5 Oktober 2010

Wanita, kiranya mahu Cinta Berjaya...

Kepada golongan wanita, kiranya ingin cinta anda dengan seseorang jejaka berjaya, pastikan anda mengelakkan diri anda dari mengatakan atau mengungkapkan kata-kata seperti di bawah:-


1. Saya memang dah ada dia. Tapi dalam masa yang sama saya sukakan awak jugak.

2. Saya bukan tak nak terima awak tapi saya takut hati saya terbuka pada orang lain.

3. Awak janganla tak nak kawan dengan saya, walaupun saya ada bf, tak semestinya saya akan kahwin dengan dia

4. Saya belum bersedia lagi. Saya masih ingatkan bf saya yang dulu

5. Saya tak nak bagi awak peluang. Saya tak nak awak kecewa.

6. Saya bukan tak sukakan awak tapi saya rasa diri saya ni tak layak untuk awak.

7. Saya tak tahula. Saya tak dapat lupakan ex-bf saya. Saya masih menunggu dia.

8. Saya rapat dengan awak sebab saya rasa saya sunyi sangat.

9. Saya tak suka sangat nak sms or call ni. Saya jarang contact dengan lelaki.

10. Maaf. Saya tak nak hubungan yang lebih dari kawan. Saya tak suka.

Kata-kata ini wajib dielakkan oleh para wanita bagi diperkatakan kepada kaum lelaki. Kata-kata ini hakikatnya keluar kerana emosi dan bukan kerana hati. Banyak yang katakan seperti di atas berpatah balik kerana baru mereka sedar yang mereka telah membuat kesilapan yang besar.

"Setiap patah kata mampu melambangkan sejuta makna"-MHZ


Tiada ulasan: