14 Februari 2012

Cinta Muka Buku


Sekarang ni heboh orang dok bercerita pasal Cinta Muka Buku..Eh, takkan korang semua tak tau lagi..Si Najwa Latif siap masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) lagi nyanyi lagu 'Cinta Muku Buku'..Memang Letoppp la wa cakap lu..haha..Mana taknya, umur dia baru 16 tahun tapi dia sudah mampu menggegarkan pentas juara lagu..haha..Walaubagaimanapun, tiada sebarang kejadian gempa bumi dilaporkan pada malam berkenaan..

Ok2..Sekarang korang dapat tengok tak?? Betapa hebatnya penangan Cinta Muka Buku..haha..Sehingga menjilat jari wa cakap lu..Tapi apa yang MHZ nak perkatakan pada hari ini bukanlah mengenai lagu dendangan si Najwa Latif tu..Apa?? Dendangan??..haha..Dah macam lagu Dondang Sayang la pulak kan..haha..Takdela, MHZ gurau je..Apa yang ingin kita bahaskan pada pagi yang gilang gemilang ini ialah berkenaan dengan Cinta Muka Buku itu sendiri..Apakah ia benar-benar wujud?? Adakah ia hanya sekadar mitos atau lagenda semata-mata?? Dan sekiranya ia bukan hanya satu dongengan, bagaimanakah cinta seumpama itu terjadi?? Terus setia bersama dengan MHZ untuk kita bongkarkan serta kita rungkaikan satu persatu misteri 'Cinta Muka Buku'..

CINTA MUKA BUKU
Definisi Cinta Muka Buku
Sebelum menyelami dengan lebih mendalam akan perihal 'Cinta Muka Buku' maka eloklah untuk MHZ mendefinisikan terlebih dahulu akan maksud yang tersurat serta tersirat di sebalik perkataan 'Cinta Muka Buku'..Perkataan 'Cinta Muka Buku' sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud "Facebook Love"..Facebook Love??..Dengar macam English kan?? Bukan English sebenarnya tapi Sanskrit..Ada sesetengah Sejarawan seperti Kimistotle berpendapat 'Cinta Muku Buku' ini bermaksud cinta yang melibatkan medium Facebook tanpa menggunakan sebarang medium yang lain seperti surat serta fax..Mengikut Kamus COOL fm Edisi Ke-3 Keluaran Mac 2011, 'Cinta Muku Buku' boleh didefinisikan sebagai cinta yang bermula daripada saat sesuatu persahabatan itu disahkan dengan menekan pada butang "accept"..Walaupun ada sebahagian kecil yang menganggap 'Cinta Muka Buku' ini hanya mainan cinta sang Buaya Lelaki namun ia bukanlah penghalang untuk cinta spesies ini berkembang..Malahan, 'Cinta Muka Buku' kini telah menjadi satu fenomena baru kepada dunia siber..Tudia aih..Penat tulis..Tu baru definisi tu..haha

Bagaimana 'Cinta Muka Buku' Boleh Terjadi???
Mesti korang tertanya-tanya kan bagaimana 'Cinta Muka Buku' ini boleh tercetus..Haha..Padahal sebenarnya korang tahu jerr..especially yang lelaki tu..hari-hari buat benda-benda cenggini..Cari awek cun melecun then terus add..Lepas dah add, boleh la nak cucuk jarum..haha..Sian kat awek tu..Mesti sakit kena cucuk jarum kan..haha

"Awek Cun Untuk Di'add', 
Awek tak Cun Untuk Di'approve'.."
-Dr. Kimi Osborne, 2012

Bermula daripada saat butang 'Accept or Confirm' ditekan, maka secara rasminya bermulalah 'Cinta Muka Buku'..Ramai sebenarnya yang menceburi bidang ini namun tak ramai yang berjaya..Selalunya yang akan memulakan langkah ialah para jejaka..Walaupun ada juga sesetengah kes yang melibatkan para dara yang memulakan perkenalan namun tidak banyak kes yang seumpama ini dilaporkan..

Antara Kekangan Yang Menggagalkan Cinta Muka Buku:-
1. Awek Tak Layan
Kesiannya dia..Awek tak layan la..huhu..Beribu kali dah I conteng kat wall you..Beratus dah message yang I hantar kat inbox you..Tapi satu pun you tak reply..apa salah I..haha..Mestila awek2 tu susah nak reply..Diorang tak kenal pun korang..Kecualilah kalau si lelaki punya rupa dan ada market, maka kalau tak kenal pun, si dara pun sebat ajerr dong..haha

2. Line Internet Terok
Nak chatting kat Facebook, line punyala terok..Reply pun macam tak reply je..Tunggu satu mesej pun punya la lama..Reload berpuluh-puluh kali baru nak timbul satu mesej..haha..Kalau gitu, pakai tak bercinta la jawabnya..Baik gayut pakai Public Phone lagi elok cuma kena bawak tabung syiling jela..haha

3. Kewujudan Haters (Pembenci) Yang Melambak
Memang banyak je orang dalam dunia ni yang tak senang tengok orang lain senang..Pantang tengok orang senang sikit, mulalah nak dikacaunya..Bila porak peranda hidup orang tu maka gembiralah dia..Perangai sebijik macam SETAN..haha..Kumpulan Haters ni la sebenarnya yang akan merosakkan hubungan cinta tu..Diorang akan sebarkan pasal hubungan cinta pasangan yang sedang hangat kat muka buku tu..Then, diorang akan cakap pasal keburukan si lelaki dan si perempuan or mana2 satu yang diorang suka atau gemari..haha..Bila dah jadi macam gitu, maka kepercayaan terhadap pasangan mulai pudar..Yang si perempuan kata si lelaki Buaya Darat..Yang si lelaki pulak kata si pompuan Mata Duitan..Maka pengakhirannya tidaklah sama dengan cite2 dongeng omputeh yang berkesudahan dengan ayat, "And They Live Happily Ever After"..

Banyak lagi sebenarnya yang ingin MHZ kongsikan tentang 'Cinta Muka Buku' ni..Tapi MHZ pun dah penat menaip..Namun jangan risau..MHZ akan membuat sambungan tentang topik ini dalam entry2 yang akan datang..bye2..


6 ulasan:

biela bell berkata...

bahaya giler cinta fesbuk nie..tak ramai yang berjaya..siyes..hahaa

Yumida berkata...

cinta muka buku....gol remaja yg tergila2kan kn fb ni...klo seminggu x buka fb...haru biru...ske tgk blog u ni..so kalerful

simaa syaz berkata...

sebenarnya ada baik ada buruknya jugak cinta muka buku nie tapi yang bahayanya bila wujudnya hater(s) niela..mula melayang-layangkan unggun api untuk rosakkan hbgn org yg bercinta tu..huhuhuhu :)

maszull berkata...

assalamualaikum MHZ....ada baik dan buruknya cinta fb ni jadi kalau dah temui jodoh dr fb alhamdullilah je yer...:)

Zuraini berkata...

Fb xder cinta muka buku pon x der la. haha

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Cinta muka buku ni best ooo...berani, cubalah..hoho