30 Jun 2012

Keadilan Yang Didambakan


Keadilan Yang Didambakan

Keyakinan rakyat kian terhakis,
Dituju kepada sistem yang hampir muflis,
Muflis daripada prinsip-prinsip keadilan,
Yang seharusnya tertanam menjadi amalan,
Rakyat sudah mula berteriak,
Hati mereka dirobek dan kian dikoyak,
Di mana lagi ingin mereka mengadu,
Jikalau mahkamah tidak lagi membantu,
Seakan-akan ditekan butang,
Agar kelu dan jangan ditentang,
Hasil sistem yang suka temberang.

Manisnya adil bertukar kelat,
Institusi keadilan terus diperalat,
Demi pangkat, harta dan kaum kerabat,
Hitam putih seolah-olah kehilangan mandat,
Luahan pembela keadilan semuanya disekat,
Dibiarkan mereka mati melarat,
Direlakan keadilan dijadikan alat,
Asalkan negara maju yang amat,
Wahai para pejuang keadilan,
Rakyat dambakan adil dambakan saksama,
Dambakan keadilan berpaksi semula.

Nukilan Mohd Hakimi Zulkifly (MHZ)

Tiada ulasan :