17 Disember 2011

3K Dalam Cinta (Kesetiaan, Kejujuran, Kepercayaan)


Bukan senang nak bercinta..Pelbagai dugaan serta cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan yang bercinta..Tatkala kebahagiaan cinta mulai melanda, ada sahaja duri-duri yang timbul seolah-olah ingin melukai kesucian serta ketelusan sesebuah cinta..

Ramai yang tidak sedar akan hakikat sebenar sesebuah percintaan..Cinta tidak akan utuh lagi teguh tanpa 3 elemen ini yakni kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan. Hanya dengan 3 elemen ini sahaja maka sesebuah cinta itu mampu bersemi buat selama-lamanya..

Justeru, pada kali ini, MHZ akan menerangkan serba sedikit tentang 3 elemen yang membentuk sesebuah hubungan cinta ini..Diharapkan dengan penulisan MHZ pada kali ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada rakan-rakan yang senantiasa setia menyokong blog MHZ COOL fm..

3K Dalam Cinta

1. Kesetiaan
Tanpa kesetiaan, maka punahlah sesebuah hubungan cinta..Kesetiaan merupakan paksi yang terpenting dalam mengekalkan hubungan cinta..Tanpa elemen kesetiaan maka mudahlah seseorang itu berlaku curang kepada pasangannya..Harus diingatkan, kesetiaan tidak boleh dijual beli, apatah lagi dipermainkan..Sekiranya kamu memang benar mencintai dirinya maka kamu harus setia padanya meskipun dia jauh darimu kerana ternyata dia senantiasa dekat di hatimu..Kiranya kamu menganggap dengan jauhnya pasanganmu dari dirimu maka kamu memiliki peluang bagi mendekati yang lain, maka ternyata cintamu padanya barangkali hanya umpama habuk di muka meja yang menanti tiupan angin membawanya pergi..

2. Kejujuran
Wajarkah kita jujur? Mungkinkah ada sesetengah perkara yang harus kita rahsiakan? Jawapannya terpulang pada dirimu..Kiranya kamu menganggap dirinya seseorang yang istimewa padamu maka haruslah kamu bersikap jujur padanya..Elemen kejujuran merupakan sebuah elemen yang melambangkan penghargaan serta kasih sayang kita padanya..Dengan berlaku jujur, pasangan kita akan berasa tenang serta tidak akan berprasangka buruk kepada kita..Sifat cemburu akan tetap wujud meskipun adanya elemen kejujuran namun kejujuran itu ternyata menjadi penawar kepada kecemburuan pasangan anda..

3. Kepercayaan
Abah pernah berkata kepada saya bahawa kepercayaan kepada pasangan kita merupakan elemen yang menjadi titik tolak kepada sesebuah hubungan cinta.

Kata Abah:
"Cinta hanya akan terus kekal kiranya kepercayaan kita pada dirinya terus kekal"
"Kalau kita sudah tidak percaya lagi akan dirinya, bagaimana percintaan kita itu ingin diteruskan kerana di mana sahaja dirinya pergi, apa sahaja yang dia lakukan, pasti wujud sahaja ketidakpercayaan di hati dan tatkala saat itu tiba maka punahlah cinta..


Khas buat Abah:
Abah, Kimi amat menghargai segala tunjuk ajar serta didikan abah kepada kimi selama ini..Tanpa abah, mungkin kimi tidak akan tahu apa itu erti kesetiaan, kejujuran serta kepercayaan dalam cinta..Terima kasih abah..

Cintailah pasangan anda seadanya serta semaikanlah elemen kesetiaan, kejujuran serta kepercayaan dalam hubungan anda..Insya-Allah ia akan kekal abadi..

Tiada ulasan: