2 Julai 2011

Transformasi MHZ COOL fm


Apa khabar semua rakan-rakan blogger yang sudi mengunjungi Cool fm. MHZ secara rasminya kini telah menukarkan nama blog ini yang dulunya MHZ Blog of Opinion fm kepada MHZ COOL fm.

Nama MHZ COOL fm dilihat lebih sesuai kerana MHZ sentiasa membahasakan blog ini sebagai COOL fm dan bukannya MHZ Blog of Opinion. URL blog tidak ditukarkan sama sekali bagi mengelakkan sebarang masalah rakan2 blogger menjengah ke sini.

MHZ COOL fm juga telah bertukar wajah daripada unsur2 pink yang keterlaluan meskipun Saluran Cinta Cool fm masih menjadi keutamaan buat MHZ. MHZ cuma mahu menyelitkan lebih banyak info-info lain selain cinta dan tema pink agak kurang sesuai dalam menampilkan penulisan yang bersifat lebih universal.  

MHZ Cool fm bakal diberi nafas baru dengan memperkenalkan dua lagi saluran yakni Saluran Isu Semasa dan Saluran Merapu Meraban. Ingin tahu lebih lanjut, lawati page Cool fm Channels.

Di sini MHZ nak mengucapkan terima kasih kepada rakan2 blogger yang tidak putus2 memberikan sokongan kepada COOL fm. Terima kasih daun keladi, ada masa datanglah lagi.

MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa

Tiada ulasan: