkap 2 perkara ini maka bakal berkekalanlah sesebuah perhubungan suci itu.
Apa yang ingin dibincangkan dalam coretan kali ni bukannya berkenaan dengan betapa dalamnya sayang seseorang itu terhadap kekasihnya tetapi warkah kali ini ingin membawa sejauh mana atau sampai ke tahap mana sebenarnya sayang itu dibolehkan. Prospek perbincangan bertumpu kepada pasangan kekasih dan bukannya pasangan suami isteri.
Khas Buat Semua Para Pencinta Lelaki Mahupun Wanita..
"Aduhai..Sayang Biar Bertempat"



Wahai Para Pendengar Cool fm,

Cinta itu satu. Yang satu itu sahayalah yang bertakhta di hatimu. Namun janganlah terpedaya dengan pujuk rayu. Yang Bisa Membinasakan Maruah Dirimu. Ingatlah semua bahawa meskipun cinta itu indah belaka namun di sebalik tirai keindahan itu, ada lembaga hitam yang senantiasa menyesatkan kita dengan mempergunakan cinta sebagai alasan menghalalkan segalanya. Gunalah kata hati. Dengarkanlah ia berbicara. Bezakan ia. Apakah itu cinta atau sesuatu yang lain tetapi sekadar bertopengkan kemuliaan cinta?..

Dalam khayal bercinta, elakkanlah dari:-

1. Meletakkan cinta lebih dari kedudukan kita sebagai hamba Allah SWT. Allah itu tuhan kita maka segalanya harus didahulukan buat agama dan bukannya cinta.
2. Memperjudikan maruah. Jangan kerana cinta, kita menggadai maruah semata-mata mahu membeli seutas cinta yang entah sampai bila bakal bertahan lamanya.
3. Menggadai tubuh. Kerana cinta, jiwa dan raga diserahkan semua. Maka, ini bukan namanya cinta tetapi hanya berpaksikan nafsu semata-mata.
4. Mengejar sesuatu yang tak pasti. Kamu tahu dia sudah berpunya. Mana mungkin dia mahu bersamamu. Dek kerana cinta, kamu sanggup menantikannya. Janganlah begitu. Bukalah mata, bentangkanlah minda, ramai lagi di luar sana yang mendambakan cinta anda.
5. Lupa akan kepentingan serta keperluan diri. Ingatlah bahawa cinta itu memerlukan pengorbanan dari kedua-dua belah pihak. Kiranya hanya kamu yang berkorban, maka meranalah jawabnya.

Inilah intipati warkah yang dibawakan kali ini. Moga2 ia dijadikan iktibar serta teladan buat kita semua. Elakkanlah dari terjebak ke dalam kancah kehinaan cinta.


"Orang lain Tidak Pernah Memohon Kesempurnaan Dari Kita. Apa Yang Dipinta Ialah Kejujuran Dan Keinginan Untuk Bersama"


MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

19 Oktober 2010

Memori Prep School Siri 4


Hari baru bermula.Pada hari ini merupakan kali pertama budak-budak ini akan keluar ke Bandar dan ditemani dengan pengawas-pengawas prep school yang membawa budak-budak dorm masing-masing.Lebih kurang macam itula.Agak memenatkan untuk menjadi seorang pemandu pelancong di Kuala Kangsar ini.Aku berperanan memberitahu di mana tempat yang sepatutnya mereka pergi dan di mana tempat yang tidak boleh mereka pergi.Kemudian aku membenarkan mereka pulang.Aku jika tidak tersilap bersama-sama rakan-rakan lama makan tengahari bersama.


Yang lain-lain ada yang masih di Fajar(sekarang The Store)membeli barang-barang juga sedikit bekalan makanan untuk seminggu.Biasala duduk di asrama kita makan ikut jadual dan bukannya sesuka hati kita seperti mana di rumah.Jadi menjadi kebiasaan untuk budak-budak asrama membeli makanan luar untuk mengisi perut mereka yang lapar terutama pada waktu malam.Aku juga sebegitu kadang kala pada waktu malam menginginkan sedikit makanan kerana agak lapar dan perut perlu diisi.


Di sebalik mereka yang gemar keluar ke Bandar memenuhi pasar raya dan tidak ketinggalan pusat-pusat komputer,masih ada juga segelintir yang tidak ke mana-mana hanya di asrama kerana tidak mempunyai wang perbelanjaan yang agak banyak untuk dibelanjakan sebegitu mudah.Makan di asrama pilihan utama meskipun pada hari cuti dengan makanan yang kurang enak tetapi perlu mementingkan juga susah payah ibu bapa.


Pada hari Ahad,mereka pertama kali menghadiri perhimpunan pagi ahad yang diadakan pada pagi Ahad tepat jam 8.30 pagi walaupun para pelajar tidak semua yang menepatinya.Pada perhimpunan pagi ini selalunya melibatkan Cikgu Fairuz berucap tentang masalah disiplin serta pelbagai lagi yang melibatkan hal ehwal sekolah.


