8 April 2013

Bertaubatlah Selagi Punya Masa

BERTAUBATLAH SELAGI PUNYA MASA

Tatkala kita berbicara soal taubat, pasti sahaja ada yang mengungkapkan bahawa bertaubatlah sewaktu usia tua dan berhiburlah selagi masih muda. Ternyata ramai yang masih diselubungi akan konsep taubat yang salah ini. Mana mungkin kita meramalkan sejauh mana perginya usia kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut, semuanya telah ditentukan Allah SWt maka jangan kita sesekali mempersiakan usia yang ada dengan terlampau asyik melayan hiburan yang keterlaluan tanpa henti.


"Kalau nak pergi masjid, pergilah waktu pencen nanti. Sekarang masih muda, waktu untuk kita bersuka ria."

Emang benar, waktu muda hanya sekali. Islam sendiri pun tidak menghalang umatnya daripada berhibur namun harus ada batasannya serta ia harus mengikut landasan agama yang telah ditetapkan. Berhiburlah wahai orang muda namun jangan terlalu melampau sehinggakan segala larangan agama kamu redah ikut suka.


Bagi menjadi tetamu Allah di masjid-masjid serta surau-surau pula, sama sekali ia tidak membataskan sebarang had umur. Walau tua mana pun kita atau muda mana pun kita, adalah menjadi satu kemestian untuk kita mengimarahkan rumah Allah. Jangan kita jadikan masjid hanya buat mereka yang sudah pencen.

"Maka beringatlah wahai manusia, tatkala di Hari Pengadilan nanti, akan disoal oleh Allah SWt akan ke mana kamu habiskan waktu mudamu."

Tiada salahnya untuk bertaubat di waktu tua namun pastikah kita bahawa umur kita bakal menjangkau ke usia tua? Sesungguhnya Allah SWt teramat suka akan hambanya yang gemar bertaubat dan sesungguhnya Allah SWt itu Maha Pengampun. Meskipun dosa kita setinggi gunung sekali pun namun jika ingin Allah SWt ampunkan maka nescaya akan terampun segala dosa kita. Sesungguhnya Allah SWt suka akan hambanya yang gemar beribadah lagi beramal namun Allah SWt lebih suka dan sayang akan orang muda yang gemar beribadah lagi beramal.


"Wahai sahabat-sahabatku yang baik, bertaubatlah selagi punya masa. Tiada salahnya, tiada ruginya."

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

good entry. :)