12 Jun 2012

Wanita Solehah Wanita Pilihan


Siapa yang tidak mahu memperisterikan seorang wanita yang solehah? Semua jejaka bisa saja tertawan sebaik sahaja diperlihatkan akan wanita yang bersifat penuh santun serta menerapkan sepenuhnya ciri-ciri keislaman sebagai seorang wanita muslim..Wanita yang solehah akan senantiasa menjaga adab serta pergaulan dan dalam masa yang sama cuba menambahkan ilmu Islam di dada supaya dapat memperbaiki kelemahan diri yang dimilikinya..

Walaupun begitu, masih ramai wanita yang tidak tahu bahkan sengaja tidak mahu menurut akan perintah Allah SWt terutamanya dalam isu penutupan aurat..Mereka lebih selesa dipandang serta diratah mata sang Buaya yang tidak akan lekang daripada mencari mangsa buat santapan nafsu buas yang tidak pernah padam..

Emang benar..Wanita yang sering menampakkan tubuh serta memperagakan diri pasti sahaja mendapat perhatian orang lelaki..Siapa saja yang tidak akan tertarik dengan sosok tubuh muda yang berpakaian tidak cukup kain? Bukan hanya orang muda bahkan tok imam masjid juga pasti terkeluar biji mata tatkala memandang tubuh wanita muda yang seksi lagi bergetah..Akan tetapi, di mana maruah diri kita? Begitu murah harga diri sehinggakan sanggup menjualkannya tanpa sebarang harga..Membiarkan sosok tubuh menjadi tatapan tanpa sebarang syarat..Jangan disalahkan lelaki kiranya diri menjadi hamba abdi kepada lembah kemaksiatan lelaki-lelaki berimankan duniawi..

"Ingatlah, walau teruk mana sekalipun perangai seseorang yang bernama lelaki, isteri yang dicari nanti bukanlah mereka yang hanya tahu memperagakan tubuh badan di khalayak ramai..Mereka yang berjiwa binatang ini juga mahu memperisterikan wanita yang baik..Kalau tak solehah sangat pun, kira baik jugaklah yang nak dipilih tu.."

Renung-renungkan..Selamat Beramal..


Tiada ulasan: