28 Januari 2012

Add Semata-Mata Untuk Stalk, Bukan Nak Kawan Pon


Aloha..Aduhai..Tatkala pagi menjelma dan matahari mula terbit di ufuk timur, terdetik di hatiku ini untuk mengungkapkan kata-kata dengan menggunakan mata pena di alam maya..haha..Apa khabar adik2?? Uncle Kimi Harap adik2 semua sihat2 je..(Bajet Aznil la plak aku ni)..Sori2..Jap2..ok, dah makan ubat..(Back to normal)

Di pagi yang hening ini, ingin saya membawakan anda kepada satu isu sensasi yakni "Add Semata-Mata Untuk Stalk, Bukan Nak Kawan Pon"..haha..Pernahkah anda mengalami situasi ini?? Sudah tentu pernah jika anda pernah mengalaminya..haha..Terok gila Bahasa Melayu aku..hoho

Cer korang usha balik?? Dalam ribuan friends korang tu, berapa ramai sangat yang Like, berapa kerat sangat yang komen, dan berapa batang tubuh je yang chat or PM korang?? Jeng3...Friends ada 2000 plus2 tpi yang like and komen tak sampai 20 je beb..20 pun dah kira meletopp dah cik jah oiii..ada kadang2 2-3 orang je yang melayan sandiwara status atau apa jua benda yang korang upload or buat..

Jadi Sedarkah Anda Bahawa Selama Ini Anda Diperhatikan????
Sedarkah Anda Bahawa Anda Kini Berada Dalam Keadaan Bahaya????

Anda semua jangan bimbang..Itu semua perkara lumrah..Yela, mana mungkin manusia kat atas muka bumi ni sama je perangainya..Kalau tak, takdela Syurga, takdela Neraka..Stalk yang berpatutan itu dianggap biasa tapi stalk yang melampaui batas boleh menjejaskan kesihatan anda..


Tahukah anda?? Stalk Yang Berlebihan Boleh Menyebabkan Serangan Jantung, Kanser Hati serta Rabun Dekat..
Ketahuilah bahawa stalk orang yang berlebihan boleh mendatangkan kegilaan pada anda...

Saya secara peribadi tidak akan add untuk stalk..tetapi add untuk berkawan..apa gunanya kita add untuk stalk kerana ia bakal menyebabkan ramainya friends kita dan berat facebook anda akan meningkat..Cuba check balik kenapa Facebook anda lambat loading?? Kalau ternyata berat, anda perlu delete beberapa orang kawan untuk meringankannya semula..

"Setiap kali menghantar Friend Request tu, betulkan niat anda, jangan buat benda yang tak senonoh seperti stalk dia dan kemudian dijadikan bahan umpatan dalam group discussion Hubungan Etnik dan TITAS dan ada kalanya time sebelum lecturer masuk kelas"

"Gunakanlah teknologi dengan baik demi kesejahteraan kita bersama"-MHZ

Peringatan: Nota ini tiada kaitan dengan yang mati..dengan yang hidup mungkin ada so jangan terasa tau..ini untuk perkongsian semata-mata..chill la..be cool..sori2..bye2..

4 ulasan:

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr berkata...

betol2..kt pesbuk tu mmg semata2 tuk stalker je..

Mr.She berkata...

mwahaha.. soooo true~~

YanaHime berkata...

saya pun add jugak...tp semata2 nak baca update...boleh tak? hehe!

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Haha..Lain orang lain cara..lain orang lain gaya..hoho