Pada malam itu,para pelajar tingkatan satu ke blok akademik mereka untuk mengemas kelas mereka.Hal ini kerana mereka akan memulakan sesi persekolahan pada esok harinya.Mereka juga diberi penerangan oleh guru-guru bahasa asing tentang kelebihan bahasa masing-masing.Hebat sungguh,boleh belajar pelbagai jenis bahasa.Aku juga sedikit cemburu kerana tidak berpeluang belajar pelbagai bahasa sejak di bangku sekolah lagi.Bertuah sungguh mereka ini.


Kelas menengah rendah dibahagikan kepada dua iaitu seni dan muzik.Terdapat 4 kelas semuanya untuk tingkatan satu.Mereka hanya dimasukkan secara rambang dahulu.Mereka mula mengambil keputusan ke mana hala tuju masing-masing berdasarkan minat masing-masing yang berbeza.


Ada yang minat melukis dan ada yang pandai bermain muzik.Jadi mereka telah memilih haluan sendiri yang bakal menempatkan aliran seni di 1C dan 1B manakala 1U dan 1S pula untuk yang beraliran muzik.Sungguh unik sistem di sini kan.Ini sudah tentu dapat menggilap bakat pelajar berkenaan.

18 Oktober 2010

Tatkala Saat Hati Ini Dikecewakan-MHZ

OH, PERITNYA HATI INI..


Di saat dan ketika ini, MHZ ingin membawakan anda satu topik yang pastinya pernah menyelubungi diri kita. Tak lain tak bukan, kecewa atau kecundang dalam percintaan. Dalam coretan kali ini, MHZ bakal membincangkan tentang perihal mengapa bisa ini berlaku dan cara-cara mengatasinya. Seperti yang kita sedia maklum, Cinta seharusnya indah. Jikalau cinta yang sepatutnya terisi dengan bahagia itu digelumangi duka, maka tinggalkanlah cinta itu untuk sesuatu yang lebih baik buat dirimu. Barangkali dia tidak menghargai dirimu kerana jodohmu yang sebenar sedang menunggumu di luar sana.
Sebelum saat cinta itu terputus talinya, maka inilah antara bisikan hati yang bakal menjelma:-

1. Kenapa dia diam je? Dia dah tak sayang aku ke?
2. Kenapa tak sms, tak call pun? Dia dah tak nak ambil tahu pasal aku ke?
3. Kenapa dia buat aku macam ni?Aku dah minta maaf tapi dia still tak nak layan aku
4. Dulu mesra sangat..Sekarang dah sunyi, macam dah tak ada apa2 lagi
5. Kenapa awak buat saya menangis? Kenapa dah tak romantik? Kenapa tak pujuk saya macam dulu2?

Hakikatnya, persoalan ini selalunya diajukan wanita kepada lelaki. Sebenarnya, cukup mudah hendak memahami hati para lelaki. Sekiranya dia mahukan seseorang wanita maka dia akan mendapatkan wanita itu bersungguh-sungguh tapi kalau dia tak nak, macam2 alasan dia bagi.

"Lelaki kalau dah suka, sms memanjang, call pun selalu, jumpa pun nak kerap.
Lelaki kalau dah tak suka, bukan kata jumpa, sms pun dia tak nak"

Senang cerita, beginilah. Tak kiralah lelaki mahupun wanita, kalau sekiranya anda putus cinta, janganlah terus berputus asa. Sesungguhnya ada yang lebih baik untuk anda di luar sana.

Nasihat MHZ ialah, mulakan hidup baru sebab buang masa saja kita nak kenangkan dia. Tak perlulah nak berharap lagi sebab dia dah bahagia dengan hidup dia. Kalau dia datang balik pun, waktu tu orang dah tak nak kat dia, lepas tu nak baik2, cakap I masih sayangkan you la, rindu la, jangan terpedaya dengan semua tu.


MOVE ON, mulakan hidup baru, cari cinta baru:-
1. Tak jawab call/sms...cari kawan baru
2. Bila dia tak layan kita..cari teman lain
3. Bila dia tak care..cari yang caring kat kita
4. Bila putus je..move on..takyah tunggu2
5. Bina hidup baru..cari bf/gf baru

Renung-renungkan..Selamat beramal..

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..



MHZ Blog Of Opinion (Thanx You All)


Kalau nak dikira, ditolak, didarab, dibahagi, masuk kali ni, dah 101 coretan yang dihasilkan oleh MHZ. MHZ sendiri tak sangka dan tak sedar rupanya dah banyak jugak coretan yang telah dihasilkan dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini.

MHZ di sini nak mengucapkan terima kasih kepada semua rakan2 blogger dan juga kepada rakan2 yang lain yang senantiasa memberikan sokongan dalam apa jua bentuk kepada MHZ Blog of Opinion ini.

