Adoi..Macam-macam manusia yang ada atas muka bumi ni..Ada yang baik, ada yang terok..Nak buat macam mana kan? Itulah dunia..Kalau dah semua orang baik, memang amanlah dunia kan..hoho..Walaupun ada kalanya sesuatu benda tu salah sekali pun tapi bila dah jadi satu kebiasaan, ia dianggap sebagai satu norma dan diterima pakai sebagai satu budaya masyarakat..Ini yang tak boleh diterima..Benda tu kalau dah memang tak elok, patutnya jangan diterima sejak awal lagi..Cukuplah sampai di sini..haha..Jangan nak sampai jauh2 sangat ye dak..hoho
Ok2..Di kala saat yang sunyi ini, MHZ nak ceritakan satu norma masyarakat yang tak elok sebenarnya namun telah diterima sebagai budaya dalam masyarakat Melayu Islam terutamanya..Budaya berkenaan ialah budaya menghina orang akan tetapi dianggap lawak atau jenaka..
Ramai orang tak paham pasal ni sebenarnya..Melawak tak salah..Memang ramai orang suka dengan pelawak..Orang yang pandai melawak ni selalunya akan disukai dan digemari oleh ramai orang..Berbeza pula dengan menghina..Mana ada manusia yang suka dihina apatah lagi dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai..Namun masih ada segelintir manusia yang merasakan menghina itu adalah melawak..Siapa entah yang ajar mereka yang menghina itu melawak? Mungkin pengaruh rakan sebaya barangkali..hoho
1. Menyamakan Manusia Dengan Binatang
Ramai orang yang suka membuat lawak dengan menyamakan seseorang manusia dengan binatang..Mereka menganggap perkara itu boleh dijadikan bahan lawak walhal ia ternyata secara jelas menghina..Bayangkan, manusia diumpamakan seperti b*b* dan anj*ng..Apakah sehina itu manusia sehinggakan lawak jenaka pun ingin dimasukkan unsur-unsur hina seperti itu? Adalah lebih menyedihkan apabila mereka menjadikan lawak-lawak sebegini sebagai santapan harian..Kalau sehari tak sebut maka tak sempurna harinya..
2. Lawak berkenaan fizikal manusia
Manusia diciptakan Allah SWt berbeza-beza..Ada yang cantik, ada yang berisi, ada yang kurang sempurna namun itu tidak meletakkan hak kepada kita untuk menghina..Kita melawak mengatakan matanya sepet padahal itu adalah ciptaan Allah SWt..Apa hak kita untuk mempertikaikan kurniaan Allah SWt? Hebat sangatkah kita untuk berbicara sedemikian rupa?..Kalau tak suka perangai takda masalah sebab memang ada manusia yang perangainya terok tapi untuk melawak berkaitan fizikal manusia, itu tidak betul..Itu bukan lawak tapi itu hina orang..
3. Lawak berkenaan dengan cara hidup atau pekerjaan
Jangan buat lawak pasal kerja or cara hidup seseorang..Jangan dibuat lawak pasal gaya hidup seseorang..Kalau dia miskin, naik basikal buruk je, jangan melawak pasal basikal buruk tu...Kecik hati dia, dia orang susah, itu saja yang dia mampu..Mengapa lawak itu yang kamu pilih?..
Kalau dia jual baju tak branded, jangan melawak dengan cakap dia jual baju murah dan sebagainya..Itu bukan melawak tapi itu sudah dikategorikan sebagai menghina..
Ini sahaja yang dapat MHZ huraikan pada kali ini..Diharapkan agar segenap ahli masyarakat sedar bahawa menghina tidak sama dengan melawak..Barangkali mereka lupa atau terlepas pandang..Ingatlah, manusia juga punya perasaan serta maruah..Mereka mungkin hanya mampu tersenyum di depan anda akan tetapi yang terbuku di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..
"Renung-Renungkan..Selamat Beramal"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan