15 Disember 2012

Jangan Ada Benci

JANGAN ADA BENCI

Sering kali pabila kita berhadapan dengan situasi kesukaran yang melibatkan perihal percintaan, pasti sahaja mudah sekali tercetus rasa kebencian di hati terhadap si dia yang pernah menjadi insan yang istimewa pada kita. Lantas, pasti sahaja dia kita tinggalkan kerana kebencian kita yang membuak-buak pada dirinya walhal kita lupa bahawa pada satu masa dahulu dia pernah membahagiakan kita walaupun cuma untuk seketika.

Kebencian yang menggunung tidak akan mampu mengubah apa-apa. Betapa istimewanya dia dahulu hinggakan dia kita tatang sepenuh hati. Dan tidak dapat kita elakkan sebarang kejadian yang tidak diingini pada masa yang mendatang. Haruslah kita bersikap sabar serta sentiasa redha dengan segala apa yang berlaku. Tidak semestinya apa yang berlaku sekarang membuatkan kita berduka selamanya. Mungkin sahaja  kini dia pergi tetapi siapa tahu suatu hari nanti dia akan kembali sebagai insan yang teristimewa dan kemudiannya bakal bersemi cinta sejati.

"Perginya dia kini tidak bermakna dia tidak akan pernah hadir kembali" 

Tiada ulasan: