Siapa kata manusia boleh hidup sendirian? Siapa kata adalah lebih baik untuk hidup 'Single'? Siapa percaya hidup tanpa pasangan lebih membahagiakan? Semua ini adalah kata-kata yang selalu saja diungkapkan oleh individu-individu yang cuba menipu diri mereka sendiri. Mereka sunyi dan juga sering menyepi namun mereka enggan mengaku dan terus hidup dalam dunia kepalsuan mereka sendiri. Kekecewaan serta kegagalan dalam percintaan misalnya sering menjadi faktor kebanyakan insan mengambil jalan mudah untuk terus hidup menyendiri. Mungkin mereka merasakan adalah lebih baik untuk hidup menyepi daripada hati terus sakit dikhianati kepercayaan juga janji.
Saya percaya tidak ada manusia yang ingin hidup dalam derita. Baik lelaki mahupun wanita. Kebahagiaan tetap jadi impian dan tiada siapa yang ingin tinggal dalam dunia kesepian. Secara lumrahnya manusia dijadikan untuk hidup berpasangan. Sejak Bapa kita Nabi Adam dan isterinya Hawa sehinggalah sekarang. Minda serta bibir boleh mengatakan yang sebaliknya namun hati serta jiwa tetap mengetahui bahawa hidup berpasangan adalah lumrah manusia sejak azali.
Secara lumrahnya, lelaki dan wanita memerlukan antara satu sama lain. Kelebihan serta kekurangan yang berbeza menyebabkan lelaki dan wanita memang cocok untuk hidup bersama. Kelebihan lelaki akan mengisi kekurangan wanita dan begitu juga dengan wanita yang mana kelebihannya akan menampung segala kekurangan lelaki. Tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Oleh yang demikian, lelaki dan wanita diciptakan Allah SWt untuk bersama-sama mengharungi susah senang dugaan dunia.
Wanita perlukan bimbingan dan lelaki dambakan sokongan. Tugas lelaki adalah untuk membimbing wanita dan tugas wanita untuk menyokong lelaki. Jika wanita enggan dibimbing maka tidak ada guna punya lelaki dan jika pula lelaki menindas wanita, mana mungkin wanita akan bertindak untuk menyokong. Hidup lelaki dan wanita adalah untuk saling lengkap-melengkapi.
Wanita perlukan bimbingan dan lelaki dambakan sokongan. Tugas lelaki adalah untuk membimbing wanita dan tugas wanita untuk menyokong lelaki. Jika wanita enggan dibimbing maka tidak ada guna punya lelaki dan jika pula lelaki menindas wanita, mana mungkin wanita akan bertindak untuk menyokong. Hidup lelaki dan wanita adalah untuk saling lengkap-melengkapi.
"Lelaki mahupun wanita, hidup bersama atas dunia dengan bermatlamatkan Syurga".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan