13 Oktober 2010

Dulu Suka, Sekarang Tak Pula-MHZ



Hai..nasib2..kita manusia biasa..memang tak dapat lari dari terus-menerus melakukan kesilapan..Saya sendiri tak akan terkejut dengan kenyataan seseorang yang dia pada mulanya sangat mencintai seseorang dan kemudiannya setelah mengenali diri insan tersebut, cinta yang berputik itu bagaikan keguguran bunganya..

Kita faham yang cinta itu berputik dengan sendirinya..tapi kita juga harus terima yang cinta itu bagaikan ombak di pantai yang ada pasang surutnya..Kadang-kadang ombak yang memukul pantai itu boleh memberi kesan..begitu jualah hati..kalau tak kena pada tempatnya, hati yang terpaut tu boleh je terputus talinya..bila tali dah putus, maka punahlah harapan dan bertambah sukarlah usaha dalam mengekalkan cinta yang sudah sekian lama bersemi itu..

Sebenarnya rasa suka berubah ke arah tidak ni disebabkan oleh banyak faktor. Faktor yang pelbagai inilah hakikatnya menjadi duri dalam daging yang bisa meroboh empayar cinta yang telah sekian lama terbina.

Saya merasakan bukan seorang dua yang mengalami dilema sebegini. Bahkan lambakan insan di luar sana mengalami masalah dalam menentukan kepastian hati apatah lagi dalam soal cinta yang senantiasa rumit untuk difahami.

Jadi, arus ombak MHZ BLOG OF OPINION pada hari ini akan menyenaraikan beberapa faktor yang dirasakan mampu mengganggu gugat sebuah empayar cinta yang telah tersergam indah sekian lama. Antaranya ialah:-




1. Cinta yang terbina itu hasil dari rasa kasihan dan simpati pada si dia. Maknanya cinta itu datangnya daripada rasa belas dan ihsan. Cinta jenis ini tidak mampu bertahan lama kerana bila sampai masanya, rasa ehsan dan simpati itu akan pudar jua.

2. Berjumpa dengan insan yang lebih baik dari kekasih sekarang. Ini memang sering kali terjadi. Mungkin kita merasakan bahawa insan yang baru kita jumpa ini lebih serasi dengan diri kita. Kiranya ini terjadi, maka dari masa ke masa, hubungan cinta dengan kekasih sekarang bakal retak dan punah.

3. Pengorbanan Satu Hala. Perhubungan dalam percintaan perlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau hanya si lelaki yang memulakan dan si wanita hanya menunggu maka sukar untuk perhubungan itu dikekalkan. Kita seharusnya menjalinkan perhubungan yang memerlukan kita sentiasa memahami di antara satu sama lain dan mencurahkan kasih pada pasangan kita. Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya harus memainkan peranan masing-masing.

4. Hati yang tak pasti. Yang ini pun boleh jadi masalah yang besar dalam cinta. Kalau pada mulanya kita suka bagai nak rak, sampai tak lena malam fikirkan pasal si dia tapi last2, kecundang di tengah jalan sebab tak pasti betul2 suka kat dia ke tak. Perkara ni memang boleh berlaku tapi janganlah selalu sebab ia bisa melukakan hati orang yang kita perlakukan itu.

5. Cinta itu tidak dibajai. Cinta itu umpama satu benih. Yang perlu disiram dan dibajai. Kalau cinta itu dibajai dan disiram selalu, maka suburlah pohon cinta itu namun kiranya ia dibiarkan begitu sahaja jadi sukarlah untuk pohon cinta itu mekar bunganya. Malahan mungkin pohon cinta itu bakal mati kerana tidak dijaga dengan sebaiknya. Jagalah hati pasangan anda, kasihilah mereka, sayangilah mereka, dekatilah mereka dan kemudian nescaya cinta itu akan kekal lama dan tidak kecundang di tengah jalan.

MHZ, Mencetuskan Bunga-Bunga Cinta..Lebih Karat Daripada Biasa..


Tiada ulasan: