27 November 2012

Cintai Dirinya Seadanya Dan Lupakan Segala Kisah Lama

"CINTAI DIRINYA SEADANYA DAN LUPAKAN SEGALA KISAH LAMA"

Jika benar kau anggap itu cinta,
Maka terimalah dia seadanya,
Tidak perlu lagi kau ragui siapa dirinya,
Tidak perlu lagi kau ungkit sejarah hidupnya,
Dan tidak perlu lagi kau persoalkan keikhlasan hatinya.

Datangnya dia kepada kau,
Umpama sehelai kain putih,
Yang bakal kau lukis,
Yang bakal kau warnai,
Dengan tulisan-tulisan,
Serta corak-corak hiasan,
Yang melambangkan cinta,
Yang mempamerkan kasih.

Jika dirinya kau sangsi,
Jika sejarah hidupnya kau benci,
Maka usahlah kau melangkah lagi,
Cukuplah hanya sampai di sini.

"Cintailah dirinya seadanya, lupakan segala duka serta sengsara, mulakan kehidupan dengan cinta yang baru dan nescaya kebahagiaan bakal kau temui di situ"

Tiada ulasan :