23 Mac 2012

Hikmah Putus Cinta


Kalau nak diikutkan kepada situasi semasa, peratusan orang yang menjadi gila akibat putus cinta ternyata meningkat kepada angka yang amat membimbangkan..Meskipun pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai kempen seperti Cinta Itu Palsu serta Jangan Gila Kerana Cinta namun itu ternyata tidak memberikan sebarang impak yang besar kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bergelar remaja..Hal ini sama sekali amat mencetuskan kerisauan kerana para remaja inilah yang bakal mengemudi kapal yang bernama Malaysia pada suatu hari nanti..Haha..Ini dah macam dokumentari dah bunyinya..Hoho

MHZ nak korang jujur..Dah berapa kali korang putus cinta?? Dua kali, Tiga kali, Empat kali atau berkali-kali..haha..Mesti banyak kali kan?? Hoho..Tidak mengapa..Itu hanya sekadar pertanyaan dan ia tidak akan mengubah apa2 pun termasuklah tajuk perbincangan kita pada kali ini..

Hikmah Putus Cinta 
Mesti ramai yang tak puas hati dengan MHZ kan?? Suka2 hati je cakap putus cinta tu perkara biasa..Apa ingat tak sakit ke bila diri ini ditinggalkan..Haha..Adoi, rilek la kawan-kawanku..Ini hanya pandangan peribadi MHZ je..Korang bebas untuk tidak bersetuju..MHZ tak kisah..Lagipun MHZ memang bersikap terbuka dalam menerima sebarang kritikan mahupun kutukan yang berbaur Cendol..haha

Betul ke Putus Cinta ada Hikmah???

1. Kalau Putus Ciuta, Boleh Cari Pengganti Baru
Ha..Korang nampak tak hikmah putus cinta??..Bila korang dah jadik single, korang dah bebas untuk mencari pengganti untuk mengisi tempat yang ditinggalkan kekasih korang yang tak guna tu..haha..So, janganlah sedih2..Korang patut dapat yang lebih baik daripada dia..Lagi2 kalau dia dah ada pengganti korang, buang masa je pikirkan pasal dia..Better korang move on and berkenalan dengan orang baru..

2. Kalau Putus Cinta, Save Kredit HP
Korang nampak tak?? Korang dah tak perlu lagi risau untuk mencari kad top up atau reload di malam hari hanya semata-mata untuk sms or call si dia..Korang boleh hidup tanpa kredit..Even takda kredit pun, korang tidak akan dimaki sama sekali sebab korang dah takda kekasih yang nak sms korang 24 jam..hoho

3. Kalau Putus Cinta, Boleh Tidur Lena
Bila ada kekasih, korang kena bergayut dengan dia..Dah la tidur tak cukup, kadang2 tu boleh bergaduh lagi on phone..Tak kena hampeh tu..Dah la kredit habis, pastu dia boleh pulak carik pasal nak gaduh..Nak tidur nanti tak tenteram..Terpaksa la pulak memujuk..Hadoi..

4. Kalau Putus Cinta, Hidup Kita Bebas
Korang boleh je pegi mana2 saja yang korang nak..Nak keluar dengan member2 pun boleh..Dah tak perlu lagi keluar berkepit setiap hari dengan dia..Time ni korang akan merasa tenang sebab korang tak perlu ikut bontot dia ke hulu ke hilir terutamanya tatkala waktu ber'shopping'..

5. Kalau Putus Cinta, Boleh Banyakkan Ibadat
Bila putus cinta, korang mesti sedih kan..Time ni kena banyakkan ibadat supaya korang lupakan dia..Mintak doa pada Allah SWT supaya dipermudahkan jalan korang bagi meneruskan kehidupan..Mintak doa supaya dipertemukan jodoh yang baik2..Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya..

Hoh..Itu saja buat kali ni..MHZ pun nak ready untuk Solat Jumaat..Salam..Bye2


1 ulasan:

Nur Zulaikha berkata...

sy x pernah putus cinta sebab tak pernah couple..biarlah cinta suci ini sy hanya utk suami..cewahhh..
"cintailah Allah nescaya Dia akan mengasihi org yg mencintaiNya"ni quotes yg sgt best bg sy..^^