4 Julai 2011

Kalau Nak Jadi Lawyer, Mesti Pandai Putar Belit...Betul ke??

Saluran Undang-Undang

Pelik tapi benar. Itu sahaja ungkapan yang sesuai didendangkan di kala malam yang dihiasi lampu-lampu jalan. Umpama kata pepatah, Bahaya jangan dicari. Memang benar kata pepatah itu kerana bahaya yang carik kita sebenarnya. Kali ni, MHZ nak membawakan anda akan satu isu yakni 'Lawyer yang hebat harus bijak memutar belit'..Benarkah ini semua??MHZ yakin, Mak Cik Cendol turut tertanya-tanya sejauh mana kebenaran perkara ini.

MHZ dalam saluran undang-undang kali ini bakal merungkai masalah sebenar di sebalik persoalan misteri ini. Bagi episod kali ini, MHZ akan berkunjung ke Kampung Jambu, Taiping bagi bertanyakan perkara sebenar di sebalik masalah Lawyer yang suka putar belit ini kepada penduduk kampung berkenaan. Jom kita saksikan.

Lokasi 1: Lokasi Penggambaran di Kampung Jambu, Taiping
MHZ: Apa khabar Pak Cik Mat, baru2 ni, Pak Cik Mat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping kerana dituduh meng'skodeng' Mak Cik Jenab yang kusyuk mandi. Apakah komen pak cik kepada mereka yang terlibat dalam kes?

Pak Cik Mat: Pertama sekali, terima kasih sudi temuramah pak cik. Dah lama pak cik kempunan nak masuk tv. Mak cik Jenab hang tu tak kisah. Lawyer tu yang dok putar kata pak cik dok usha baik Mak Cik Jenab hang. Padahai, Mak Cik Jenab hang panggil pak cik pi amik pisang emas kat rumah dia. Lepas pak cik amik pisang tu, pak cik pi kat bilik air nak belayar. Bukan apa, orang tua2 dah kata, Pisang emas dibawa belayar. Bilik air dengan belayar kan lebih kurang. Tu yang pak cik pi bilik air tu, last2 ter'skodeng' mak cik jenab hang. Itu rezeki, atau skodeng tidak langsung. Takde niat pon sebenarnya. (Huh, cover2)

MHZ: Agak2 pak cik, kenapa lawyer tu buat macam tu??

Pak Cik Mat: Lawyer tu saja ja nak sabotaj pak cik. Lawyer tu jealous pak cik punya business goreng pisang lagi laku dari bisnes cendol dia.

MHZ: Apa perasaan pak cik setelah diasak dengan tohmahan yang pak cik ni betul2 telah meng'skodeng' pada malam kejadian oleh lawyer terbabit?

Pak Cik Mat: Pak Cik merasa kesal dengan keadaan itu. Pak cik tak yakin tetapi pak cik percaya yang pak cik tak buat. Pak cik ni kan rabun, manala nak nampak sangat. Bila tak clear, kena 'discount' la sikit hukuman tu ye dak..

Lokasi 2: Lokasi Penggambaran di dalam galeri awam Mahkamah Sesyen Taiping
Peguambela tertuduh: Yencik Inspektor, di antara rumah itu, ada berapa bilik? 

Inspektor: Maaf. Saya tak paham dengan soalan.

Peguambela tertuduh: Yencik jangan main2 sama saya aa..Sekali lagi saya mau tanya, antara rumah itu, ada berapa bilik?

Inspektor: Di antara rumah tu mana ada bilik.

Peguambela tertuduh: Yencik tidak menjawab soalan saya pon..Jangan ini macam aa Yencik..Anak guam saya boleh disumbat 20 taun you tau..last time, ada berapa bilik antara rumah itu?
  
 Inspektor: Saya tak faham. Dalam rumah, memang ada bilik. Ada 3 bilik tapi di antara rumah., takde bilik.
 
Peguambela tertuduh: Ha..kalau awal2 tadi cakap kan senang..Cakap saja ada 3 bilik..

Inspektor: Hah???(Blur plus bengong dan terharu serta terkilan)

Ekoran lawyer yang suka putar belit sama ada secara langsung atau tidak langsung, MHZ telah mengeluarkan terma baru iaitu 'Baik-Baik Lawyer'..baik-baik lawyer ni bermaksud di sebalik kebaikan dia, ada jugak kehampehan dan kehancusan berlaku. Namun itu semua perkara biasa kerana semua orang tidak lari daripada membuat kesilapan. Selalunya orang yang buat kesilapan ni, dia jalan je, memang jarang2 dia lari.

MHZ, Baik-baik lawyer, paham2 jele..


Tiada ulasan: