19 Oktober 2010

Memori Prep School Siri 4


Hari baru bermula.Pada hari ini merupakan kali pertama budak-budak ini akan keluar ke Bandar dan ditemani dengan pengawas-pengawas prep school yang membawa budak-budak dorm masing-masing.Lebih kurang macam itula.Agak memenatkan untuk menjadi seorang pemandu pelancong di Kuala Kangsar ini.Aku berperanan memberitahu di mana tempat yang sepatutnya mereka pergi dan di mana tempat yang tidak boleh mereka pergi.Kemudian aku membenarkan mereka pulang.Aku jika tidak tersilap bersama-sama rakan-rakan lama makan tengahari bersama.


Yang lain-lain ada yang masih di Fajar(sekarang The Store)membeli barang-barang juga sedikit bekalan makanan untuk seminggu.Biasala duduk di asrama kita makan ikut jadual dan bukannya sesuka hati kita seperti mana di rumah.Jadi menjadi kebiasaan untuk budak-budak asrama membeli makanan luar untuk mengisi perut mereka yang lapar terutama pada waktu malam.Aku juga sebegitu kadang kala pada waktu malam menginginkan sedikit makanan kerana agak lapar dan perut perlu diisi.


Di sebalik mereka yang gemar keluar ke Bandar memenuhi pasar raya dan tidak ketinggalan pusat-pusat komputer,masih ada juga segelintir yang tidak ke mana-mana hanya di asrama kerana tidak mempunyai wang perbelanjaan yang agak banyak untuk dibelanjakan sebegitu mudah.Makan di asrama pilihan utama meskipun pada hari cuti dengan makanan yang kurang enak tetapi perlu mementingkan juga susah payah ibu bapa.


Pada hari Ahad,mereka pertama kali menghadiri perhimpunan pagi ahad yang diadakan pada pagi Ahad tepat jam 8.30 pagi walaupun para pelajar tidak semua yang menepatinya.Pada perhimpunan pagi ini selalunya melibatkan Cikgu Fairuz berucap tentang masalah disiplin serta pelbagai lagi yang melibatkan hal ehwal sekolah.


Pada malam itu,para pelajar tingkatan satu ke blok akademik mereka untuk mengemas kelas mereka.Hal ini kerana mereka akan memulakan sesi persekolahan pada esok harinya.Mereka juga diberi penerangan oleh guru-guru bahasa asing tentang kelebihan bahasa masing-masing.Hebat sungguh,boleh belajar pelbagai jenis bahasa.Aku juga sedikit cemburu kerana tidak berpeluang belajar pelbagai bahasa sejak di bangku sekolah lagi.Bertuah sungguh mereka ini.


Kelas menengah rendah dibahagikan kepada dua iaitu seni dan muzik.Terdapat 4 kelas semuanya untuk tingkatan satu.Mereka hanya dimasukkan secara rambang dahulu.Mereka mula mengambil keputusan ke mana hala tuju masing-masing berdasarkan minat masing-masing yang berbeza.


Ada yang minat melukis dan ada yang pandai bermain muzik.Jadi mereka telah memilih haluan sendiri yang bakal menempatkan aliran seni di 1C dan 1B manakala 1U dan 1S pula untuk yang beraliran muzik.Sungguh unik sistem di sini kan.Ini sudah tentu dapat menggilap bakat pelajar berkenaan.

Tiada ulasan: