1 Mei 2010

CInta Sejati Bagaikan Cendol Di Bawah Jeti


Aselehei semua..bersama saya MHZ di Cool fm..kita pastinya tertanya apakah yg bersama kita itu cinta sejati atau hanya sekadar memenuhi syarat punya kekasih hati. Bukan senang dek nak dapat yang berkenan di hati. Lepas tu lagi nak pulak yang cinta sejati gitu. Memang sah2 bukan kerja senang dek. Itu kita kena paham la ye.
Cinta sejati ni sebenarnya wujud dalam dunia yg serba moden ni. Ia memang ada namun sukar nak tahu kewujudannya dan petanda2 yg menunjukkan bahawa itulah cinta sejati kita.
Oleh itu, di sini saya di Cool fm bakal cuba menyelami hati anda dgn. memberi perumpamaan kepada cinta sejati. Cinta sejati ini dpt kita umpamakan spt cendol di bawah jeti. Mengapa saya berkata begitu? Setiap perumpamaan itu ada maksud di sebaliknya.
Cinta sejati ialah cinta yang kita pinta dan ia hadir tatkala kita mahukannya. Dia tidak sesekali menolak diri kita dan sentiasa hadir di masa kita memerlukannya. Cinta sejati ini tiada pengganti. Tak dpt diganti dirinya walau dengan sesiapa pun meskipun barangkali lebih cantik atau segak darinya. Cinta sejati hanya datang sekali dan jika kita lepaskan, khuatir ia sukar utk kembali.
Dan ini serupa seperti cendol di bawah jeti. Tatkala kita dahaga di cuaca yg panas membahang, cendol sedia menghilangkan kepenatan serta kehausan itu. Dan cendol tidak boleh diganti dgn lai ci kang atau ais kacang kerana lain rasanya. Dan ia hanya datang sekali, waktu tengahari saja, malam2 dah tutup gerai.
Nampak tk persamaan cinta sejati dengan cendol yg dijual mak cik di bawah jeti. Renung-renungkanlah. Selamat beramal. MHZ, Cool fm..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kurang mengerti...tp apakah cinta yg datang selepas cinta sejati itu jgk dipanggil sebagai cinta sejati???ehh ape aku ckp nie...prof fhm x??ish...ape2 je la...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

trima kasih di atas soalan itu..cinta sejati ini luas skopnya..antara ciri2 cinta sejati ialah berkekalan ke akhir hayat, setia bersama walau susah dan senang..dan dia sukar nk dicari ganti..kalau ada pengganti sekali pun, tidak sehebat yg dulu..kalau cinta yg dulu itu sejati, brgkali dia yg skrg itu tidak setanding dgn yg dulu..namun tidak pelik kalau kita merasa yg skrg juga spt dulu..cinta sejati mgkin boleh berputik 2 kali..kiranya anda bahagia bersamanya, tidak salah utk digelar cinta itu cinta sejati..cool always