MHZ berjanji bahawa usaha ke arah menghasilkan penulisan yang lebih baik akan sentiasa diteruskan. Coretan-coretan yang dapat membantu dalam kehidupan terutama tentang dunia percintaan.

MHZ sebenarnya merasa terharu kerana mendapat sokongan yang menggalakkan daripada semua. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas.

Cuma di sini MHZ ingin menerangkan bahawa Blog ini tidak bersikap personal atau private. Maknanya blog ini adalah buat tatapan semua kerana kandungannya yang agak general. Mahu tahu tentang cinta,hampir segalanya di sini.

Apa2 pun, terus setia bersama Cool fm, Lebih Karat Daripada Biasa..

17 Oktober 2010

Awek vs Bakal Isteri


Amboi..pekabo cik jah, kak jenab dan che embon yang semua sedang bergosip di pangkin bawah pokok pelam tu. Tak lupa pada abang Man, Pak Kassim dan Bro Latip yang tengah melepak kat kedai kopi Pak Abu. Semuanya sentiasa setia mendengar Cool fm,Lebih Karat Daripada Biasa.



Kita sedia maklum yang semua orang punya cinta di hati masing-masing. Cuma bezanya apakah ia berputik atau tidak sahaya. Coretan kali ini boleh dikatakan lebih ditujukan kepada kaum lelaki namun kaum Hawa pun boleh turut serta menelaah kerana perkara ini juga ada kaitan dengan diri anda.

AWEK VS BAKAL ISTERI

Zaman sekarang ni boleh dikatakan zaman cinta arus modenisasi. Semua pencinta wanita ini akan menggunakan segala kecanggihan teknologi dalam memiliki hati para wanita. Kalau zaman mak ayah kita dulu2, semua main pakai surat, pakai posmen, ketuk botol, letak surat dalam baldi, tinggal surat dalam raga motor si lelaki. Itu zaman 80-an sampai 90-an la. Aku dapat informationes tentang cara2 nak tackle tu pun dari mama dengan abah aku. Sekali sekala ada la jugak tanya kat diorang pasal benda2 ni masa minum teh time petang2.

Sebelum kita meneruskan perbincangan yang tak berapa nak ilmiah ni, pertama sekali kita akan mendefinisikan apa itu awek dan apa itu bakal isteri. Hal ini bagi mengelakkan mak cik jual cendol pening ketika saat dia membaca warkah ini.

Awek: Seorang wanita yang dianggap sebagai peneman kepada lelaki. Selalunya para lelaki akan membawa perempuan ni keluar jalan2, pegi shopping, tengok wayang dan selalu contact mcm sms dgn call. Possibility utk dia mengahwini perempuan ini ada tetapi tidak cukup kuat kerana ia bergantung pada lelaki itu sendiri. Kadang2 wanita beristilahkan awek ini hanya utk mengisi kekosongan dan bukannya untuk menjadi peneman hidup.

Bakal Isteri: Ada sesetengah pakar cinta berpendapat awek dengan bakal isteri adalah serupa namun bagi aku, ia adalah dua entiti yang berbeza. Perempuan yang didefinisikan sebagai bakal isteri oleh para lelaki menunjukkan keseriusan lelaki itu dalam memperisterikan wanita terbabit. Lelaki itu mungkin melayan wanita itu macam seorang awek namun mungkin tidak sekerap itu atau sekali sekali sahaja mereka keluar bersama. Ada sesetengah kes melibatkan pasangan yang tidak pernah keluar dating pun, namun hanya dengan berhubung di telefon, akhirnya sampai ke jinjang pelamin jua.

Oleh itu, para wanita harus bijak mengenal pasti apakah tanggapan balak kamu terhadap kamu. Kiranya kamu serius dengannya, pastinya yang terbaik kamu mahukan darinya. Renung-renungkan. Selamat beramal.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

15 Oktober 2010

Lagenda Budak Setan: Membawa Mesej Tentang Kesetiaan CInta



Kasyah: Lelaki yang berlatarbelakangkan watak antagonis(watak jahat) pada mulanya akhirnya berubah secara total pabila bersua dengan seorang gadis bernama Ayu. Dia sedar yang dia telah jatuh cinta pada Ayu dan sama sekali melanggar etika kumpulannya yang membenci atau anti-wanita. Kasyah sanggup memohon maaf pada semua yang telah dia berbuat jahat semata-mata kerana Ayu agar Ayu bakal memaafkannya. Kasyah berubah menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan rajin setelah mengenali diri Ayu. Ayu berjanji untuk memberi peluang kepada Kasyah untuk memiliki dirinya sebaik sahaja jejaka itu berjaya memperoleh segulung ijazah.

Ayu: Pernah bercinta dengan Azmi, seorang lelaki playboy. Namun hubungan mereka putus dan Ayu seterusnya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Dalam masa itulah, Ayu terserempak dengan Kasyah yang menyelamatkan dirinya daripada tercekik cicak. Ayu sedar akan tabiat buruk Kasyah dan memberi syarat kepada Kasyah supaya berubah dan kemudian barulah dia akan membuka pintu perkenalan buat jejaka itu. Setelah melihat usaha Kasyah dalam memohon maaf kepada orang-orang yang telah dia berbuat jahat dahulu, barulah Ayu yakin bahawa Kasyah benar-benar serius mahukannya.

Rintangan Dalam Perhubungan Mereka:-

1. Perangai Buruk Kasyah. Ayu mengenakan syarat kepada Kasyah supaya berubah dan seterusnya barulah Kasyah bisa mengenalinya. Akhirnya Kasyah berjaya berubah kerana Ayu.

2. Ayu tidak mahu memberi harapan pada Kasyah. Kasyah meluahkan perasaannya buat pertama kali pada Ayu. Ayu seolah-olah masih tidak yakin pada diri Kasyah dan dirinya. Ayu tidak mahu Kasyah terlalu mengharapkan hubungan cinta dengannya. Namun Kasyah berjaya mengatasinya dengan tidak berputus asa dalam memiliki diri Ayu.

3. Ayu dan Azmi sudah terlanjur. Hakikat perkara ini mampu menggugat perhubungan antara Ayu dan Kasyah tidak dapat dinafikan lagi. Ayu khuatir Kasyah tidak dapat menerima dirinya namun Kasyah yang terlalu mencintai Ayu mampu memaafkannya dan sanggup menerima Ayu seadanya meskipun tidak lagi suci.

4. Kasyah terpaksa menjalankan sebuah projek demi menghabiskan pengajian. Kasyah takut dia akan kehilangan Ayu kerana tempoh projek itu yang agak lama dan jaraknya yang agak jauh. Ayu memberi jaminan akan terus setia pada Kasyah. Akhirnya Kasyah setuju untuk meneruskan projek itu walaupun dalam keadaan penuh dilema.

5. Azmi menikahi Ayu. Ayu sanggup menikahi Azmi kerana takut akan keadaan ibunya yang tampak sakit teruk. Demi ibunya, Ayu bersetuju menikahi Azmi dalam keadaan dirinya yang dihimpit rasa serba salah terhadap Kasyah. Perkahwinan antara Azmi dan Ayu disembunyikan dari pengetahuan Kasyah disebabkan Ayu takut Kasyah tidak akan mampu menerima kenyataan itu.

6. Ayu kemalangan. Setelah bergaduh dengan Azmi, dalam keadaan amarah, Ayu memandu kenderaan dalam keadaan penuh emosi. Ketika memandu entah ke mana arah yang ingin dituju, Ayu mengalami kemalangan yang agak parah. Ayu sembuh namun wajahnya cacat. Azmi kemudiannya membiayai kos pembedahan plastik Ayu. Ayu berubah wajah. Setelah kejadian ini, Ayu dan Azmi berpisah.

7. Kasyah pasrah setelah tahu Ayu telah menikahi Azmi. Su dengan penuh rasa serba salah akhirnya memberitahu Kasyah akan perkara sebenar. Kasyah seakan-akan tidak dapat menerima hakikat itu. Kasyah dalam keadaan itu cuba seboleh-bolehnya untuk melupakan Ayu.

8. Ayu takut mendedahkan dirinya yang sebenar. Kasyah sedar akan persamaan yang banyak antara Ayu dan Amelia. Amelia(Ayu) sudah tidak dapat berdepan dengan Kasyah lagi kerana rasa bersalah menikahi Azmi. Su mendedahkan perkara sebenar dan Kasyah bergegas mendapatkan Amelia. Kali ini, hubungan cinta mereka berputik kembali.

9. Ayu hilang ingatan. Azmi dengan tidak sengaja mencederakan Ayu dan kejadian itu mengakibatkan Ayu hilang ingatan. Kasyah mencuba bermacam cara bagi mengembalikan ingatan Ayu. Akhirnya, Ayu sedar yang hatinya telah dimiliki dan orang itu ialah Kasyah.

10. Ayu meninggal dunia ketika melahirkan anak. Ayu akhirnya buat kali ketiga meninggalkan Kasyah dan kali ini buat selamanya. Mungkin Ayu telah tiada namun cinta mereka sentiasa terpahat di hati Kasyah.


Dengan cabaran yang begini dahsyat, cinta mereka masih terus utuh berdiri.
Semua ini adalah analisa yang dibuat oleh MHZ sendiri.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

Memori Prep School Siri 3


Pagi ini sedikit berlainan bagi para pelajar tingkatan satu. Mana taknya sebab satu pertukaran tempat yang akan mengambil masa untuk mereka mula menyesuaikan diri. Aku dapat merasakan pelbagai jenis aura yang dapat dirasakan yang melihatkan ada yang cukup gembira dan tak kurang juga yang kelihatan sedih mahu pulang ke rumah mereka.
Mereka segera bergegas ke tempat yang memperlihatkan mereka diajar cara-cara untuk memasang cadar dan selimut.Aku ingat kembali pada tahun 2006 yang memperlihatkan aku mula menjejakkan kaki di MCKK dan aku mula-mula sekali diajar oleh seorang pengawas tingkatan 5 yang bernama Wan Muhammad Syazwan yang kemudiannya agak rapat denganku.

