3 Februari 2012

"Kerana 113 Orang Titik Nila, Rosak Susu UUM Sebelanga"


(Sedutan Rancangan Riang Ria Bersama Uncle Kimi Saluran COOL Ceria)
Ha!!! UUM datang lagi dengan isu terbaru yakni isu penjualan baucar buku..Apa khabar adik-adik?? Uncle Kimi harap adik-adik sihat semuanya..Ok..Sebelum kita teruskan dengan slot kita yang pertama iaitu slot 'Eja Biar Betul', Uncle Kimi nak tanya adik2 sikit..Adik2 ada baca tak paper semalam??..Ada baca tak??..Sapa baca angkat tangan??..Wah, ramainya yang tak baca!!..haha..Ok, kalau adik2 nak tahu semalam ada 113 orang student UUM jual baucar buku..Baik tak diorang buat macam tu?..Mestila tak baik kan..Ha, nanti bila adik2 dah besar nanti, jangan jual baucar tau..Gunakan baucar tu untuk beli apa??..Untuk beli buku..Ok, pandai adik2 semua..Jangan buat balut Chewing Gum pulak ye..haha

Sembang Gerai Cendol Bersama MHZ
"Kerana 113 Orang Titik Nila, Rosak Susu UUM Sebelanga"

Ok..Terima kasih kerana sudi bersama MHZ dalam rancangan 'Sembang Gerai Cendol' episod yang pertama..Pertemuan kita kali ini akan membawa kita kepada satu topik perbincangan yang cukup hangat iaitu berkenaan dengan penjualan baucar buku yang diperlakukan oleh 113 orang pelajar UUM..Pabila terpampangnya nama UUM di kaca TV, di dada-dada akhbar dan juga pada dinding-dinding Muka Buku maka ramailah yang mencemuh serta mengutuk tindakan mereka ini..Tidak kurang juga yang membakar replika baucar buku sebanyak 113 keping di dataran Merdeka semalam..Eh, ada ke??..haha..Tindakan mereka menjual baucar berkenaan sememangnya mengundang kemarahan pelajar-pelajar UUM termasuklah saya sendiri yang tengah marah ni sambil pekena Milo secawan..Saya minum Milo ni pun sebab nak energy, bukan senang nak tulis ni..Apatah lagi post kali ni lebih berbaur kutukan..haha

Sepanjang pihak Gerai Cendol (GC) membuat penyelidikan berhubung perkara ini, kami telah pun membuat  sedikit interview dengan para pelajar UUM yang pihak GC jumpa di Petaling Street dan juga Bukit Bendera, Penang. Ini antara hasil temu bual kami dengan beberapa orang pelajar UUM:-

Temubual 1
MHZ   : Saudara, apa pandangan saudara berkenaan penjualan baucar buku oleh 113 orang pelajar UUM? Apakah perbuatan mereka ini boleh dianggap "Bagai Kera Mendapat Bunga"?
Mamat: Saya rasa diorang memang salah..Benda tu kan untuk beli buku..Yang pegi jual tu kenapa..Kenapa tak disewakan je baucar tu?? Kan lebih bermanfaat..Boleh kutip sewa tiap2 bulan serta mampu menampung kos pengajian di UUM

Temubual 2
MHZ  : Saudari, salah atau tidak untuk 113 orang ini menjual baucar berkenaan dan adakah perbuatan mereka ini akan menjejaskan imej UUM??
Minah: Pada pandangan saya, mereka tak semestinya salah..Mungkin mereka ada alasan2 tertentu yang munasabah..Mereka sendiri dah cukup matang untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk..Tentang imej UUM pulak, saya rasa takdala menjejaskan sangat..Tak adil untuk masyarakat menghukum kita hanya kerana 113 orang yang jual baucar..Kalau nak hukum pun, hukum 113 orang tu dah la..Tag je nama diorang kat FB..

