11 Julai 2012

Benda-Benda Karut Yang Orang Melayu Percaya

Benda-Benda Karut Yang Orang Melayu Percaya

Sama ada kita sedar atau tidak, masyarakat Melayu cukup terkenal dengan kepercayaan mereka terhadap perkara-perkara karut lagi tahyul. Segala macam benda yang mereka tafsirkan dengan hanya bersandarkan cerita nenek moyang mereka serta melalui pengalaman orang dulu-dulu. Mereka tidak sedar bahawa kebanyakan kepercayaan karut mereka ini sama sekali tidak pernah dibangkitkan apatah lagi dibenarkan oleh Rasulullah SAW, para Sahabat mahupun alim ulama'. Apa yang mereka percayakan itu sememangnya secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. 

Orang Melayu suka mencipta serta mereka-reka cerita mereka sendiri semata-mata bertujuan menakut-nakutkan anak cucu mereka. Melayu pada zaman dahulu kala sebenarnya menggunakan cerita-cerita rekaan ini sebagai alat untuk mendidik serta mengajar anak cucu mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang mereka anggap tidak elok serta tidak manis dipandang. Malangnya, Melayu pada hari ini menganggap cerita-cerita rekaan yang pernah digunakan sebagai salah satu satu medium untuk mendidik pada suatu masa dulu sebagai satu jenis kepercayaan yang harus kita turuti. Apa yang lebih membimbangkan, anak-anak muda yang jahil agama pastinya akan menelan bulat-bulat kepercayaan karut lagi tahyul ini. 

Masyarakat Melayu Islam harus sedar bahawa Islam adalah agama yang berlandaskan fakta serta hujah, Islam bukan agama andaian, apatah lagi agama rekaan. Maka adalah jelas di sini bahawa orang Melayu lebih gemar mereka-reka serta mengandai-ngandai berbanding daripada mengambil sesuatu yang bersifat fakta atau hujah.


Antara Kepercayaan Karut Orang Melayu Yang Masih Dipercayai Sehingga Kini:-

1. Kalau Menyanyi Kat Dapur, Nanti Dapat Laki/Bini Tua
Masyarakat Melayu memang suka lekas percaya kepada perkara-perkara karut. Menyanyi kat dapur pun boleh dijadikan isu. Mungkin orang Melayu pada masa dulu tak pandai menyanyi. Maklumlah, waktu dulu tak macam sekarang. Sekarang ni boleh pergi kelas vokal. Program Realiti TV pun dah banyak. Jadi Melayu sekarang lebih artis daripada melayu dulu. Oleh kerana suara anak mereka tak sedap, maka mereka cakap jangan nyanyi, nanti dapat Laki tua. Kerana takut berlakikan orang tua, anak itu pun membisukan dirinya, tidak menyanyi lagi kerana takut mendapat suami tua. Kalau nak diikutkan, kepercayaan ini tidak lagi relevan sebab orang perempuan zaman sekarang lebih gemar lelaki tua sebab lelaki yang sudah berusia ni selalunya banyak wang, banyak harta. 

2. Kalau tangkap gambar 3 orang atau Ganjil Bilangannya (5, 7, 9 dan lain-lain), nanti akan ada yang mati
Kepada yang gemar bergambar di luar sana, mereka pasti gelabah bila terbaca akan kepercayaan yang satu ini. Pasti sahaja gambar-gambar yang ganjil bilangan orangnya akan dipadam serta merta kerana takut ditimpa badi. Wahai orang Melayu, jangan terlalu lekas percaya. Kepercayaan ini tidak ada langsung kebenarannya. Orang yang mereka-reka pasal isu gambar ni sebenarnya marah sebab orang tak panggil dia untuk ambik gambar sekali. Bila dia marah, mulalah dia buat cerita yang macam-macam. 

3. Jangan meniarap sambil kaki menyabung, nanti mak mati
Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang karut. Para ibu hakikatnya mahukan anak itu duduk dalam keadaan yang sopan serta tertib. Bila si ibu tengok anaknya duduk tak sopan maka direkakanlah cerita yang bukan-bukan. Kalau tidur meniarap dengan kaki menyabung nanti mak akan mati. Anak itu pun takutlah maka dihentikan tabiat buruknya itu.

4. Jangan berkeliaran waktu Maghrib, nanti kena sembunyi dengan Hantu
Orang Melayu dulu-dulu tak mahu anak-anak mereka berkeliaran waktu malam. Jadi direkakanlah cerita tentang hantu itulah, hantu inilah. Kalau berkeliaran waktu maghrib, nanti kena sembunyi dengan hantulah. Anak yang takut itu tadi pasti akan pulang awal kerana takut disembunyikan dek hantu.  

5. Jangan potong kuku waktu malam, nanti pendek umur
Waktu dulu, mana ada elektrik. Lampu pun takda. Memang gelap kalau waktu malam. Orang Melayu waktu tu pakai lilin atau lampu minyak tanah saja. Bila anak mereka nak potong kuku malam-malam, mereka tak berapa nak suka. Mereka takut anak-anak mereka tercedera jari sebab potong kuku malam-malam. Waktu tu bukannya ada lampu terang-benderang macam zaman sekarang. Jadi dibuatlah cerita rekaan. Kalau potong kuku waktu malam nanti pendek umur. Sebab pendek umur punya pasal, anak tu pun takutlah nak potong kuku. Tunggu siang nanti baru dia potong kuku. 

Itulah antara contoh-contoh kepercayaan karut orang Melayu. Sebenarnya masih ada banyak lagi kepercayaan karut orang Melayu cuma saya tidak nyatakannya di sini. Meskipun zaman kian maju, kepercayaan-kepercayaan karut ini masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Adalah lebih elok untuk kita meninggalkan kepercayaan-kepercayaan ini kerana sebagai orang Islam, kita hanya perlu berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta ajaran alim ulama'. 

Dengan Islam, Melayu maju. Dengan Islam, Melayu bermutu. 

5 ulasan :

mira maisara berkata...

betol2x.. sekarang nie ada yg percaya. ade yg x..

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Yang karut-marut ni, eloklah kita tinggalkan..hoho

ain1914 berkata...

Hahaha.... Hanya Orang Melayu Yang Jahil Je Yang Percaya Semua Tu... Nak Tambah lagi Kejahilan Diorang Ni Bila Benda Buruk Tu Betul-betul Berlaku... Lagi Lah Diorang Percaya Kan... Dan Akhir Nya Menidakkan Qada Dan Qadar Tuhan... Nauzubillah...

ikaa berkata...

hahaha mmg klakar tp ksrg xde dh pn...owg dh pcya

zmn lu sbb dowg nk tkutkan ank2 dowg je

jum jenguk sni
http://bakul2011.blogspot.com/2012/07/hacker-dalam-blog-anda.html

bila hacker mula rampas blog korang dlm diam

Mohd Billy berkata...

menarik...