Tanpa melengahkan terlalu banyak masa, aku menunjukkan cara-cara untuk mengemas tempat tidur mereka sambil menerangkan serba sedikit tentang kerja-kerja mengemas itu. Aku diusik oleh budak-budak itu kadang kala dan membuatkan keadaan di dorm itu nampak riuh rendah dan semuanya kelihatan ceria. Dorm itu juga dilawat oleh guru-guru yang merupakan mentor mereka.Guru-guru ini juga tidak duduk sahaja tetapi turut membantu para pengawas dalam memberi tunjuk ajar kepada budak-budak baru yang serba banyak tak tahu.

Kemudian,waktu petang diisi dengan aktiviti riadah seperti bermain bola. Tak dapat nak sentuh bola pun kerana hampir 100 orang lebih bermain bola di padang yang sepatutnya menyaksikan hanya 22 orang sahaja yang bermain di situ .Malamnya diisi dengan aktiviti orientasi lagi. Malam ini agak berlainan. Ada beberapa senior yang datang untuk melatih para pelajar baru yang bakal mempersembahkan sesuatu pada malam penutup minggu orientasi nanti.

Meskipun ada adegan beberapa orang senior dihalau Cikgu Bibi kerana tidak bertanya akan kebenaran dia terlebih dahulu bagi melibatkan diri namun program itu berjalan lancar juga akhirnya.

Hari berikutnya budak-budak itu diajar pula bagaimana untuk memakai sampin. Jadi pelbagai gelagat dapat kulihat dan pelbagai jenis sampin terhasil daripada hasil buatan artis-artis yang kreatif belaka semuanya. Aku juga bukanlah hebat sangat memakai sampin tetapi aku tidak terkecuali dalam memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Esoknya, mereka memakai sampin dan sudah pasti mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Aku dan rakan-rakan yang lain mengiringi para pelajar ini ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Ianya mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai.

Bersambung...

Wanita Solehah-MHZ

Siapa yang tidak mahu beristerikan wanita yang solehah. Boleh dikatakan semua lelaki berkehendakkan pasangan hidup yang taat pada perintah Allah SWT dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ketentuan dalam jodoh itu adalah kuasa Allah SWT. Kiranya Allah mahu menemukan jodoh kita dengan si dia maka insya-Allah bakal berputiklah bunga-bunga cinta yang telah kita harapkan sekian lama itu.

Walaupun si lelaki itu buas orangnya, suka bersosial hingga ke lewat malam namun itu tidak mengecualikan dirinya daripada mahu memiliki permata dunia yang patuh pada ajaran Islam yang dibawa oleh utusan Allah, Nabi Muhammad SAW. Mat Rempit, Bohjan, Kaki Botol, Kaki Judi, mahupun para playboy, semuanya mempunyai cita-cita yang sama yakni mahukan pasangan yang masih suci dan berupaya membawa keluarga ke arah kehidupan yang bahagia.

Jadi, para wanita, golongkanlah diri anda dalam golongan wanita yang solehah. Anda tidak semestinya perlu bertudung labuh, berpurdah, mahupun berjubah. Cukuplah sekadar pakaian yang sopan, yang menutupi aurat, dan yang terutama, pamerkan ciri-ciri wanita Islam dan wanita timur yang senantiasa menitik beratkan kesopanan dan kesusilaan.

Minah Rempit, Bohsia, GRO dan lain-lain. Kembalilah ke jalan yang benar. Sesungguhnya lelaki di luar sana hanya mahu berfoya-foya serta berseronok dengan dirimu sahaja. Tidak pernah terlintas di hati mereka ingin memperisterikan dirimu. Mereka sudah lali dengan perangaimu. Mereka sudah tahu akan perihal dirimu yang sudah terjerumus ke lembah kehinaan. Apakah kamu rasa dirimu akan mereka pilih? Sedarlah wahai kaum Hawa. Para lelaki ini meskipun perangainya umpama iblis sekalipun, di akhir cerita, mereka juga inginkan akan seorang bidadari solehah yang bakal berdampingan dengan mereka sehingga ke akhir hayat.

Renung-renungkan. Selamat beramal.-MHZ

14 Oktober 2010

Lelaki Hari Ini-Kerjaya Lelaki Punca Cinta Kandas


Assalamulaikum dan salam sejahtera ya..Bersama dengan saya sekali lagi MHZ dalam rancangan Lelaki Hari Ini(LHI)..Rancangan yang membincangkan hal perihal kelakian..walaupun hakikatnya lelaki lebih banyak mendiamkan diri..namun itu tidak sama sekali mengecualikan mereka dari terjerumus ke lembah percintaan dan permasalahan..Tanpa melengahkan masa, ingin saya perkenalkan panel yang sudah tidak asing lagi bagi kita iaitu prof J..selamat datang ya prof ke rancangan LHI..

Terima kasih ya kepada Hos yang sudi menjemput saya..Baik Prof..Saya nak mengajukan soalan kepada Prof tentang masalah status lelaki..Lelaki zaman sekarang boleh dikatakan tidak ada kurangnya jika nak dibandingkan dengan masa lampau pun..tetapi dari segi kerjaya, kita melihat lambakan lelaki yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPT..jadi pada pendapat prof..sejauh mana perkara ini mampu menggugat hubungan cinta lelaki dan wanita..silakan prof..

Baik..terima kasih sekali lagi kepada hos, MHZ..Sebenarnya memang kita tak dapat nafikan lagi akan perkara ini..Lelaki yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi amatlah ramai sehinggakan ianya sama sekali menimbulkan kerisauan kepada semua terutama kepada kaum Hawa..Jadi pada hari ini, ingin saya membincangkan secara lebih terperinci tentang perkara ini.

Antara kesannya ialah:-

1. Para wanita akan bakal mengahwini lelaki yang tidak setaraf dari segi pendidikan dengan mereka. Ini akan mewujudkan jurang yang besar. Kiranya si isteri menerima seadanya tidak mengapa tetapi persoalannya apakah penerimaan itu kekal atau bakal kandas di tengah jalan.

2. Keretakan rumah tangga. Suami tidak mampu menanggung perbelanjaan keseluruhan kerana hanya memperoleh pendapatan yang rendah. Si isteri dalam hal ini harus membantu si suami dalam menguruskan ekonomi rumah tangga. Kiranya tidak, pastinya rumah tangga bakal retak.

3. Lelaki di rumah, wanita di pejabat. Perkara ini bukan situasi hari ini malahan telah lama berlaku apatah lagi pada masa sekarang. Lelaki hanya menganggur dan memerap di rumah. Kalau duduk di rumah, bantu mengemas dan jaga anak takpela jugak. Ini tidak, si suami hanya membungkang sepanjang hari. Maka tak hairanlah kalau si isteri tu naik hangin bila balik dari kerja nanti. Maka bergaduh besarlah jawabnya nanti.

4. Taraf hidup biasa dan sukar mencapai kemewahan. Cuba anda bayangkan. Si lelaki hanyalah bekerja di sebuah kilang. Mana mungkin dia mampu nak memberi kemewahan pada isterinya seperti seorang suami yang bekerja sebagai ahli profesional. Dalam situasi ini, si isteri haruslah redha kerana anda yang memilih untuk berkahwin dengannya.

5. Wanita kekurangan pilihan lelaki berkerjaya. Dalam kelas ketika di universiti, kalau ada 100 orang, 80 perempuan dan selebihnya 20 barulah lelaki. Jadi tak hairanlah kalau lambakan wanita yang sanggup menjadi anak dara tua(andartu) sebab terlalu cerewet dalam memilih pasangan. Nak yang hensem, berkereta besar pulak tu. Mestilah susah kalau nak jumpa macam tu.

Oh, begitu panjang lebar penerangan dari Prof. J sebentar tadi. Terima kasih Prof kerana sudi hadir dan teruskan setia bersama Lelaki Hari Ini (LHI).

MHZ Blog of Opinion (Dunia Jiwang Karat)


MHZ Blog of Opinion fm ini sememangnya berteraskan kepada isu percintaan. Maka tak hairanlah kalau lambakan coretan MHZ sendiri berkisarkan cinta.

Seperti yang terpapar, MHZ Blog of Opinion ini merupakan blog yang memaparkan idea penulis dalam bentuk karya dan berunsurkan motivasi dalam perihal cinta.

Dalam masa yang sama, MHZ turut menyelitkan isu2 lain yang dirasakan sesuai dengan pembaca. MHZ juga ada menulis sedikit sebanyak tentang diri, pengalaman dan luahan rasa hati dalam blog ini sebagai satu bentuk sisipan.

MHZ Blog of Opinion turut memaparkan karya2 cinta dalam bentuk sajak serta cerpen. Yang terbaru ialah Cinta Kilat The Series yang boleh dibaca pada bila2 masa sahaja. Cerpen jenis ini akan di update oleh MHZ dari semasa ke semasa.

Akhir kata, majulah blog untuk semua.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

13 Oktober 2010

Dulu Suka, Sekarang Tak Pula-MHZ



Hai..nasib2..kita manusia biasa..memang tak dapat lari dari terus-menerus melakukan kesilapan..Saya sendiri tak akan terkejut dengan kenyataan seseorang yang dia pada mulanya sangat mencintai seseorang dan kemudiannya setelah mengenali diri insan tersebut, cinta yang berputik itu bagaikan keguguran bunganya..