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar kami, ini antara alasan-alasan munasabah yang boleh digunakan mereka bagi menempelak tohmahan bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan menjual baucar..Antaranya ialah:-

"Punca-Punca Penjualan Baucar Buku oleh 113 Defendan/Tertuduh"

1. Takda Duit Nak Balik Kampung
Ha..Ini antara alasan yang kukuh lagi sempurna..Mesti ramai yang akan bagi alasan ni..Yela, bayangkanlah dah hujung2 semester kan..Poket pun dah kering..Tabung Buluh tu pun dah dipecahkan..Tu pun mampu makan nasi lemak je setiap malam..Duit PTPTN dah habis buat joli pegi Padang Besar dengan Kuala Perlis..Bila time macam ni, mulalah macam2 cara yang nak dibuatnya..Nak pinjam duit kat member, dia pun 2x5 je takde duit..And then tetiba, dalam keadaan yang darurat itu, GEDEBOK bunyinya baucar buku jatuh ke riba..Maka dijual baucar itu untuk dibeli tiket pulang ke desa..haha..Kalau nak balik rumah yang jauh2 tu, tiket bas mahal ooo..Jadi tak hairanlah mengapa baucar itu dijual dengan membuta tuli..haha

2. Tak Suka Baca Buku
Apa ingat semua orang suka baca buku ke? Diorang2 ni mungkin tak suka baca buku..Kalau study untuk exam pun, diorang akan pakai slide notes je yang lecturer bagi tu..Betul jugak ya?? Maknanya selama ni hobi membaca buku tu satu pembaziran la ye??..haha..Maybe diorang tukarkan baucar tu dengan duit sebab nak beli benda2 yang diorang minat..Antara benda yang diorang mungkin beli ialah batang pancing ikan, raket badminton, kayu golf dua tiga batang serta mesin buat Ais Kacang..Kalau ada duit lebih, mungkin diorang beli Handphone baru..Itu pun kalau ada duit lebih la..haha

3. Nak Buat Modal Bukak Bisnes Kat Kampung
Korang yang mengutuk tu apa tau? Korang biasa ke meniaga?? Kalau korang nak tahu, diorang jual baucar tu sebab nak buat modal bukak bisnes kat kampung..Yela kan, time cuti ni la nak carik duit lebih sikit..Daripada duduk memerap je dalam bilik macam yang tengah aku buat ni, baik diorang bukak gerai cendol ke, gerai burger ke, jual goreng pisang ke..Duit untung tu nanti boleh buat belanja time nak masuk semester baru nanti..Korang yang ngutuk2 tu apa tau, diorang ni business minded tau tak??haha..Itu belum kira yang perempuan, entah2 siap boleh bukak Spa lagi kat kampung dia..Ha, korang jangan memain..haha

4. Ada Keperluan Lain Yang Lebih Mendesak
Manusia ni kadang2 cepat sangat menuding jari..Bila tengok je diorang jual baucar, terus je cakap diorang ni tak bertanggungjawab la, tak mengenang body la, dan macam2 lagi..Ramailah yang berperangai macam ni dan ini termasuklah orang yang menulis benda ni..haha..Akulah tu..Mengaku pun kau ye Kimi??..haha..Kita tak tahu pun apa masalah diorang..Entah2 mak ayah dia takda duit nak bayar yuran sekolah adik-adik ke? Tak pun kasut adik dia dah koyak ke? Mak dia sakit tapi takda duit nak beli ubat ke? Kalau inilah kisah di sebalik mereka menjual baucar tu, saya sendiri pun akan menitiskan air mata..huhu..Sedih oo..Kita asyik cakap diorang tak bertanggungjawab..Silap2 diorang lagi bertanggungjawab dari kita..huhu..Apa ingat orang susah ada dalam Bersamamu TV3 je ke??..hoho

5. Asyik Makan Maggie je, Nak jugak merasa Beef Steak
Agak2 alasan ni boleh pakai tak?..haha..Dah la time exam, study pulak bagai nak mati pastu bantai maggie je hari2..ayam kat reban pun muak kalau macam ni...Sekali sekala nak jugak merasa western food..haha
Mana tahan pagi petang siang malam baham maggie je..Boleh lingkup otak ooo..Last2 jual baucar sebab tak tahan makan maggie je hari2..

Peringatan: Jangan pakai alasan makan maggie time disoal siasat nanti kerana alasan ini dipercayai tidak boleh dijadikan bahan bukti yang kukuh..hoho

Hoh..Itu sahaja yang MHZ dapat kongsikan bersama anda..Nasihat MHZ kepada semua ialah gunakanlah segala nikmat serta kemudahan yang diberi kepada kita dengan bijak..Jadilah mahasiswa serta mahasiswi yang mempunyai mentaliti kelas pertama..Terok2 mana pun UUM, itulah tempat kita menuntut ilmu dan kita akan bawa jenama UUM sampailah ke akhir hayat kita..

2 ulasan:

Mr.She berkata...

hahaha..biar la dorg.. itu kn hak dorg. eh. yeke? >.<

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

hoho..semua dh besar..boleh fikir secara matang dah pun..hoho..sy tulis je utk suka2..haha