4 Julai 2011

Mengapa Cendol Harus Dijadikan Makanan Kebangsaan??


Kenapa Cendol harus dijadikan makanan kebangsaan? Mesti ramai yang terpinga-pinga apabila membaca tajuk entry MHZ kali ni. MHZ ni betul ke tak ni?? Memang idea gila kan?? Selalunya idea gila macam ni la satu hari nanti bakal menjadi satu realiti Jah Ooii..Siapa sangka Mak Cik Cendol boleh beli BMW 5 Series kan??Hah..tudia kan..

Cendol enak dijamah di waktu panas terik
Bersama MHZ kali ni dalam Saluran Merapu Meraban. Masa mula2 MHZ baru berjinak-jinak dengan blog ni dulu dan time tu nama blog ni masih MHZ Blog of Opinion fm lagi, MHZ ada mengarang satu entry berkaitan dengan Cendol sebagai makanan kebangsaan. Kalau nak baca post pasal tu, klik kat SINIBest tau Cendol ni. Kalo tak percaya, tanya pada penggemar2 cendol. Cendol memang banyak khasiatnya. Dalam masa yang sama, cendol bisa saja dijadikan lambang atau simbol perpaduan kaum di Malaysia. Kalo cakap je pasal cendol tapi tak tahu nak buat cendol pun tak guna jugak kan. Cuba tengok video ni. Video ni akan ada cara-cara bagaimana cendol itu bisa dibikinin. Yuh Bikin Cendol ahh...

AYUH BIKIN CENDOL 

Kenapa perlu Cendol? Kenapa tak Roti Canai or Nasi Lemak je jadi makanan kebangsaan??
Ini memang ternyata soalan yang sukar buat MHZ nak menjawabnya. Memang ramai yang tanya MHZ, kenapa pilih Cendol sebagai makanan kebangsaan. Memang panjang ceritanya tapi MHZ tak nak men'story telling'kan kepada semua untuk entry kali ni. Lain kali punya entry baru MHZ bakal ceritakan.

Ciri-Ciri Istimewa Cendol
1. Cendol punya rasa yang manis
Perpaduan itu merupakan satu kemanisan. Cendol yang manis menjadi simbolik kepada kemanisan perpaduan itu sendiri.

2. Cendol dibuat atau dihidangkan dengan pelbagai jenis bahan
Ini melambangkan bumi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

3. Cendol itu pucat tetapi menjadi berseri setelah digaul
Bangsa2 di Malaysia hanya akan maju sekiranya bergaul serta bekerjasama tidak mengira kaum serta agama.

4. Cendol digemari serta dikenali ramai
Semua orang mahukan serta cintakan perpaduan justeru tidak silap lagi sekiranya Cendol dijadikan simbol kepada perpaduan negara ini. 

Justeru, saya sebagai Ketua Pembangkang dari sekolah Juvana Wira Bakti sekali lagi menyokong sekeras-kerasnya bahawa Cendol adalah makanan kebangsaan. Saya tidak yakin namun saya percaya Cendol adalah pengubat kepada masalah sosial yang meruncing dalam negara kita sekarang ini. Kami mungkin pesalah juvana tapi kami kenal erti CENDOL.

Setakat itu sahaja repekan MHZ buat kali ni, Gua chow dulu. 


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://darkbatman.com/cendol-menggemukkan/

Scatty Kinki berkata...

yg paling penting!!!
cendol adalah amat sedap dimakan ketika cuaca panas...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

yo..cendol ttp di hatiku..hoho

Hazmin Hamudin berkata...

sedap betul kalau dimakan masa cuaca panas..adeh..nak cendol...

Ukhtifarhana berkata...

kome saje je yer..terliur dah teman nak mkn cendol...hehehe..