Kita faham yang cinta itu berputik dengan sendirinya..tapi kita juga harus terima yang cinta itu bagaikan ombak di pantai yang ada pasang surutnya..Kadang-kadang ombak yang memukul pantai itu boleh memberi kesan..begitu jualah hati..kalau tak kena pada tempatnya, hati yang terpaut tu boleh je terputus talinya..bila tali dah putus, maka punahlah harapan dan bertambah sukarlah usaha dalam mengekalkan cinta yang sudah sekian lama bersemi itu..

Sebenarnya rasa suka berubah ke arah tidak ni disebabkan oleh banyak faktor. Faktor yang pelbagai inilah hakikatnya menjadi duri dalam daging yang bisa meroboh empayar cinta yang telah sekian lama terbina.

Saya merasakan bukan seorang dua yang mengalami dilema sebegini. Bahkan lambakan insan di luar sana mengalami masalah dalam menentukan kepastian hati apatah lagi dalam soal cinta yang senantiasa rumit untuk difahami.

Jadi, arus ombak MHZ BLOG OF OPINION pada hari ini akan menyenaraikan beberapa faktor yang dirasakan mampu mengganggu gugat sebuah empayar cinta yang telah tersergam indah sekian lama. Antaranya ialah:-




1. Cinta yang terbina itu hasil dari rasa kasihan dan simpati pada si dia. Maknanya cinta itu datangnya daripada rasa belas dan ihsan. Cinta jenis ini tidak mampu bertahan lama kerana bila sampai masanya, rasa ehsan dan simpati itu akan pudar jua.

2. Berjumpa dengan insan yang lebih baik dari kekasih sekarang. Ini memang sering kali terjadi. Mungkin kita merasakan bahawa insan yang baru kita jumpa ini lebih serasi dengan diri kita. Kiranya ini terjadi, maka dari masa ke masa, hubungan cinta dengan kekasih sekarang bakal retak dan punah.

3. Pengorbanan Satu Hala. Perhubungan dalam percintaan perlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau hanya si lelaki yang memulakan dan si wanita hanya menunggu maka sukar untuk perhubungan itu dikekalkan. Kita seharusnya menjalinkan perhubungan yang memerlukan kita sentiasa memahami di antara satu sama lain dan mencurahkan kasih pada pasangan kita. Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya harus memainkan peranan masing-masing.

4. Hati yang tak pasti. Yang ini pun boleh jadi masalah yang besar dalam cinta. Kalau pada mulanya kita suka bagai nak rak, sampai tak lena malam fikirkan pasal si dia tapi last2, kecundang di tengah jalan sebab tak pasti betul2 suka kat dia ke tak. Perkara ni memang boleh berlaku tapi janganlah selalu sebab ia bisa melukakan hati orang yang kita perlakukan itu.

5. Cinta itu tidak dibajai. Cinta itu umpama satu benih. Yang perlu disiram dan dibajai. Kalau cinta itu dibajai dan disiram selalu, maka suburlah pohon cinta itu namun kiranya ia dibiarkan begitu sahaja jadi sukarlah untuk pohon cinta itu mekar bunganya. Malahan mungkin pohon cinta itu bakal mati kerana tidak dijaga dengan sebaiknya. Jagalah hati pasangan anda, kasihilah mereka, sayangilah mereka, dekatilah mereka dan kemudian nescaya cinta itu akan kekal lama dan tidak kecundang di tengah jalan.

MHZ, Mencetuskan Bunga-Bunga Cinta..Lebih Karat Daripada Biasa..


12 Oktober 2010

Putus Cinta..Biasalah tu-MHZ



Putus cinta..Biasala tu bro..Takkanlah nak terus frust menonggeng kot..berlambak lagi bunga kat luar tu..apa yang penting, hidup mesti diteruskan..Jangan dikenang awek yang lalu..Bunga bukan sekebun..Dan kumbang pun bukan seekor tu je yang ada..

Kalau dah putus, dah susah nak sambung balik wa cakaplu..Lu pegi beli tali baru je..tali putus ni kalau ikat balik pun, dia dah tak tegang macam dulu..anytime je boleh putus balik.

Bro and Sis..percaya pada takdir..percaya pada jodoh..percaya pada masa depan..Jangan terlampau fanatik dengan dia..Dia pun manusia..Kadang2 dia pun buat silap bila tinggalkan you all tapi jangan kerana dia, you all tak boleh hidup beb..haha

Ambik masa..Keluar la dengan member..Hilangkan tensen tu..

Jangan fikirkan benda tu sangat. Nanti habis kerja kita terbengkalai sebab asyik termenung baru putus cinta. Ingatlah, setiap dari kita ni ada jodoh tapi mungkin kita masih belum bersua dengannya. Janganlah putus asa dalam mencari cinta.

MHZ, Lebih karat daripada biasa

Cinta Kilat Siri 4


Mohd Hakimi bin Zulkifly mempersembahkan Cinta Kilat

“Ain..Aaa..awak betul2 tahu pasal saya ke?” Tampak sungguh kerisauan pada riak wajah Reza. “Awak rasa?” Pertanyaan Ain itu menambahkan lagi risau si Reza yang sudah kian kelu lidahnya. Reza kian resah. Dia sungguh tidak menyangka kisah silamnya barangkali telah diketahui oleh Ain. Dia seboleh-bolehnya mahu melupakan kisah lampau namun kiranya ia terus disebut-sebut, bagaimana mungkin dirinya mahu berubah. Hijrah itu perlu namun faktor persekitaran sedikit sebanyak mempengaruhi diri seseorang untuk berubah.

“Reza, kenapa dengan awak ni? Muka pucat semacam..” Ain yang tadi terus menerus menambahkan keresahan si Reza kini baru mulai sedar akan reaksi jejaka itu. Dia baru sedar yang Reza seakan-akan kelihatan tidak selesa pada kenyataannya sebentar tadi.
“Awak ok ke tak ni?Janganla diam je..Takut saya tengok awak macam ni” Ain merenung Reza dengan penuh tanda tanya. Apa yang barangkali membuatkan jejaka ini tiba-tiba sahaja terdiam. “Ain, apa yang awak tahu pasal saya?” Reza mahu merungkai keserabutan fikirannya itu. Dia mengharapkan Ain tidak akan terus membuatkan dirinya dihimpit keresahan.

Ain hanya mampu tersenyum. Manis juga senyuman gadis yang bernama Syiratul Ain ni. Reza kelihatan terpaku melihat senyuman yang terukir pada bibir seorang gadis Melayu yang sungguh manis orangnya. Tidak lokek dengan senyuman dan dihiasi dengan ciri-ciri wanita Melayu yang menjadi idaman setiap lelaki.

“Haha..oh, jadi sebab benda ni la yang awak pucat lesi semacam ni” Ain ketawa kecil. Ciri-ciri wanita yang ada pada dirinya sungguh terserlah. Reza sekali sekala merenung wajah gadis itu. Memang ternyata ayu dan tidak ada cacat celanya.
Reza hanya mendiamkan diri. Lidahnya seolah-olah terkunci. “Reza, ramai orang kenal awak..dan saya pun dah lama kenal awak..Cuma awak je yang tak kenal saya” Ain sekali lagi melemparkan senyumannya pada Reza. “Habis, apa yang tahu tentang saya..tentang masalah saya” Reza berdebar-debar menunggu reaksi dari Ain.

Ain mengeluh panjang. “Itulah..Bila dah ramai orang kenal, mestila cerita kita cepat tersebar..Awak tak akan dapat lari dari orang..Orang akan sentiasa perhatikan awak” Ain mendiamkan diri seketika. Dia memberi petanda agar Reza memberi respon terhadap kenyataannya.

Bersambung…

9 Oktober 2010

Blog-Blog Cinta...

Blog-blog cinta ni bertujuan bagi berkongsi segala apa bentuk tips dan bicara cinta yang dirasakan menarik dan dapat memberi suntikan semangat serta mendedahkan tentang perihal percintaan.

Blog-blog cinta bukannya bertujuan untuk mengaibkan peribadi mana2 individu. Blogger2 jiwang yang saya kenal semuanya menulis dengan berhemah dan tidak pernah menamakan mana2 individu dalam menyampaikan coretan kami.



Adapun mungkin wujud persamaan ataupun hampir serupa dengan kehidupan peribadi seseorang, itu tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur bahawa kami sedang menceritakan sesuatu tentang anda. Blogger2 jiwang ini hanya mahu berkongsi tentang apa yang mereka rasa dan apa yang mereka alami.

Meskipun cara penulisan kami berbeza namun hasrat hati kami sama yakni mahu berkongsi tentang perihal cinta.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

6 Oktober 2010

Eyes On Me..


Aku sekali lagi diberikan tanggungjawab bagi mengendalikan Event yang agak besar iaitu Event Eyes On Me yang bakal berlangsung dan menggegar bumi Kaci pada Jumaat ini.

Aku pada mulanya agak berat untuk menerima tawaran menjadi hos bersama dengan seorang lagi rakanku yang akan bakal sama2 mengendalikan event itu. Namun aku merasakan inilah peluang untuk aku membuat sumbangan kepada rakan-rakan semua. Jadi aku mengambil keputusan bagi menerima tawaran itu.

Segala apa yang berlaku hanya akan bakal disaksikan pada malam tersebut. Aku akan cuba buat yang terbaik bagi turut sama memeriahkan event pada malam itu.