5 Julai 2012

Skrip Teater Perundangan Mona Fendi Dalam Pembikinan


Penat jugak sebenarnya nak menyiapkan skrip ni. Siap berjaga malam lagi. Kadang-kadang tu punyalah letih sampai tertidur. Aku mula menulis skrip time Form 1. Aku tulis skrip untuk teater Hari Guru. Teater tu berkisarkan seorang budak remaja yang bermasalah di sekolah. Dia terlibat dalam kegiatan gangsterisme. Dia kerap membuli budak di sekolah dan sering dikenakan tindakan disiplin. Aku buat sambungan Teater yang pertama ni pada Hari Guru tahun yang seterusnya. Dalam teater sambungannya, aku menulis cerita di mana budak berkenaan telah mulai insaf namun mengalami beberapa kesukaran dalam menemui jalan yang Benar. Masa tu, aku masih terlalu muda. Bahasa yang digunakan pun agak skema. Memang tak ranggi langsung la bahasa yang digunakan waktu tu. Kalau nak guna bahasa dan babak-babak yang pelik-pelik pun susah jugak sebab nanti akan wujudnya kritikan-kritikan pedas daripada guru-guru yang bakal menonton teater tu pada hari kejadian. Oleh yang demikian, aku mengambil langkah selamat dengan menulis skrip yang berlatarbelakangkan situasi di sekolah dan digunakan bahasa yang sesuai dan sedikit baku. 

Sekarang ni, aku diberi peluang keemasan oleh rakan-rakan aku untuk menyiapkan skrip Teater Perundangan Mona Fendi. Teater ini bakal dianjurkan tatkala berlangsungnya Pesta Konvokesyen UUM yang dijangka diadakan pada Oktober 2012. Bukan senang nak menulis skrip ni. Apatah lagi apabila ia melibatkan sebuah kes yang cukup terkenal seperti kes Mona Fendi ini. Aku bersengkang mata sampai tidak cukup tidur. Banyak kajian yang terpaksa aku jalankan berkenaan kes ini bagi membolehkan aku menghasilkan sebuah skrip yang tampak sempurna dan seolah-olah menampakkan situasi kes yang sebenar pada khalayak ramai. Kes Mona Fendi bukan kes yang calang-calang. Aku dipaksa menyelami jiwa serta naluri setiap watak dalam kes bagi membolehkan aku menghasilkan dialog-dialog yang seakan-akan diucapkan oleh mereka sendiri. Ini bukan tugas mudah namun aku menyahut cabaran ini demi memberikan yang terbaik buat semua. 

Kepada rakan-rakan Mahasiswa/i UUM, jangan lupa untuk datang menonton Teater Perundangan Mona Fendi pada Oktober 2012 ini di Dewan PBS UUM. Jom sama-sama kita memeriahkannya.

Tiada ulasan: