5 Oktober 2010

Kalau Ada Jodoh Tu, Adala..-MHZ


Kata-kata ini amatlah glamor dan selalu orang pakai..terutamanya bila tak sure dengan hati ataupun bila masa nak reject orang lain. Jadi, di sini ingin saya bincangkan dengan lebih lanjut tentang relevan atau tidak kata-kata di atas.

1. Memang benar, jodoh pertemuan di tangan Allah. Namun kalau tak ada usaha nak cari masakan mungkin kita akan berjumpa dengan si dia.

2. Kalau dah suka, berilah peluang pada si dia. Bukalah jalan baginya. Yang lelaki tugasnya mencari peluang dan yang wanita membuka peluang, barulah berjaya sesuatu perhubungan itu.

3. Jangan sangsi dahulu. Berkawan dahulu. Kenal hati budi dia dan kemudian barulah anda berhak menilai dirinya. Janganlah membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Kalau sangsi kemudian tak apala.

4. Ayat ni sepatutnya digunakan bila nak terima seseorang dan bukannya untuk mereject seseorang. Kerana soal jodoh ini soal yang berat. Jangan sesekali memainkan soal jodoh sebab khuatir orang yang di sana mungkin salah faham akan kenyataan kita itu. Jikalau suka, terima sahaja. Jikalau tidak, tolaklah secara baik.

5. Saya sendiri pernah mengenali seorang gadis yang pernah berkata, " Awak janganla tak nak kawan dengan saya, saya memang ada bf tapi saya tak semestinya akan kahwin dengan bf saya". Ayat ini menampakkan ketidaksetiaan yang melampau. Elakkan perempuan sebegini.

6. Ayat di atas sering kali digunakan bagi melarikan diri dari tanggungjawab dan sama sekali meletakkan janji palsu. Seelok-eloknya khabarkan yang benar agar dia tahu dan tidak kecewa di kemudian hari.

Pesanan dari MHZ ialah janganlah menggunakan ayat di atas sesuka hati kerana implikasinya yang kurang baik kepada dia yang kita khabarkan itu. Renung-renungkan.


Tiada ulasan: