10 Mei 2012

Penantian Dalam Cinta


Tudiaa..6 tahun dia kena mengaji kat Mesir nuu..Bukan sehari dua baq hang..haha..Tetiba je ter'speaking' loghat Kedah kan..hoho..Aloh, tapi takpela kan..Lagipun MHZ memang orang Kedah pun cuma kekadang tu bajet jugak sebab cakap KL..hoho..Bajet nak bagi orang senang paham padahal kalau cakap Kedah pun diorang paham jugak..Sekali sekali nak bajet apa salahnya ye dok..hoho

Mengapa Selalunya Ada Penantian Dalam Cinta??
Soal menunggu serta menanti ni sebenarnya boleh melibatkan banyak perkara. Kalau nak diikutkan, siapa yang nak tunggu lama-lama kan..Umur dah meningkat, Mak Bapak kat kampung dah membebel suruh cepat kawin, tapi kita yang di sini tak abis2 lagi dengan bahang percintaan..Bila lagi nak ke jinjang pelamin ni Yop??
Kalau asyik bercinta siang malam tapi last2 tak jadi menikoh, apa ke halnya?? Buat malu kat orang Bota je..Haha

Hoho..Ok, rakan-rakan pembaca semua mesti tertanya-tanya kan..Kenapa selalunya ada penantian dalam cinta?? Apakah faktor2 yang menyebabkan perkara sebegini bisa terjadi?? Jadi apa tunggu lagi, moh kita tengok faktor-faktor penantian dalam Cinta..

Faktor-Faktor Penantian Dalam Cinta
1. Aku Di Sini (Malaysia), Dia Di Perantauan (Oversea)
Hoh..Ini memang selalunya terjadi..Kita belajar kat universiti dalam Malaysia walhal dia pulak menuntut ilmu kat negara orang..Jadi menantilah kita sehingga waktu dia pulang ke tanah air yang tercinta..Walaupun hakikatnya melambak yang datang menyapa serta mencuba nasib untuk memikat hati kita tapi kita tetap setia menunggu kerana cinta yang telah terpatri..hoho

p/s: Kalau sekiranya salah seorang daripada pasangan kekasih ni dah ada yang baru maka eloklah dikhabarkan sebab ia bakal menzalimi yang seorang lagi..Jangan biarkan dia menunggu walhal kamu sudah pun punya kekasih baru..

2. Aku Masih Belum Mampu Menjadi Peneman Hidupmu
Haiya..mana nak mampunya..Ilmu agama dah la tak cukup mana pastu keje pun takda lagi..Jadi memang takyah nak berangan sangatlah nak meminang anak dara orang..Memang 99.9% kemungkinan untuk di'reject' kalau sekiranya proses peminangan mengambil tempat..hoho..Tapi jangan gunakan alasan ni untuk pegi menggatal dengan orang lain..Sian kat dia..

p/s: Kalau tak mampu, cepat-cepat mampukan diri sama ada dari segi ilmu mahupun kewangan..Kalau rasa memang takkan mampu menjadi teman hidup dia, cepat2 cakap kat dia..Jangan sia-siakan hidupnya hanya semata-mata nak menanti kamu yang takda usaha dalam hidup..

3. Dia sudah punya kekasih baru namun aku masih setia menunggu
Ini selalunya kes yang melibatkan bekas kekasih..Diorang dah putus cinta tapi salah seorang dah jumpa yang baru..Atas dasar cinta, sanggup jugak menanti si dia walhal si dia dah ada yang baru..Memang tragis gila penantian macam ni..Tak rasa terseksa ke sebab dia dah berpunya pastu kita pulak dok menangis and meraung sorang2 sebab nak tunggu dia?? Adoi..hoho

p/s: Better kita move on je..Takyah la nak berharap sangat sebab nanti kita yang kecewa di kemudian hari..Dia dah bahagia dengan orang lain so kita pun punya hak untuk kecapi kebahagiaan kita sendiri..

Ok..Setakat itu jela untuk kali ni..Hope MHZ akan dihujani dengan lebih banyak idea bagi merangka lebih banyak lomba penulisan..hoho..Bye2


Tiada ulasan: