Saluran Dakwah Cool fm |
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca Cool fm yang dirahmati Allah SWT sekalian. Bersyukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita bersama-sama berkongsi ilmu serta pandangan dalam Saluran Dakwah Cool fm.
Berdakwah itu merupakan tuntutan Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita bukan sahaja mahukan diri kita dipanggil sebagai seorang muslim tetapi juga kita mengimpikan supaya Islam dihormati dan disanjung tinggi dengan usaha kita dalam memartabatkan agama Allah SWT melalui cara berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.
Dalam meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah SWT, kita harus sentiasa muhasabah diri kita supaya kita tahu apa perkara baik yang telah kita kerjakan dan apa perkara buruk yang telah kita lakukan. Hasilnya, kita akan dapat mengubah diri kita dari hari ke hari dengan melipat gandakan kebaikan yang dikerjakan serta mengelakkan diri secara berperingkat daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Kelebihan Bermuhasabah Diri:-
1. Mengenal pasti segala kebaikan serta keburukan yang dilakukan dalam masa sehari suntuk.
2. Mengingatkan diri kita kepada Allah SWT kerana dosa yang menimbun.
3. Memotivasikan diri supaya melakukan yang lebih baik pada hari esok.
4. Mengenal pasti kelemahan diri dan seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut.
5. Menghargai setiap saat diri kita bernyawa di muka bumi dan berusaha melakukan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Justeru, sama-sama kita menyeru rakan-rakan kita yang lain agar sentiasa bermuhasabah diri agar kehidupan kita di dunia ini tidak akan menjadi sia-sia. Assalamualaikum. Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan