
Malam ini bakal menjadi penentu siapa yang bakal menerajui takhta Liga Inggeris 09/10. Chelsea bakal bertandang ke Anfield sebagai pasukan pelawat menentang Liverpool. Liverpool pasti tampak garang kerana tidak mahu kelihatan hilang taring di hadapan penonton sendiri. Apatah lagi dengan kekecewaan gagal menempah tiket ke Final Piala Europa. kekalahan itu menambah lagi duka Liverpool yg kian layu dalam merebut tempat ke-4 dalam melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah.
Chelsea yg sudah tewas dari arena liga juara-juara pastinya sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam mendapatkan gelaran juara liga musim ini. Dengan piala FA juga bakal menjelma perlawanan akhirnya, Chelsea pasti mahu memiliki sekurang-kurangnya 2 piala musim ini sebagai hadiah kepada para peminat.
Kemenangan di Liverpool bakal meletakkan Chelsea terus menggungguli takhta liga dgn diikuti rapat oleh Manchester United. Manchester United pastinya mencongak peluang utk ke puncak liga kiranya Chelsea kecundang di tangan Liverpool di stadium keramat mereka.
Dengan penyokong Chelsea mengharapkan kemenangan ke atas liverpool dan peminat Manchester United yang mendoakan kejatuhan Chelsea serta keadaan Liverpool yang mendesak mereka menang demi maruah, malam ini pastinya menjanjikan kehangatan lain dari apa yang pernah dirasai sebelum ini. Satu gol bisa menjulang perwira dan dengan satu gol juga mampu menenggelamkan impian sang juara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan