22 Oktober 2010

Memori Prep School Siri 5


Memori di Prep School

Hasil karya Mohd Hakimi bin Zulkifly


Pada hari Isnin itu, mereka telah ditempatkan di kelas-kelas pilihan masing-masing. Aku juga baru masuk ke Kelas 5 Sains 2 setelah seminggu meninggalkan kelas tanpa belajar langsung. Aku ditegur Cikgu Les yang sekarang aku pula yang akan diorientasi di dalam kelas. Aku mendapati rakan sebelah meja aku Arham telah berpindah sekolah ke SMK Gunung Rapat, terkejut juga bila mendapat tahu tentang itu. Tapi aku pelik, dari tahun lepas lagi, rakan-rakan aku akan berpindah ke sekolah lain pada waktu di mana aku tiada di kelas mahupun di sekolah ketika itu.

Peristiwa biasa mula berlaku. Perkara sebegini sudah menjadi satu kebiasaan kepada budak koleq. Jambu merupakan istilah biasa yang diguna pakai budak koleq melambangkan seorang budak lelaki comel yang dijadikan seperti adik angkat. Biasala fenomena seperti ini sebab di koleq mana ada pelajar perempuan.

Pada awal minggu ini, ada pelajar yang menangis dalam tandas, ada yang masa tidur dan juga ada yang sehingga termuntah akibat sejenis penyakit bernama Home sick. Aku yang menjadi PRS(Pembimbing Rakan Sebaya) terpaksa mengambil langkah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar berkenaan yang tidak dapat lagi menutup keinginan untuk keluar dari koleq. Hasil usaha menasihati serta memujuk mereka, niat mereka telah berubah dan mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk terus tinggal di sini.

Tidak terkecuali juga yang cuba untuk rapat denganku. Sehingga selalu datang berdamping denganku. Ada yang sampai duduk atas riba mahukan lebih perhatian. Aku faham kerana kawan-kawan tidak akan memahami mereka dengan lebih mendalam berbanding aku yang lebih dewasa dari mereka.

Aku ditugaskan menjaga Dorm D dan ianya satu keistimewaan kerana Dorm D semuanya ahli rumah Idris dan mereka ada tugasan khas iaitu menjaga kebersihan tandas.Aku gembira mendapat peluang menjaga dorm ini. Dahsyatkan. Bila jadi ahli Dorm D, di awal pagi, kita perlu beroperasi. Rest Room, Aku datang...

Bersambung...

Tiada ulasan: