Lama sungguh MHZ menyepi sampai berhabuk habis dah blog MHZ COOL fm ni..Apa-apa pun MHZ tetap nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan tidak kira rakan di dunia realiti mahupun dunia maya yang senantiasa memberikan sokongan serta motivasi kepada MHZ dalam meneruskan penulisan di alam Blog ini..
Ok2..Sudah-sudahlah kita melalut..Jom kita terus sahaja ke topik utama perbincangan kita..Pada kali ini, MHZ akan membawa anda dalam membincangkan akan perihal tanda-tanda lelaki jatuh cinta pada wanita. Kebanyakan wanita mungkin bingung bagi meyakinkan dirinya bahawa seseorang lelaki itu benar-benar suka atau tidak pada dirinya. Emang benar. Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana jika tersilap sahaja langkah maka pasti buruk padahnya. Coretan kali ini lebih ditujukan khas buat para wanita. Kepada kaum Hawa sekalian, renung-renungkan tanda-tanda di bawah..hoho
"TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA PADA WANITA"
(Tanda2 ini hanya untuk lelaki yang baru cuba mengenali anda dan ia tidak terpakai kepada bf2 anda..terima kasih-MHZ)
1. Dia akan sentiasa mengekori anda
Walau di mana sahaja anda berada, dia pasti juga berada di situ..Barangkali tatkala itu, si lelaki ini cuba mencari peluang terbaik bagi mendekati diri anda..Berkemungkinan ingin menegur anda buat kali yang pertama..Janganlah takut serta bimbang wahai kaum wanita sekalian..membalas sapaan atau teguran seseorang lelaki tidak bermakna anda seorang yang gatal..Jadi lebih terbuka..Kepada yang dah berpunya, jangan nak terbuka sangatlah ya..haha
2. Dia akan meminta nombor telefon anda
Ha..Ramai lelaki yang suka merungut bila sampai ke bab nak mintak nombor telefon..Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita ni sombong plus jual mahal sebab tak nak bagi no. HP kat diorang..apa ingat no. HP tu benda yang senang2 je ke nak bagi..
"No. HP wanita adalah kunci kepada percintaan"
Kepada kaum wanita, berhati-hatilah dalam menyerahkan nombor HP anda kerana itu merupakan akses terbesar kepada diri anda..Pastikan anda benar-benar yakin bahawa anda rela serta percaya kepada lelaki itu sebelum memberikan no. HP anda..Pemberian no. HP adalah merupakan titik permulaan kepada sesebuah kisah cinta..hoho
3. Dia akan selalu SMS & Call
Di awal-awal perkenalan ni, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam mengejar seseorang wanita..Mungkin takut dikebas orang barangkali..Jadi kepada kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki dalam mengenali diri anda kerana itu merupakan simptom2 biasa mereka yang dilamun cinta. Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu merasa takut..Anda hanya perlu mengenali dirinya di kala ini dan di akhirnya, buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak..
4. Dia akan selalu bertanyakan tentang anda kepada rakan-rakan anda
Sekiranya anda selalu di kafe pada setiap malam, maka dia pasti akan berada berdekatan dengan anda..Dia ingin mengetahui dengan siapa anda berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali anda..Maklumat2 yang tidak dia peroleh dari anda boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda..Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan anda dan sejarah percintaan anda sebelum ini maka rakan-rakan anda adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho
5. Dia akan cuba menjadi 'MR. Perfect' untuk anda
Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan kekurangan itu di mata anda..Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang paling sempurna pada anda..Dia tidak mahu anda berasa tidak yakin kepada dirinya lantas dia ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan segala-galanya untuk anda..Kaum wanita tidak harus gusar serta seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak sempurna..
Itu sahaja buat kali ini..Bangsa Membaca Bangsa Berjaya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan