Saluran Cinta |
"Semalam I call you, you tak answer"
Haha..kan selalunya awek je yang cakap macam ni. Tapi buat entry kali ni, MHZ nak berceloteh pasal Pakwe pulak yang cakap macam ni. Haha..Ingat pompuan je ke tahu cemburu, lelaki pon tahu nak 'jealous' jugak tau Kak Jah. Kalau Engko tak caye Jah, ko tanya dekat si Leha tu, Laki dia tu kuat cemburu. Bila si Leha tu gi beli ikan dekat si Ah Teng, apek jual ikan tu pon dia jealous.
Itu lah ceritanya bila dah kawin dik. Kadang2 para bini pon tensen jugak kan sebab laki2 diorang ni sangat suka cemburu buta. Sifat cemburu ni biasa dik sebab Mak Cik Cendol pon cemburu. Tapi kalau nak cemburu pon, biarlah kena pada tempatnya kan. Kalau gi KL tu, okla nak cemburu sebab kena pada tempatnya.
But now, amboi omputeh seketika, MHZ nak story pasal 'Pakwe Kuat Cemburu'.
Ciri-Ciri Pakwe Kuat Cemburu
1. Dia akan selalu tanya, "Siapa Tu?"
Aduhai, mati la si awek nak jawab. Setiap kali cakap dengan laki je, si pakwe tanya siapa tu. Gila royan betul. Abis tu, kalau si awek cakap dengan Pak Guard pon, si pakwe nak tanya jugak ke tu sapa..haha..
2. Dia akan Diam/Tak banyak cakap
Kalau lelaki diam, selalunya kerana dia marah or cemburu. Contohnya, si awek terserempak dan berborak dengan kawan lelaki si awek time jalan2 dengan si pakwe. Time si awek borak dengan member lelaki dia tu, si pakwe akan diam menandakan dia kurang senang or dalam bahasa kampungnya, rasa 'jealous'.
3. Kalau dia call awek dia, time tu plak 'Call Waiting', memang 'Perang' la
Kan orang bercinta ni selalu gayut atas pokok or dalam bahasa pasarnya call malam2, dan time si pakwe call pulak, jadik 'Call Waiting', korang rasa apa adegan seterusnya?? Si pakwe mula2 akan tanya, tadi sapa call??..Si Awek akan jawab kawan dia yang call dan si pakwe pulak akan mempertikaikan panggilan tu sebab dibuat pada lewat malam (apsal bahasa aku macam dalam 999)..haha
4. Si pakwe tak bagi awek dia kawan dengan laki
Ada plak macam tu??Dia tu bukannya bini lu lagi beb. Apa hak lu nak halang dia?haha..itu kata2 laki yang nak try seseorang pompuan yang sudah ada pakwe..Ek eleh, yang si awek pon terpaksa la ikot kata si pakwe sebab takut nanti pakwe marah..hadoi, kepada para pakwe, janganla cemburu lebih sangat sebab si awek pon nak bermasyarakat jugak..
Itu jela dulu buat kali ni..Nanti MHZ tulis lagi pasal ni..Hadoi, konti COOL fm tengah panggil tu..hoho..pesanan MHZ kepada para pakwe, pandulah dengan selamat, ingatlah Cendol yang tersayang..
1 ulasan:
letihnya kalau dpt pakwe kuat cemburu. kalau kak lizalah, say babai je.. he..he..
Catat Ulasan