21 Oktober 2010

Tips Menulis Cerpen-MHZ

Tips Menulis Cerpen.
Khas buat para pendengar Cool fm
Tutorial oleh Mohd Hakimi bin Zulkifly




1. Bayangkan satu keadaan yang menarik bagi memulakan sesebuah penulisan cerpen.
-Contohnya, mulakan dengan situasi yang mencemaskan bagi menarik minat pembaca. Ini amat penting kerana pendahuluan yang hambar akan membosankan pembaca.


2. Mulakan dengan dialog.
-Mulakan cerita itu dengan dialog. Elakkan dengan menulis pendahuluan yang meleret panjangnya. Dialog akan membuatkan para pembaca merasa ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam cerita ini. Gunakan dialog yang menarik minat pembaca. Misalnya, "Aku tahu kau siapa. Kaulah dalangnya bukan?" atau "Sebenarnya, saya masih cintakan awak". Dialog2 sebegini di awal cerpen akan menjadikan cerita kamu lebih berbentuk saspen dan menimbulkan tanda tanya oleh pembaca.


3. Gunakan nama yang sesuai mengikut jenis cerpen yang ingin ditulis.
-Sekiranya cerpen itu berlatarbelakangkan cinta, maka gunakanlah nama yang berbunga sedikit seperti Rizal, Reza, Faizal, Erra, Ziana. Sekiranya berbentuk ganas, gunakanlah nama seperti Zack, Roy, Diana, Aza. Sesuaikan nama mengikut cerpen. Takkanlah nak gunakan nama Seman, Minah dan sebagainya. Memang tak kena la dengan cerpen tu kecuali jika nak menggunakan nama2 sedemikian bagi menunjukkan watak orang kampung. Itu barangkali sesuai. Takkanlah nak guna nama Khaty or Zetty untuk watak mak cik kan.


4. Gunakan gaya bahasa.
-Masukkan unsur2 simile, hiperbola, metafora. Jangan lupa bagi memantapkan cerpen itu dengan simpulan bahasa mahupun peribahasa. Cuba kurangkan perkataan bahasa Inggeris yang dimelayukan. Gunakan hanya ketika benar2 memerlukan sahaja. Dalam hal ini, kebolehan bersastera amat diperlukan sekali.


5. Lakar plot cerpen.
- Dalam apa2 penulisan pun, apatah lagi jika melibatkan penulisan cerpen, kita wajib melakar plot bagi memudahkan kerja2 penulisan. Meskipun ada penulis termasuk saya sendiri ada kalanya tidak membuat sebarang plot namun dengan adanya plot sebenarnya amat membantu dalam memastikan jalan cerita tampak teratur.


6. Masukkan isu2 semasa.
- Sekiranya ada isu2 semasa yang relevan dengan cerita yang sedang kita coretkan itu, masukkannya bagi mengemaskan penceritaan. Hal ini juga memperlihatkan kepada pembaca yang kita celik dengan hal ehwal semasa yang terjadi. Kewujudan hal ehwal semasa ini sedikit sebanyak dapat membantu memperkayakan ilmu pengetahuan pembaca kita.


7. Elakkan menulis perkara2 sensitif.
-Cerpen itu seharusnya menjadi wadah bagi menyampaikan hasrat hati kita. Elakkan menulis perkara2 yang boleh menyinggung hati pembaca. Matlamat kita menulis adalah untuk kepuasan pembaca dan bukannya untuk memprovokasi mereka.


8. Gunakan latar belakang tempat dan masa yang sesuai
-Jangan sesekali menggunakan latar belakang tempat yang kita tidak tahu atau tidak biasa dengannya. Pilihlah latar belakang tempat yang kita sudah biasa bagi memudahkan kita dalam membuat huraian dalam penulisan kelak. Jika kita tidak arif dengan sesuatu tempat itu, bagaimana kita ingin menghasilkan deskripsi tempat itu dengan baik. Gunakan latar belakang masa yang sesuai. Kiranya nak menarik minat pembaca muda, maka gunakanlah latar belakang masa kini dan bukannya latar belakang masa 10 tahun dahulu kerana mereka mungkin tidak punya minat membaca cerpen yang tidak berbentuk moden atau masa kini.


Ini sahaja yang dapat dikongsi buat masa sekarang-MHZ

2 ulasan:

Abdul Muiz berkata...

blog hang mmg best kimi...ak pun mula nk jd jiwang mcm hang..

tahniah....

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

haha..trima kasih muiz..