"Melayu Dulu, Melayu Sekarang"
Melayu Dulu
Saya orang Melayu dan saya dilatih dengan nilai-nilai kemelayuan. Melayu dulunya gah dengan bahasa, diangkat kerana budaya, disanjung kerana prinsip. Akan tetapi Melayu kini kebanyakannya hanya tinggal pada nama. Nama sahaja Melayu, dicanang-canang sebagai anak cucu Hang Tuah namun ciri-ciri kemelayuan yang seharusnya tertanam di dalam diri sudah mulai menghilang.
Bahkan kita tentu sahaja ingat akan kata-kata Laksamana Hang Tuah,
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Mungkin sahaja Hang Tuah menarik balik kata-katanya jika dilihat akan situasi semasa tentang keadaan Melayu di bumi Malaysia.
Melayu dulunya diangkat oleh bangsa-bangsa asing kerana kita mengangkat martabat ilmu. Ilmu dunia bahkan ilmu ugama juga kita sanjung sehingga dulunya Tanah Melayu ini menjadi gedung ilmu, tempat orang-orang asing membuat persinggahan di samping mempelajari ilmu-ilmu yang berguna terutamanya ilmu ugama yang menjadi asas kejayaan dunia dan juga akhirat khasnya.
Itulah Melayu yang dulu, terlalu berjaya hinggakan dicemburui bangsa-bangsa di Eropah seperti Portugis dan Belanda yang hadir di bumi Melayu kerana berniat untuk menakluki bumi Melayu yang dilimpahi kekayaan harta dan ilmu. Melayu dulu cintakan Islam. Mereka menyanjungi ilmu-ilmu keagamaan.
Mereka bukan sahaja tahu mengaji dan membaca Al-Quran serta menguasai ilmu berkenaan Hadis bahkan mereka mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan sebagai cara hidup mereka. Islam diletakkan dahulu, kemudiannya barulah mereka mengagungkan bangsa Melayu kerana mereka tahu, tanpa Islam, Melayu tidak akan maju. Saiyidina Omar RA sendiri pernah menyebut kepada Bangsa Arab bahawa Bangsa Arab ini dimuliakan kerana Islam. Maka Melayu pada waktu itu mengerti bahawa agama Islam perlu mereka hayati kerana tanpa Islam, mereka tidak akan ke mana-mana, apatah lagi untuk dimuliakan.
Melayu Sekarang
Kini, tiada sesiapa lagi yang mahu mencemburui Melayu. Melayu sekarang bukannya seperti Melayu dulu. Melayu sekarang hanya menjadi kelasi dan bukannya nakhoda apatah lagi saudagar kaya. Melayu sekarang hanya suka berfoya-foya. Mereka tidak lagi mempedulikan keagungan ilmu. Mereka lebih gemar menjadi samseng dan kutu rayau yang hidup lintang pukang tanpa arah tuju.
Mereka lebih suka didedahkan dengan hiburan yang sia-sia lagi melalaikan. Konsert-konsert maksiat menjadi tempat mereka bersinggah manakala masjid -masjid yang banyak berdiri megah hanya untuk nikah dan bersembahyang Jumaat.
Melayu sekarang lebih bijak agama. Ayat Al-Quran dan Hadis dipetik-petik dan disiar di sini sana walhal hidup tunggang langgang, lari daripada kehendak agama. Apa mereka fikir ayat-ayat Allah itu hanya untuk "Quote" semata-mata? Mungkin di benak mereka, nak ikut atau tak nak ikut, itu belakang cerita. Melayu sekarang sayangkan hiburan. Orang buat kuliah agama, mereka ketepikan. Orang buat konsert maksiat, mereka dahulukan. Pakai baju ketat itu dijadikan amalan. Pakai jubah lagi bertudung labuh itu sekadar sopan.
Bila datangnya Ramadhan, banyaknya Melayu yang berpuasa. Ada juga yang ponteng di sini sana. Dalam banyak-banyak yang berpuasa, mereka sekadar mendapat lapar dan dahaga. Puasa mereka hanya sekadar tidak makan dan tidak minum kerana solat 5 waktu mereka lupa serta alpa. Solat wajib mereka tinggalkan, Solat Sunat Tarawih pula yang mereka kejar-kejarkan. Budaya Melayu kalau di Bulan Ramadhan, mereka sering bertanyakan kepada anak-anak kecil, apakah anak itu berpuasa atau tidak akan tetapi mereka gagal bertanyakan kepada anak-anak kecil itu, apakah anak itu sudah bersolat atau tidak.
Bila datangnya Ramadhan, banyaknya Melayu yang berpuasa. Ada juga yang ponteng di sini sana. Dalam banyak-banyak yang berpuasa, mereka sekadar mendapat lapar dan dahaga. Puasa mereka hanya sekadar tidak makan dan tidak minum kerana solat 5 waktu mereka lupa serta alpa. Solat wajib mereka tinggalkan, Solat Sunat Tarawih pula yang mereka kejar-kejarkan. Budaya Melayu kalau di Bulan Ramadhan, mereka sering bertanyakan kepada anak-anak kecil, apakah anak itu berpuasa atau tidak akan tetapi mereka gagal bertanyakan kepada anak-anak kecil itu, apakah anak itu sudah bersolat atau tidak.
Bagi Melayu sekarang, dah tua baru bertaubat. Bila dah pencen baru nak solat. Masa muda, tuhan pun dia tak ingat. Melayu sekarang mungkin dah lupa, ajal dan maut boleh tiba bila-bila masa. Mati tak mengenal umur, tak mengenal usia maka berubahlah segera sebelum ajal menjengah tiba.
Islam itu benar, Islam itu agung, Dengan Islam Melayu hebat, Dengan Islam Melayu disanjung.
2 ulasan:
Hang Tuah kata " Takkan Melayu Hilang Di Dunia "
Dr.M kata "Melayu Mudah Lupa"
Tapi orang Melayu sekarang sedar diri mereka Melayu bila mereka kena isi borang di ruangan Bangsa... huhuhu
Haha..Betulla tu..Bila nak isi borang, nak kena tick dekat bahagian bangsa..hoho
Catat Ulasan