15 Julai 2012

Jangan Pernah Mengaku Kalah

Jangan Pernah Mengaku Kalah

Mana ada hidup yang senang lenang tanpa dugaan. Hidup yang macam tu tak pernah wujud. Kita kena bersusah payah dahulu. Kemudiannya barulah hasilnya dapat kita tuai. Biar kita susah di awalnya asalkan kita senang di akhirnya. Jangan waktu awalnya kita mewah tapi waktu pengakhirannya kita susah. Kita kalau boleh mahukan pengakhiran yang baik. Baik untuk kehidupan di dunia dan baik juga untuk kehidupan di akhirat kelak. 

Dalam hidup, macam-macam dugaan serta cabaran yang perlu kita tempuhi. Memang masalah akan tiba setiap hari. Baru je selesai satu masalah, datang pulak masalah yang baru. Dalam keadaan seumpama ini, jangan kita pernah mengaku kalah. Dalam usaha kita untuk mencapai apa jua bentuk kejayaan sekali pun, kita kena tabah dan semangat kita kena kuat. Kalau kita lemah semangat, memang kita takkan berjaya sampai bila-bila. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Kita kena sentiasa konsisten dalam meneruskan kerja-kerja kita supaya kejayaan itu dapat kita kecapi. Kalau tak cepat, lambat sikit kita dapat. Kalau tak dapat sekali pun, kita puas hati dan redha pada ketentuan Allah SWt. Apa yang penting ialah kita telah pun berusaha.

"Teruskan hidup dengan semangat yang jitu"

Tiada ulasan: