12 Oktober 2010

Cinta Kilat Siri 4


Mohd Hakimi bin Zulkifly mempersembahkan Cinta Kilat

“Ain..Aaa..awak betul2 tahu pasal saya ke?” Tampak sungguh kerisauan pada riak wajah Reza. “Awak rasa?” Pertanyaan Ain itu menambahkan lagi risau si Reza yang sudah kian kelu lidahnya. Reza kian resah. Dia sungguh tidak menyangka kisah silamnya barangkali telah diketahui oleh Ain. Dia seboleh-bolehnya mahu melupakan kisah lampau namun kiranya ia terus disebut-sebut, bagaimana mungkin dirinya mahu berubah. Hijrah itu perlu namun faktor persekitaran sedikit sebanyak mempengaruhi diri seseorang untuk berubah.

“Reza, kenapa dengan awak ni? Muka pucat semacam..” Ain yang tadi terus menerus menambahkan keresahan si Reza kini baru mulai sedar akan reaksi jejaka itu. Dia baru sedar yang Reza seakan-akan kelihatan tidak selesa pada kenyataannya sebentar tadi.
“Awak ok ke tak ni?Janganla diam je..Takut saya tengok awak macam ni” Ain merenung Reza dengan penuh tanda tanya. Apa yang barangkali membuatkan jejaka ini tiba-tiba sahaja terdiam. “Ain, apa yang awak tahu pasal saya?” Reza mahu merungkai keserabutan fikirannya itu. Dia mengharapkan Ain tidak akan terus membuatkan dirinya dihimpit keresahan.

Ain hanya mampu tersenyum. Manis juga senyuman gadis yang bernama Syiratul Ain ni. Reza kelihatan terpaku melihat senyuman yang terukir pada bibir seorang gadis Melayu yang sungguh manis orangnya. Tidak lokek dengan senyuman dan dihiasi dengan ciri-ciri wanita Melayu yang menjadi idaman setiap lelaki.

“Haha..oh, jadi sebab benda ni la yang awak pucat lesi semacam ni” Ain ketawa kecil. Ciri-ciri wanita yang ada pada dirinya sungguh terserlah. Reza sekali sekala merenung wajah gadis itu. Memang ternyata ayu dan tidak ada cacat celanya.
Reza hanya mendiamkan diri. Lidahnya seolah-olah terkunci. “Reza, ramai orang kenal awak..dan saya pun dah lama kenal awak..Cuma awak je yang tak kenal saya” Ain sekali lagi melemparkan senyumannya pada Reza. “Habis, apa yang tahu tentang saya..tentang masalah saya” Reza berdebar-debar menunggu reaksi dari Ain.

Ain mengeluh panjang. “Itulah..Bila dah ramai orang kenal, mestila cerita kita cepat tersebar..Awak tak akan dapat lari dari orang..Orang akan sentiasa perhatikan awak” Ain mendiamkan diri seketika. Dia memberi petanda agar Reza memberi respon terhadap kenyataannya.

Bersambung…

Tiada ulasan: