"Ok..I Give Up'
Adakah Kata-Kata Ini Yang Menjadi Pedoman Anda Selama Ini?
Sekiranya Ya, Ubah Mentaliti Anda Itu Bermula Dari Sekarang.
Kepentingan Semangat Dalam Hidup
Lambakan manusia di luar sana terlalu cepat berputus asa sekiranya ditimpa musibah. Mereka seolah-olah tidak dapat melihat jalan keluar bagi meloloskan diri daripada masalah yang dialami. Inilah masalah kita yang sudah sekian lama menjadi barah dalam diri. Janganlah kita terus menerus hidup dalam keadaan yang sebegini. Amatlah menyedihkan jikalau hidup kita ini terisi dengan wawasan-wawasan yang terbengkalai dek kerana mentaliti kita sendiri yang lekas berputus asa.
Semangat Harus Berkobar
Biar apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan, lakukannya dengan semangat serta azam yang jitu. Jangan pernah menyerah kalah. Islam sendiri mengajar kita supaya gigih berusaha dalam setiap perkara yang kita lakukan. Justeru, pupuklah diri kita menjadi insan yang bersemangat serta elakkan diri daripada mudah berputus asa.
(Video Suara MHZ tentang "Kepentingan Semangat")
"Gagal Itu Bukan Pengakhiran Bahkan Ia Satu Permulaan"
1 ulasan:
Semangat untuk bangkit dari kekalahan?..COOL; hehe:P
Catat Ulasan