30 April 2010

Masalah Mentaliti Bersama Prof Jiwang


Sekali lagi kita bersama ye dalam Rancangan Lelaki Hari Ini (LHI). Harap semua penonton sentiasa setia bersama saya dalam rancangan yg. melibatkan hal2 kelakian dan keperempuanan meskipun LHI itu mcm nama lelaki je gitu. Dan sekali lagi rancangan ini akan menampilkan tetamu jemputan, Prof Jiwang kita. Memang tak dapat dinafikan lagi kepakaran beliau dlm bidang2 sebegini utk kita berkongsi ilmu dan idea ye. Tanpa kita buang lagi masa kita, saya menjemput Prof J bagi meneruskan perbincangan atau forum kita. Dipersilakan prof.

Ok.Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita manusia ini mmg lumrah kalau ada masalah. Takkan ada sesiapa yg boleh lari dari masalah. Namun kita kena sentiasa bersedia dlm menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Untuk dikutuk, dimaki dan dicerca, itu perkara biasa. Itulah politik dalam kehidupan. Berpolitik bukan sekadar di arena pilihan raya namun berpolitik itu adalah sebahagian dalam kehidupan. Sesiapa yg tidak mahu berpolitik atau tidak arif berbuat demikian pasti menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Kita perlu melihat kepada keadaan di sekeliling kita. Cuba amatinya sebaik mungkin. Apakah kita salah atau orang lain yg salah. Kalau hanya seorang yg tidak suka pada anda, maka tidaklah suatu mslh yg besar namun kiranya lambakan yg kurang senang bersama anda, jadi terbuktilah anda yg bermasalah. Orang lain tidak pernah memohon kesempurnaan dari kita, apa yg dipinta ialah keserasian dan keinginan bersama.

Jangan salah sangka. Bukan kesempurnaan yg dipinta. Cara anda berkomunikasi, cara melayan orang lain, sikap anda yg tidak prejudis, sekiranya itu semua cukup baik pada diri anda maka sudah tentu bukanlah masalah untuk didekati org ramai. Yang menjadi masalah ialah berkomunikasi dgn cara yg tidak disenangi, tidak pedulikan org lain, sentiasa prejudis atau bersangka buruk pada orang, itu bakal menjadi alasan yg lain mengabaikan anda.

Kita kadang2 merasa pelik. Dari zaman sekolah hingga ke universiti, tidak ramai kawan2 anda. Hanya yg jenis tk kisah sahaja mmpu meneruskan persahabatan. Kalau begitu, mmg sah anda yg bermasalah. Sikap prejudis yg melampau pastinya menyelubungi diri anda. Anda lebih gemar hidup sendiri. Tidak mahu bergaul dgn yg lain. Bila ada yg mahu mendekati atau mahu memohon pertolongan, anda tidak mahu membantu atas alasan dia tidak rapat dengan anda dan berbaik dgn anda kerana ada udang di sebalik batu. Sama sekali anda silap. Dengan cara berbaik begitulah, ramai yg bakal tertawan dgn sikap anda. Meskipun kurang rapat dgnnya, kiranya anda tolong, dia akan mengingati jasa anda dan kemudiannya kebaikan anda akan dijaja pada rakan-rakannya. Dgn cara itu, anda akan mudah diterima.

Bila kita pentingkan diri, orang lain pun pasti cabut lari. Itulah proses dalam kehidupan. Jangan harapkan org lain mengikut diri kita tetapi kita harus pandai mengikut rentak org lain. Kalau nak suruh org ikut kita saja, smpai2 bila2 tiada siapa nak berkawan dgn kita. Cuba lebih bijak dlm bergaul. Nescaya anda akan mudah didekati kemudiannya.

Tuntasnya, kesempurnaan itu bukan kunci orang lain mahu bersama kita. Yang penting ialah kejujuran kita dalam berkawan dan elakkan dari bersikap prejudis. Itu sahaja dari saya. Terima kasih Prof J. Selamat beramal kpd semua. Jumpa lagi di LHI.

Tiada ulasan: