28 Januari 2015

Chemistry Cinta

CHEMISTRY CINTA

Acap kali kita membicarakan soal cinta, pasti sahaja kita akan mengaitkannya dengan chemistry. Apa hebat sangatkah chemistry ini? Apakah kaitannya chemistry ini dengan perhubungan cinta? Bagaimana kalau kita dan si dia tiada chemistry? Bolehkah kita bersama? Mampukah hubungan itu bertahan lama?

Soal chemistry ini bukan lagi suatu perkara asing. Mana-mana orang yang berniat untuk jatuh cinta pasti sahaja akan menguji tahap chemistry dirinya dengan insan pilihan. Apakah ada chemistry atau aku dan dia emang tidak  boleh bermain cinta apatah lagi hidup bersama. 

Sejauh mana pentingnya chemistry ini? Mengapa ia sering kali diungkapkan lebih-lebih lagi ketika perhubungan di ambang perpisahan? Andai ingin menikah sekali pun, perihal chemistry selalunya diambil berat sebelum dibuat keputusan untuk membina mahligai bahgia.


Definisi Chemistry
- Suatu perasaan atau gerak hati yang seiring atau serupa di antara kedua-dua pasangan dan ia berlaku tanpa dirancang serta bersifat semula jadi.
- Kesefahaman dan keserasian yang tinggi antara kedua-dua pasangan
- Mempunyai citarasa yang hampir sama dan punya perbezaan yang tidak terlalu ketara

Contoh-contoh perbuatan atau situasi pasangan yang punya chemistry

1. Di saat si perempuan ingin mengungkapkan sesuatu, si lelaki tadi sudah pun terfikirkannya dan ingin mengungkapkan perkara yang serupa. Contohnya jika si perempuan ingin makan di Restoran A maka si lelaki juga berfikiran yang sedemikian.

2. Dengan hanya mendengar nada suara maka si lelaki sudah boleh membaca perasaan si perempuan. Contohnya jika nadanya perlahan, si lelaki sudah tahu bahawa si perempuan keletihan dan sedikit tertekan. Jika dia tidak banyak bercakap maka si lelaki sudah tahu bahawa si perempuan sedikit terguris hati dengan mana-mana perbuatannya yang mana dia mungkin tidak sedar.

3. Punya citarasa yang sama. Si perempuan sukakan makanan barat, si lelaki juga sukakan masakan barat. Si lelaki sukakan sukan lasak, si perempuan juga sukakannya. Ada perbezaan antara mereka namun tidak ketara dan boleh diterima baik oleh kedua-duanya pihak.


Hakikatnya perihal chemistry ini bukan perkara yang mudah untuk kita rungkaikan. Lain orang lain kemahuannya maka si lelaki mahupun si perempuan perlulah bijak dalam membaca perhubungan cinta yang dia jalani. Jika benar ada chemistry maka teruskanlah. Jika langsung tiada chemistry mungkin agak sukar untuk hubungan itu dipanjangkan meskipun tidak mustahil untuk dikekalkan jika kena pada tempatnya.

Chemistry!
Sama ada penting atau tidak!
Anda yang tentukan!

Tiada ulasan: