13 Julai 2012

Bila Orang Jadi Baik, Ramai Orang Kondem

Bila Orang Jadi Baik, Ramai Orang Kondem

Bila dah akhir zaman ni, manusia pun dah jadi gila. Kalau zaman dulu-dulu, orang jahat yang kena kutuk kaw-kaw. Tapi kira ok la. Dah dia buat jahat, takkan nak puji pulak. Itu dah buang tabiat namanya. Tapi yang peliknya, bila zaman bertambah moden, bertambah ramai pulak manusia yang dah sakit mental. Nak tahu kenapa? Sebab orang buat benda baik pun diorang nak marah. Adoi. Aku pun tak paham. Apakah aku buta? Atau memang dah banyak sangat orang gila zaman sekarang ni. 


Contoh Ayat Orang Dengki:
"Eleh, tak payah nak buat baik sangat la, nak hijrah semua bagai, kalau dah jahat tu, jahat jugak"

Amboi! Suka-suka hati je nak cakap macam tu. Orang tu bukannya nak jadi jahat. Dia bukan nak buat benda tak baik. Dia nak jadi baik. Dia nak hijrah ke arah jalan yang Benar. Apakah memang Islam ajar kalau dah pernah buat jahat maka HARAM hukumnya untuk berubah? Pelik sungguh aku. Entah ajaran mana yang puak-puak ni belajar. Yang aku pasti, tak pernah ada fahaman bangang macam tu dalam ajaran Islam. 

Mungkin puak-puak ni dulu tak habis mengaji Quran. Inilah jadinya bila masa kecik-kecik dulu selalu ponteng Kelas KAFA. Bila bab kondem orang, dialah nombor satu. Dah macam orang jahil takda ilmu aku tengok. Sudah-sudah la. Hidayah itu milik Allah SWt. Dia dah insaf dan dia nak berubah. Jadi biarkanlah dia pergi. Takkanlah korang nak dia terus jahil. Kasihanilah dia. Dia perlukan bimbingan. Dah lama sangat dia dibelenggu dek kejahilan. Bila dia dah tekad nak berubah maka bantulah dia. Jangan dibuka lagi aib dirinya yang lama.

"Yang menang tak semestinya betul dan yang kalah tidak semestinya salah"

3 ulasan:

simaa syaz berkata...

haa tersangatlah setuju..kadang2 manusia nie sempit sangat fikirannya..org nk berubh tp dikondem last2 yg nk berubah tu jd down..haa, kan xbaik tu..

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Betul2..Bila orang nak jadi baik, kita kena sokong

kak mah berkata...

Gambar yang cantik,penulisan yang baik.