20 Mac 2012

Apakah Dia Untukku??


Hai..Apa khabar semua para pembaca COOL fm yang tidak putus2 memberikan sokongan serta dokongan kepada MHZ dalam meneruskan kerja2 penulisan blog ini..Maafkan MHZ sebab agak lama MHZ tak mengemaskini blog COOL fm ni sebab MHZ agak sibuk dengan kerja-kerja kemasyarakatan kebelakangan ini..Haha..MHZ baru-baru ni pun telah mengendalikan satu kem kepimpinan pelajar di sebuah sekolah menengah di Perlis..Satu pengalaman yang cukup berharga yang tidak boleh dibeli di mana2 termasuklah di 7-Eleven..Hoho..Sudah-sudahlah MHZ merepek, sekarang ni MHZ nak terus membincangkan akan topik perbincangan kita pada kali ini..Jom kita terjah!!!

Apakah Dia Untukku??
Pening kepalanya..Aku sekarang ni ada 3 orang dalam talian..Yang mana satu yang patut aku pilih ni..Yang sorang ni baik tapi gemuk..Yang nombor dua pulak pandai tapi garang..Yang nombor tiga tak pernah jumpa face to face lagi, just chatting on Facebook je baru..Adoi, macam mana ni??
Yang mana satu sebenarnya sesuai untukku??

Ha..Apakah anda pernah mengalami gangguan mental seperti mana yang telah dinyatakan di atas??
Sekiranya ya, ini bermakna anda sedang mengalami masalah yang sungguh parah lagi serius..Justeru, pada kali ini, MHZ akan memberikan beberapa tips untuk anda mengetahui sama ada dia benar-benar tercipta khas buat anda atau tidak..Apa lagi, jom kita saksikan..haha

Ujian Apakah Dia Untukku
1. Kagum Bukan Cinta
Ramai yang tak dapat membezakan perasaan kagum dengan perasaan cinta/suka..Ternyata dua perasaan ini adalah dua perasaan yang sangat berbeza..Perasaan kagum akan wujud sekiranya dia merupakan seseorang yang menjadi idola anda, dia mempunyai hampir kesemua ciri-ciri lelaki atau wanita idaman anda..Tetapi adakah itu bermakna anda sukakan dia?? Tidak semestinya..Perasaan suka atau cinta bukannya berlandaskan kepada kekaguman semata-mata akan tetapi ia lebih daripada itu..Anda boleh menilai perasaan anda sendiri dan lakukan keputusan yang terbaik..

2. Wajahnya serta Bayangannya Selalu Menjelma Di Fikiran
Ok..Part ni korang kena paham betul2..Adalah tidak betul kalau korang kata korang selalu memikirkan dia maka dia adalah jodoh korang..Yang dimaksudkan di sini ialah terfikirkan akan dia tanpa disengajakan..Maknanya korang tak fikirkan dia pun tapi tiba2 je terlintas nak fikirkan dia..Dalam erti kata lain, ia datang secara tiba2 dan bukannya dipaksa..Kita kalau boleh malas nak fikir pasal dia tapi still kita terbayangkan dia..Ini barangkali petanda yang dia ternyata untukmu..

3. Serasi Bersama
Suka betul bila duduk dengan dia..Tak henti2 gelak..Sangat happy bila tengok muka dia..Pasti tertawa bila kita terpandang gelagat si dia..Seolah-olah hati serta jiwa kita mendalami setiap apa yang dia lakukan..Bila kita duduk dengan orang lain takda pulak rasa macam ni..Kalau sekiranya anda ada perasaan yang sebegini padanya, maka jangan tunggu lama2..Dekati si dia serta luahkanlah perasaan yang sebenar..

Hoho..Itu sahaja yang dapat MHZ kongsikan buat kali ini..Kalau semua langkah di atas tak dapat nak membantu maka gunakanlah kata hati serta banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan kita untuk melakukan keputusan yang sewajarnya..Assalamualaikum..


Tiada ulasan: