Wanita hiasan dunia..Seindah hiasan adalah wanita solehah..hoho..Adoi..Bila umur dah meningkat, memang "standard" la kalau dah ada niat di hati nak menikah..Itu perkara lumrah..Jangan dinafikan akan kata hati yang senantiasa memberontak bagi mengecapi keinginan yang hakiki..haha..Nak kawin tu memang boleh tapi calonnya mana Jenab oiii..haha..Setakat cakap je, mak cik Timah jual air Tebu pun boleh cakap..hoho
Bila nak kawin, mestila kena ada calon dulu. Kalau takda calon, nak kawin pekebendanya..Takkan nak menikah sorang-sorang kan?? haha..Itu buang tabiat namanya..Tak pernah dibuat orang..Oleh itu, bagi tujuan kawin, nak tak nak, kamu perlu mencari calon yakni jodoh kamu tu sepantas kilat yang mungkin. Jangan duduk diam je dan terus-menerus memerap dalam bilik kerana sangat mustahil untuk rombongan meminang datang nak meminang engko yang bernama Jantan..hoho
Jadi, pada hari yang penuh bersejarah ini, ingin MHZ berkongsi sedikit tips tentang memikat wanita idaman hati.. Jangan engkau pandai-pandai guna tips ni semata-mata nak memperdayakan anak dara orang..Tips ni hanya untuk mereka yang nak mengorat lepas tu nak kawin je..Yang punya niat lain selain daripada tu, MHZ tak suka..haha..MHZ tak boleh nak halang korang..MHZ cuma boleh nasihat je..Kalau boleh, mengorat untuk kawin la..Tak nak la untuk main-main..Jangan sesekali mempermainkan perasaan orang..Nanti buruk padahnya. Terlajak Kancil boleh diundur, terlajak kata tak elok sebenarnya..haha
Tips Memikat Wanita Idaman Hati
1. Berkawan dulu
Janganlah nak "rushing" sangat..Cuba bawak bersabar..Tak perlu nak gelojoh..Kalau dah jodoh tak ke mana..Kawanlah dulu..Bagi dia selesa dengan korang..Kalau dah sampai tahap keselesaan tu dah mencapai tahap yang sangat memberangsangkan maka ketika itulah baru korang boleh meneruskan langkah yang seterusnya. Tahap memberangsangkan tu selalunya tahap yang memperlihatkan si dia dah mula percaya kat korang sampai masalah-masalah dia termasuk masalah peribadi pun dia ceritakan. Itu contoh la, ada banyak lagi sebenarnya.
2. Jumpa Keluarga Wanita
Ini memang tahap kamikaze ni..Kalau korang hebat, pegilah jumpa mak bapak dia..Ada berani??haha..Kalau korang berani jumpa "parents" dia, itu melambangkan yang korang memang betul-betul serius..Akan tetapi, sudahkah korang bersedia?? Jumpa mak bapak bukan macam lepak dengan member..Persediaan serta kelengkapan diri mesti mau cukup..Kalau tak, memang sah2 kena "reject" nanti..Jadi, adakah anda mahu menyahut seruan ini? haha
3. Bersahabat baik dengan kawan-kawan dia
Kalau korang nak "tackle" dia, korang kena "tackle" kawan-kawan dia dulu..Aku tak suruh korang try kawan-kawan dia..Korang cuma kena ambik hati kawan-kawan dia je..Jangan nak melebih-lebih pulak..Bila dah kawan-kawan dia suka kat korang, memang akan senanglah kerja korang nanti sebab member-member dia siap akan "backing" korang lagi kalau ada apa-apa yang terjadi..Tapi kan, kalau kawan dia lagi cun plus baik, baik korang rembat je..Peluang datang sekali je..hoho
4. "Be Yourself / Jadilah Diri Anda"
Ini sangat penting..Takyah nak plastik sangat depan dia..Cuba pamerkan sifat diri korang..Kalau ada sifat buruk tu, bebawak la berubah..Yang baik je korang tunjukkan..Nak hidup kena pandai la beb..haha..Tapi ingat, jangan menipu diri sendiri depan dia..Cuba berterus terang..Jadilah lelaki yang jujur..Perempuan ni memang suka lelaki yang jujur..Kalau dia tak cun, cakap je..Lepas tu kalau kena penampar, jangan carik aku..haha
5. Prihatin kepada dia
Korang kenalah jadik prihatin sikit..Kalau dia sakit, belikan dia ubat..Kalau dia ada problem, cubalah bantu dia..Kalau tak dapat selesaikan pun, sekurang-kurangnya jadilah pendengar yang baik..Kurang sikit beban dia bila diluahkan masalah tu pada korang..Ingat, prihatin ni bermaksud ambik berat..Kalau nak hubungan tu kekal lama, kenalah faham dia dan cuba bertindak bagi menenangkan hatinya..hoho
Itu saja buat kali ini..Terima Kasih Daun Keladi, Kalau takda masa pun, datang jela lagi..hoho
Tiada ulasan:
Catat Ulasan