16 Jun 2012

Elakkan Cakap Tak Serupa Bikin (CTSB)


CTSB atau lebih popular dengan jolokan Cakap Tak Serupa Bikin bukanlah satu perkara baru dalam kehidupan seharian masyarakat kita..Malahan ia merupakan sesuatu yang sudah menjadi sebati dalam kehidupan kita sehari-hari..Walau di mana pun kita berada, pasti ada sahaja mereka yang berperangai sebegini..Cakap je reti tapi buat kerja memang tak reti..

"Nak Kondem senangla, cer buat tengok"
- MHZ

Ramai orang yang suka memberikan komentar..Kebanyakannya pasti negatif..Akan tetapi mereka sendiri tidak tahu akan situasi sebenar yang berlaku..Yelah, umpamanya seperti seseorang yang tidak pernah pun mempunyai pengalaman dalam bidang terbabit namun berbicara umpama profesor yang telah 20 tahun mengajar di sebuah universiti ternama..

"Setakat nak cakap, mak cik jual cendol pun reti cakap beb"

24 jam keje kutuk orang..Ini tak kena, itu tak kena..Yang menjadi persoalannya, apakah semua perkara tentang dirinya serba betul belaka? Jangan diungkit serta dihina kekurangan orang sebab kalau orang bukak aib kita, lagi sakit kita nanti..

Jadilah manusia yang hebat..Reti cakap dan reti buat kerja..Jangan tunjuk pandai..Lebih baik kita memberikan solusi daripada kita menambahkan kontroversi..Itu lebih baik dalam semua situasi..

"Renung-renungkan..Selamat beramal"


Tiada ulasan: