15 Ogos 2011

Gagal Penguasaan Bahasa Inggeris Satu Fenomena Biasa


Aduh, tak habis-habis lagi rupanya isu penguasaan Bahasa Inggeris ni. Dari dulu hingga kini, isu ini tetap meletop setiap kali ia dibangkitkan. Rasa-rasanya kenapa isu ini tidak pernah berhenti daripada diberitakan di dada-dada akhbar? Jawapannya kerana masih berlambak lagi yang gagal menguasai bahasa antarabangsa itu. 

Maklum sajalah, yang duduk di bandar pun tersekat-sekat nak menyebut ayat-ayat BI, apatah lagi budak-budak kampung yang hidup dalam suasana masyarakat Melayu Asli.

Ayat Biasa Melayu Kampung Bila Ada Orang Try Nak Cakap BI:-
"Wuiyo, Cakap Omputeh Tu!!"

Korang pun dapat tengok sendiri kan. Orang Melayu terutamanya tidak 'supportive' langsung bila ada orang cuba nak berbahasa Inggeris. Itulah masalahnya dengan masyarakat kita terutamanya masyarakat kampung. Maka tidak hairanlah lambakan yang gagal berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris rata-ratanya datang dari kawasan luar bandar.  Itulah yang MHZ maksudkan dengan fenomena biasa. Asal budak kampung je, mesti tak pandai Bahasa Inggeris. Takkan itu yang kita nakkan. Budak kampung pun kawan kita jugak. Diorang pun nak pandai berbahasa Inggeris macam budak-budak kat bandar. 

MHZ ada satu pengalaman dalam kelas 'Self-Development Group (SDG)' di UUM yang ingin dikongsi. Kelas SDG ini memerlukan pensyarah dan para pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam satu-satu kelas SDG, hanya ada dalam 15-20 orang pelajar. 

Peristiwa ini berlaku ketika MHZ masih di Semester 1. Memang ramai yang gabra masa tu sebab itu merupakan kali pertama kami menghadiri pertemuan SDG. Pensyarah MHZ memang betul-betul tekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Dia memang tak gunakan Bahasa Melayu langsung. Yang tak paham Bahasa Inggeris masa tu sangat mudah dikesan kerana mulut mereka semuanya ternganga. 

Yang paling menarik perhatian MHZ ialah perbualan di antara pensyarah MHZ dengan seorang pelajar perempuan yang juga berada dalam kumpulan SDG yang sama dengan MHZ:-

Penyarah: Ok girl. Now it's your turn.
Gadis X: Aaaa...Aaaa..
Pensyarah: Do you listened to me?? It's your turn now. What do you think about friendship?
Gadis X: Aaaa...Aaaa..
Pensyarah: Oh, maybe you cannot speak in English..You may now speak in Malay..
Gadis X: Aaaa..(then dia toleh kat kawan dia kat sebelah dan bertanya)..weh, dia suruh aku cakap Melayu ke??
Gadis Y: Entah..yela kot 

Sedih betul MHZ dengar dia tanya macam tu. Terasa sayu sangat. Walaupun kawan-kawan yang lain banyak yang ketawa kecil, MHZ pulak sebaliknya. Rasa macam nak tolong je dia. Kesian tau kalau ada kawan-kawan kita yang macam ni. Kita tak boleh memandang rendah pada mereka hanya kerana mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Kita sebagai rakan seharusnya membantu sebaik yang mungkin supaya dia juga tidak ketinggalan dalam menguasai bahasa antarabangsa itu. 

"Sekarang ini dunia berkehendakkan kita mahir berbahasa Inggeris, justeru haruslah kita mencapai tahap yang  tertinggi agar dapat kita menepati ciri-ciri pekerja idaman majikan alaf moden"

Itu saja buat kali ni..bye2..


4 ulasan:

Mr.She berkata...

ouh, ouh. bgus la mhz ni. hehe. btw, mhz amik course law ea? hebat giler! dynda yg amik subjek law mse sem 1 pn dh hmpir pengsan nk ingt kes2 sgala bgai tu. huhu >.<

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

hoho..ye dynda, sy amik Law..penat tu memang penat..byk yg nk kena hafal..kes, akta, prinsip2..semuanya mhz kena tahu..hadoi..ni mhz dh nk pengsan ni..haha

Tanpa Nama berkata...

huhu...tak patot dia diketawakan oleh kawan2.batul,kita sendiri yang xmembantu kawan2 n diri kita untuk maju. :/

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Betul2..kita tak patut ketawakan orang..yang perlu kita buat ialah bantu dia..