Ramai Blogger di luar sana yang mungkin tertanya-tanya bagaimana caranya bagi menghasilkan penulisan-penulisan menarik dalam blog..MHZ sendiri tak dapat menafikan bahawa penulisan-penulisan yang gempak, hebat serta menarik mampu menjana kemasukan pengunjung yang tinggi ke blog anda..Ingat, Blog anda tidak akan berjaya tanpa pengunjung..hoho
Oleh itu, MHZ pada kali ini akan berkongsi dengan anda tips menarik tentang penulisan dalam blog..Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini akan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan Blogger terutamanya yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia blog..
1. Tajuk Mesti "Happening"
Ingat..Tajuk post korang tu mesti gempak dan dahsyat sebab itu yang akan bakal menarik pengunjung..Tapi jangan letak tajuk 18SX pulak semata-mata nak tarik pengunjung..Itu dah lain dah bunyinya..Jangan sampai Blog korang dilabel sebagai blog yang tidak sihat kata Mak Jah..haha..Kelas kau jah..hoho
2. Isi Mesti Menarik
Isi dalam post korang tu mestilah best..Apa yang korang tulis tu haruslah mrncapai tahap tertinggi sehingga mampu menterbeliakkan bijik mata sesiapa yang membacanya..Info-info terkini kalau ada masukkan sekali..Biar kasik pedas sikit asam pedas tu ye dik..hoho
3. Cara Penyampaian Mesti Sempoi
Ingat ni..Kebanyakan pembaca blog adalah mereka yang muda-mudi lagi..Pak cik dengan mak cik umur 60-70 tahun memang jarang bebenor nak baca blog..Jadi adalah molek kiranya korang menyampaikan penulisan dalam keadaan yang penuh sempoi serta 'versatile' kata kak Pah..hoho
4. Letakkan Gambar Kalau Ada
Kalau ada gambar, letakkan sekali..Baru jadi best sikit nak baca,,Boleh rujuk pada gambar lagi..Tapi harus diingatkan, gambar tu mestilah kena ada kaitan dengan tajuk post korang..Kalau takde kaitan, letak jela kalau nak..haha
5. Menulis Dengan Ikhlas
Ikhlas tau bila menulis..Kalau tulis dalam keadaaan tak ikhlas, nanti hasilnya tak sedap..Takde feel kata orang..So ikhlaskan dulu diri korang sebelum mula menulis..
"Renung-renungkan..Selamat Menulis Dalam Blog Masing-Masing"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan