1 Mac 2012

Long Distance Relationship (LDR)


Kenangan bersamamu kasih..Seumpama mimpi di dalam mimpi..haha..Amboi, berjiwang sakan MHZ di pagi Friday ni ye..haha..Ok..Apa kabo semua para pembaca COOL fm?? MHZ mendoakan supaya anda semua sentiasa cergas dan pintar bagi menghadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang..Ha, tudia..Tatkala pagi yang sejuk mendingin ni, terasa gatal pulak jari jemari MHZ ni nak menulis sebuah entry berkenaan dengan Long Distance Relationship (LDR)..

Sebenarnya ada member baik MHZ yang suruh MHZ tuliskan pasal benda ni..Jadi memandangkan MHZ pun punya waktu terluang yang sangat melampau terluangnya maka eloklah jika diisi dengan perkara-perkara berfaedah seperti mengutuk orang di blog..haha..Eh, entry ni takda kutukan ya..Ni entry pasal Cinta ok..haha..Takda kena mengena dengan sesiapa pun..Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..haha..Ok, MHZ sekarang nak pegi tacap2 muka sikit sebab selepas ni MHZ seperti biasa akan  mengacarakan program sensasi ramai 'Lelaki Hari Ini (LHI)'..haha..Ok, MHZ dah lambat sangat ni..Jom kita sama-sama saksikan LHI selepas ini..hoho


Long Distance Relationship (LDR)

Adoi, jauhnya kedai makan tu..Better pegi kedai yang dekat ni..Sedap pun sedap, harga pun murah..haha..Kalau kita kaji betul2 sikap manusia, mereka selalunya akan lebih cenderung memilih sesuatu yang lebih dekat dengan mereka..hoho

Agak-agaknya kenapa ya??..Kenapa ramai orang lebih sukakan benda yang dekat daripada yang jauh??..Ini memang sangat berkait rapat dengan tajuk entry MHZ pada kali ini..Di sini MHZ akan meletakkan beberapa faktor mengapa ramai insan di luar sana lebih cenderung memilih percintaan jarak dekat berbanding jarak jauh...

Kekurangan/Kelemahan Long Distance Relationship (LDR)
1. Tak Boleh Bertentang Mata serta Bersua Muka
Yela kan..Orang bercinta ni mestila nak berjumpa selalu..Nak tengok muka depan2..Kalau tak nak semua tu, baik tak payah bercinta kan..haha..Tapi nasib baikla sekarang dah ada Skype and 3G jadi takdala rindu sangat kan nak tengok muka meskipun tinggal berjauhan..hoho

2. Kemungkinan Untuk Pasangan Kita Bersikap Curang Adalah Tinggi
Wowo..Korang perasan tak?? Bila dah berjauhan maka dia bebas untuk melakukan apa sahaja sebab kita bukan tahu pun apa yang dia buat..Kita hanya mampu percaya dia dan semestinya mengharapkan kejujuran tahap tertinggi daripada pasangan kita..Kalau tiba2 nanti pasangan korang lama tak contact tu, paham2 jela ya..Barangkali dia dah ada yang baru punya..hoho

3. Perlunya Kos Yang Tinggi Serta Masa Yang Panjang Semata-Mata Nak Jumpa
Bila dah bercinta bagai nak rak, takkanlah tak nak jumpa walaupun sekali..Mesti ada saat dan ketikanya korang akan terasa rindu dengan pasangan korang..Namun faktor kos dan masa bakal menjadi penghalang terbesar tatkala tiba saat korang nak ber'dating'..Di sinilah wujudnya halangan kepada percintaan jarak jauh..Bila dah takda duit, ditambah lagi dengan takda masa maka terbantutlah perjumpaan yang penuh bersejarah itu..

4. Wujudnya Orang Ketiga Yang Nak Kacau Daun
Oleh kerana korang duduk jauh daripada pasangan korang maka dia akan lebih terdedah kepada anasir2 jahat seperti orang ketiga..Orang ketiga ni akan bergerak bebas dan akan selalu memerhati serta memasang strategi untuk merampas kekasih korang sebab korang takda kat situ untuk menghalang kegiatan terkutuk itu..Lebih malang lagi kalau pakwe or awek korang pi melayan orang ketiga tu..Dan lagilah bertambah malang kalau pasangan korang tu layan orang ketiga tu macam kekasih dia sebab dia kesunyian pasal korang jauh sangat dari dia..

Adoi..MHZ rasa cukup dulu la setakat ni..MHZ pening kepala kot..haha..Jumpa lagi..Bye2


2 ulasan:

L berkata...

xnk dah ada hubgn long distance. huu

simaa syaz berkata...

yeah tapi semua tuh dapat dielakkan kalau pasangan tu mempunyai sikap jujur dan setia terhadap pasangan masing2..nie semua terletak kepada niat individu jugak,.kalau dia ada niat nak berlaku curang, maka akan terjadilah perkara seperti orang ke-3 tu..tapi kalau dia betul2 ikhlas dengan pasangan dia, tak kira jauh mana sekalipun dia akan tetap berpegang teguh pada yang 1..huhuuhu