4 Oktober 2010

Cinta: Bagaikan Cendol dengan Ais Kacang, tak mungkin rasanya sama


Hai semua..teruskan bersama saya MHZ dalam rancangan memasak bersama Chef Kimi..
Ok semua..dalam episod minggu lepas, saya dah ajar semua tentang bagaimana nak sediakan Lai Ci kang kan. Jadi dalam episod kali ni, saya nak ajar puan-puan kat rumah tu tentang bagaimana nak menyediakan cendol dan ais kacang. Memang tak susah ya puan2. Cuma kena rajin je. Tapi takpela kan. Kita buat ni pun untuk anak-anak kan. Seronok tengok diorang tu membesar.

Ok..Menu pertama kita ialah cendol.
Cendol ni puan2 kena dapatkan ais la ye. Tapi tak perlu banyak sangat la. Agak-agak je la ye. Mengikut selera keluarga la kan. Pastikan puan2 semua ada bahan2 yang akan saya nyatakan ni ye.


Bahan2 menyediakan Cendol:-
1. Cendol
2. Ais (Sesuka hati je berapa banyak pun)
3. Gula merah
4. kacang merah
5. Jagung dalam tin
5. Pulut (sekiranya mahu ditambah)

Kalau dah ada semua ni. Masukkan je ke dalam mangkuk yang sesuai.Dan hidangkan pada anak2 yang baru je balik dari sekolah tu kan. Mesti dia tersenyum gembira melihat semangkuk cendol di depan mata.

Di samping kita buat cendol tu, adala cerita sikit nak gosip. Orang kata cinta cendol ni bakal bertahan lama. Bukan apa. Macam cinta, bila time2 tengah panas2 tu. Bila time tengah gaduh2 tu, si pakwe ni pun pegi pujuk. Yang panas tu pun jadi sejuk. Samala jugak dengan cendol. Time tengahari panas, kita pekena cendol. Barula sejuk sikit ye tak.

Ok. Kita pergi kepada menu kedua pula iaitu Ais Kacang.

Ais Kacang ni agak susah sikit dari cendol ya puan2. Sebab Ais Kacang ni, kita perlukan lebih bahan2 untuk menyediakannya. Tapi tak mengapa. Rasanya yang sedap itu pastinya mengukir senyuman anak2 nanti kan. Letih sedikit tu kita halalkan jela ye.

Bahan2 untuk Ais Kacang:-
1. Ais (Seperti biasa sesuka hati)
2. Perasa sirap
3. Pewarna yang dibenarkan
4. Jagung dalam tin
5. Kacang Merah
6. Ais Krim (sekiranya mahu ditambah)

Pastinya seisi keluarga bakal tersenyum gembira sepeti mana menikmati ais krim walls bersama di hadapan televisyen.

Dan chef pun ada cerita jugak tentang cinta pasal ais kacang. Tapi ni bukan chef kata la, orang kata. Cinta Ais Kacang ni diorang kata agak boring. Sebab cinta tu macam takda pengisian. Sejuk je rasanya. Gaduh jarang. Bergurau pun jarang. Jadi itu yang menjadikan cinta itu membosankan. So, chef nak nasihatkan agar elakkan cinta Ais Kacang.

Akhir kata dari chef sebelum menutup tirai episod kali ni, walaupun ais kacang dengan cendol tu sama2 sejuk tapi rasanya tetap lain2. Jumpa lagi di episod akan datang dalam Rancangan Memasak Chef Kimi. Bye2.


2 ulasan:

dya nasir berkata...

dya nk cinta bagaikan cendol lah..hehe

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Boleh2..cinta bagai lai chi kang pun moley..haha