MHZ Views HISTORY

Logo MHZ Blog of Opinion fm
Ketika di awal penubuhan blog ini pada Mac 2010, MHZ COOL fm dikenali sebagai MHZ Blog of Opinion fm. MHZ menggunakan nama MHZ Blog of Opinion fm pada mulanya kerana nama itu ternyata lebih sesuai  pada ketika blog ini mula ditubuhkan. MHZ pada awal penubuhan masih belum terlintas mahu menggunakan MHZ COOL fm sebagai nama blog kerana masih tercari-cari konsep blog yang ingin ditampilkan. Makanya adalah lebih selamat meletakkan nama blog ini MHZ Blog of Opinion fm yang melambangkan segala entry merupakan idea atau pendapat MHZ yang diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan. 

MHZ mengakui bahawa matlamat asal blog ini ialah membicarakan soal cinta. Itulah konsep asal blog ini pada awal penubuhannya. Sehingga era MHZ COOL fm yang sekarang ini pun, konsep asal yang berteraskan cinta ini masih dikekalkan. Saluran Cinta masih menjadi saluran utama di MHZ COOL fm meskipun MHZ Blog of Opinion fm telah lenyap dimakan masa. 

Logo Saluran Cinta Era MHZ Blog of Opinion fm
Logo Saluran Cinta Era MHZ COOL fm

Cerpen Bersiri Cinta Kilat

Ketika dalam era MHZ Blog of Opinion fm, MHZ telah cuba menghasilkan satu cerpen bersiri yang bertajuk Cinta Kilat. Cerpen bersiri itu masih ada tersimpan di Saluran Cinta Kilat namun amat menduka citakan kerana penulisan cerpen bersiri itu terpaksa dihentikan ekoran faktor masa dan idea. 

Header COOL fm Lama

Pada awal tahun 2011, MHZ mula mengorak langkah dengan menampilkan blog MHZ Blog of Opinion fm lebih bersifat ala-ala radio. Header MHZ Blog of Opinion fm telah mula diletakkan dengan simbol-simbol serta logo-logo yang tertera nama COOL fm melambangkan blog ini kini sudah berubah sebahagian besarnya ke arah konsep radio. Namun begitu, nama blog ini iaitu MHZ Blog of Opinion fm masih terus dikekalkan kerana nama itu sudah kian dikenali dan pertukaran nama blog mungkin memberi kesan kepada jumlah pengunjung ke blog. 

Pada ketika itu, selain daripada Saluran Cinta, 2 lagi Saluran telah diperkenalkan:-

Saluran Politik
Saluran Sukan

Ringkasan Sejarah MHZ COOL fm
1. MHZ Blog of Opinion fm (Mac 2010-November 2010)
2. MHZ COOL fm bernaung di bawah MHZ Blog of Opinion fm (Disember 2010-Mei 2011)
3. MHZ COOL fm (Secara rasminya pada Jun 2011)

Kini, setelah bertukar wajah serta imej daripada MHZ Blog of Opinion fm kepada MHZ COOL fm, MHZ akan terus menerus berusaha mempertingkatkan 'blogging skills' dalam memeriahkan lagi dunia blog ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke MHZ COOL fm yang semestinya lebih karat daripada biasa.


*MHZ COOL fm kini dikenali sebagai MHZ Views ekoran faktor peredaran masa dan kematangan penulis. Sekian, terima kasih.