21 Mei 2012

Apa Guna Bercinta Kalau Hati Sering Diluka


Percintaan adalah sesuatu yang indah..Tanpa cinta, hidup kita pasti kosong..Tiada yang menemani, tiada yang menasihati, seolah-olah kita ini hidup sendirian tiada berteman..Akan tetapi, apa gunanya kita hidup dalam dunia cinta sekiranya ia hanya sekadar tempat untuk hati kita terus menerus terluka..Indahnya cinta bergantung kepada mereka yang mengharungi alam cinta itu..Merekalah yang bertindak sebagai pemain dalam permainan yang dinamakan cinta..Jikalau elok ia dimainkan maka eloklah hasilnya..Jikalau buruk ia diperlakukan maka buruklah jua hasilnya kelak..

Hati manusia sememangnya mudah sekali terluka..Ada kalanya kita tidak sedar bahawa perbuatan mahupun percakapan kita bisa sahaja melukakan hati si dia..Lebih membahayakan lagi sekiranya dia jenis yang suka memendam rasa dan mendiamkan diri..Pasti sahaja apa yang terbuku di hatinya tidak dapat kita ketahui..

Maka janganlah kita mencipta alam cinta yang pasti sahaja melukakan hati sesiapa sahaja yang berada di dalamnya..Perlakukanlah pasangan anda dengan layanan yang baik agar mereka bahagia dan kebahagiaan itu akan memberikan kepuasan kepada kita jua..

"Ingatlah selamanya..Cinta itu bukan melukakan akan tetapi ia menyembuhkan" - MHZ


Tiada ulasan: