4 Oktober 2010

Cinta Lahir Dari Hati-MHZ


Cinta itu lahir dari hati. Tak dapat untuk dikongsi. Kerana ia hanya buat yang bertakhta di singgahsana cinta. Kita harus mengerti bahawa cinta terbit secara sendiri. Tanpa perlu kita paksa mahupun bajai. Ia akan terbentuk bila masanya bakal tiba.

Ia datang umpama mimpi. Secara tiba-tiba, kedatangannya menghiasi hati. Kekosongan yang dulu bagaikan telah terisi. Kesepian yang lalu seumpama sudah diubati. Itulah hakikatnya penangan cinta. Yang datang sekali namun menerangi hidup buat selamanya.

Jawapan kepada cinta hanyalah masa. Masa yang bakal menentukan segalanya. Kiranya waktunya telah tiba, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kiranya akar-akar cinta sudah mulai tumbuh, maka nantikanlah masa bunga-bunganya bakal berkembang.

Cinta itu satu. Dan keindahan cinta itu melampaui pemikiran nurani. Hanya yang mengalami sahaja bisa mendefinisi. Seharusnya yang pasti, cinta lahir dari hati.

Tiada ulasan: