24 April 2012

Suka Tak Bermakna Cinta


Jikalau engkau tak suka tak apa tapi janganlah kau mengata..pergh..karat abis seyh..meleleh air mata mendengar bisikan lagu asmara..Adoi, cinta, suka, sayang, rindu..Semua ni perkara biasa..Jadi tak perlu nak gelabah sangat, rilek2 sudahla..Bukan kamu seorang sahaja yang mengalami penyakit kronik berbahaya bernama cinta..Bahkan ramai lagi yang mengidap penyakit cinta ni dan dek kerana tidak dapat menahan tekanan jiwa maka mereka mengambil keputusan untuk menjadi gila..Tak gila pun sebenarnya tapi saja-saja je nak jadi gila..Tapi takpa jadi gila pun sebab nurse-nurse kat Hospital Tanjung Rambutan tu lawa-lawa tau..Tak caya?? Cer jadi gila tengok nanti baru boleh tengok sendiri..haha

Kali ni MHZ nak membawakan anda bagi kita membincangkan satu isu menarik yakni suka tak bermakna cinta..Apa tu?? Mesti korang tak paham kan?? MHZ dah agak dah..Korang memang macam tu..Dulu masa kecik2 malas pegi tuisyen..Bila dah besar, semua benda tak tahu..haha..Ok, daripada MHZ membuang masa bercakap tak tentu hala, eloklah kiranya MHZ meneruskan dengan sesi pembentangan kertas kerja yang berbunyi "Suka Tak Bermakna Cinta".

"Suka Tak Bermakna Cinta"
Hurm..Bukan senang sebenarnya kita menilai perasaan hati kita sebab benda-benda yang melibatkan hati dan perasaan ni cukup sukar untuk dimengerti..Kalau setakat kenal 2-3 hari dah kata cinta, memang nampak benor menipunya..haha..Kalau setakat cakap suka tu boleh tapi kalau dah mula mengungkapkan cinta walaupun baru kenal je sejam dua maka tinggalkanlah si dia kerana anda mampu mengubahnya..haha

Tapi nanti ramai pulak yang tanya, macam mana kita nak tahu sama ada kita betul-betul menyintai ataupun hanya sekadar suka semata-mata..Susah untuk MHZ menjawab soalan bernilai 10 ribu juta ringgit ini akan tetapi MHZ akan mencuba sedaya upaya MHZ untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan ilmu percintaan..hoho

Kalau nak diikutkan, perasaan cinta ni sememangnya mengambil masa..Perasaan suka ni takyah lama pun..Usha kejap pun dah boleh suka dah..Suka pun boleh jadi banyak sebab..Mungkin suka sebab rupa, sebab perangai or maybe takda sebab pun..haha

Suka ni perkara biasa..Kalau korang kata korang dah sukakan kat seseorang, itu tidak bermakna korang telah menyintai dirinya..Itu hanya sekadar peringkat awal yang sekiranya disiram dan dibaja dengan betul maka tumbuhlah pohon Cinta..Kalau suka semata-mata tapi tak disertakan dengan usaha maka bukan kata pohon, akar pun belum tentu tumbuh..

Itulah sebabnya MHZ katakan daripada mula lagi bahawa cinta merupakan sesuatu yang kompleks dan tentu sekali sukar untuk dirungkai walhal perasaan suka cukup mudah untuk dimengerti kerana budak yang baru setahun jagung pun sudah pandai mengenal rasa suka atau benci..

Oleh itu, nasihat MHZ kepada semua ialah supaya kita mengenal dahulu sejauh mana perasaan kita pada dirinya..Kalau setakat suka maka jangan dikejar dulu..Hanya setelah kamu yakin bahawa kamu sudah mula jatuh cinta padanya maka ketika waktu itu barulah kamu bisa mengorak langkah kerana perasaan orang jangan dijadikan barang mainan

Renung-renungkan..Chow..Hoho


Tiada ulasan: