20 Oktober 2010

Aduhai..Sayang Biar Bertempat-MHZ

Tengah MHZ melayan lagu Kopratasa, Permata Buat Isteriku, tiba-tiba teringatkan satu isu ni. Sayang pada kekasih.


Tak salah nak sayang dalam bercinta. Malah itulah sebenarnya intipati dalam cinta itu sendiri. Kalau dah tak sayang, apa gunanya kita bercinta dan tak ada maknanya sesebuah cinta itu kalau diri kita sendiri tak dapat mengecapi kebahagiaan. Cinta itu suci hakikatnya. Manusia itu sendiri yang mengotori akan kesucian cinta itu. Cinta perlukan kejujuran dan kepercayaan. Kiranya lengkap 2 perkara ini maka bakal berkekalanlah sesebuah perhubungan suci itu.
Apa yang ingin dibincangkan dalam coretan kali ni bukannya berkenaan dengan betapa dalamnya sayang seseorang itu terhadap kekasihnya tetapi warkah kali ini ingin membawa sejauh mana atau sampai ke tahap mana sebenarnya sayang itu dibolehkan. Prospek perbincangan bertumpu kepada pasangan kekasih dan bukannya pasangan suami isteri.
Khas Buat Semua Para Pencinta Lelaki Mahupun Wanita..
"Aduhai..Sayang Biar Bertempat"



Wahai Para Pendengar Cool fm,

Cinta itu satu. Yang satu itu sahayalah yang bertakhta di hatimu. Namun janganlah terpedaya dengan pujuk rayu. Yang Bisa Membinasakan Maruah Dirimu. Ingatlah semua bahawa meskipun cinta itu indah belaka namun di sebalik tirai keindahan itu, ada lembaga hitam yang senantiasa menyesatkan kita dengan mempergunakan cinta sebagai alasan menghalalkan segalanya. Gunalah kata hati. Dengarkanlah ia berbicara. Bezakan ia. Apakah itu cinta atau sesuatu yang lain tetapi sekadar bertopengkan kemuliaan cinta?..

Dalam khayal bercinta, elakkanlah dari:-

1. Meletakkan cinta lebih dari kedudukan kita sebagai hamba Allah SWT. Allah itu tuhan kita maka segalanya harus didahulukan buat agama dan bukannya cinta.
2. Memperjudikan maruah. Jangan kerana cinta, kita menggadai maruah semata-mata mahu membeli seutas cinta yang entah sampai bila bakal bertahan lamanya.
3. Menggadai tubuh. Kerana cinta, jiwa dan raga diserahkan semua. Maka, ini bukan namanya cinta tetapi hanya berpaksikan nafsu semata-mata.
4. Mengejar sesuatu yang tak pasti. Kamu tahu dia sudah berpunya. Mana mungkin dia mahu bersamamu. Dek kerana cinta, kamu sanggup menantikannya. Janganlah begitu. Bukalah mata, bentangkanlah minda, ramai lagi di luar sana yang mendambakan cinta anda.
5. Lupa akan kepentingan serta keperluan diri. Ingatlah bahawa cinta itu memerlukan pengorbanan dari kedua-dua belah pihak. Kiranya hanya kamu yang berkorban, maka meranalah jawabnya.

Inilah intipati warkah yang dibawakan kali ini. Moga2 ia dijadikan iktibar serta teladan buat kita semua. Elakkanlah dari terjebak ke dalam kancah kehinaan cinta.


"Orang lain Tidak Pernah Memohon Kesempurnaan Dari Kita. Apa Yang Dipinta Ialah Kejujuran Dan Keinginan Untuk Bersama"


MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa..

Tiada ulasan: