10 Julai 2012

Islam Hanya Pada Nama, Pada IC

"Islam Hanya Pada Nama, Pada IC"

Kini, Islam merupakan agama yang tersohor di dunia. Lautan manusia sudah pun memeluk agama Allah ini. Pelbagai cara dakwah telah digunakan untuk mengajak orang-orang Islam di seluruh dunia supaya bukan sahaja Islam pada nama akan tetapi mengamalkan gaya hidup seorang muslim secara keseluruhannya. Islam yang sempurna lagi lengkap itu malangnya pada hari ini telah ditinggalkan begitu sahaja. Hanya segelintir sahaja yang masih mengamalkan gaya hidup Islam manakala yang lainnya lebih berbangga dengan gaya hidup Barat yang memisahkan antara dunia dan akhirat. 


Orang Islam kini hanya tinggal pada nama. Mereka lebih mementingkan kehidupan yang bercorak sosial serta mesra hiburan. Mereka enggan mengamalkan gaya hidup Islam yang secara hakikatnya bakal membawa kejayaan kepada mereka bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Islam mereka hanya pada nama. Islam mereka hanya tertera pada IC semata-mata.

Ramai di antara mereka yang beranggapan bahawa dengan Islam, mereka tidak akan berupaya untuk maju padahal mereka lupa bahawa dunia Islam dahulunya bahkan sekarang juga telah banyak menyumbang kepada kemakmuran negara seluruh dunia. Islam bukannya agama yang melibatkan perkara ibadah semata-mata. Islam juga melingkungi aspek lain seperti muamalat, munakahat dan juga politik. Maka adalah tidak benar apabila ada yang mengatakan bahawa Islam lain, politik lain. Politik itu sendiri merupakan sebahagian daripada kesempurnaan Islam. Tanpa politik maka Islam itu tidak lengkap.

Tatkala dunia kian maju, lautan manusia dalam kalangan umat Islam terlalu gian dan taksub pada hiburan. Kerana hiburan, mereka lalai. Kerana konsert, solat mereka terabai. Kerana Mangga dan URTV, mengumpat dan bergosip menjadi ibadah. Kerana nafsu serakah, dara serta bohsia mereka ratah. Kerana gilakan harta, wang judi dan rasuah melimpah ruah. Islam mereka entah ke mana. Hanya tertera pada IC dan juga nama.

Ayuh rakanku, Ayuh bangkit, Islam kini ditimpa sakit.

3 ulasan:

simaa syaz berkata...

nice entry :)

Mama Amirul berkata...

Orang Islam sekarang penakut..
Takut ditindas oleh orang kafir
Takut digelar pengganas
Takut jatuh miskin kalo tak ikut cara orang kafir
Punca orang Islam jadi takut sebab tak percayakan kekuasaan Allah SWT yang maha segala-galanya...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Islam agama lengkap, agama sempurna..Perjuangan kita perlu diteruskan..